Tuesday, 28 December 2010

Sendirian Tanpa Kerusi

Berdiam saja.
Berjuntai kaki.
Beralun-alun penuh kosong; tanpa daya yang benar, dan tanpa atur irama.
Pandang terlempar jauh.
Sejauh yang benar jauh, hingga si empunya sendiri belum tahu hentinya.

"Barangkali, begini jiwa kosong."

Lebih kosong dari baju cap ayam yang tulis terang katanya ‘Aku Jiwa Kosong’.
Bodoh.
Pengilang pasti bukan si bodoh itu, mereka benar hujan lebat-lebat sampai tiris jemari bersepuluh menadah laba.
Si pemakai aku kurang pasti, barangkali si polan tak kurang dari seorang perisik yang berlagak kosong dan membiar dilihat sebagai polos yang tidak ada apa-apa.
Jadi?
Mungkin kita; yang bagai bangsa malu bertanya dan segan menegur. Berkawan dengan bimbit gajet ditangan dan bukan dengan susun jasad di taman bagai dulu-dulu.

Mahu dilihat seperti mereka yang ramai itu, aku sendiri jadi bodoh.

"Oh. Masih di sini rupanya."

Masih beralun dengan irama kekerapan yang sama, dan dengan pasang kaki yang sama.
Seorang.
Berseorang dari jasad manusia yang lain.
Dan sunyi.

Barangkali hujung hayat aku esok-esok sunyinya begini ya? Itupun kalau mukar nakir cuti.
Ah.

***

Tuju hidup itu tahu, tapi tak benar kejar.
Halal haram itu tahu, tapi tak pernah kisah.
Biar semua jadi halam, halal pun halal, haram pun bedal.
Wajib dan larang itu tahu, tapi endahnya jarang.
Bila jatuh dalam-dalam, baru nampak Tuhan.
Hidup tak ada button redo undo, tapi kena terus; dan tak pernah akan ada hujung

***
"Allahuakhbar ~ Allahuakhbar"

"Ah, Zuhur."

Hayun berhenti.
Turun.
Melangkah pelahan.

Kemana?
Hanya Allah yang Maha Tahu.

Wednesday, 22 December 2010

"Awak suka saya?"

Erk.
"Kenapa dengan soalan tu?"

"Salah?"

 Ah.

"Bukan. Cuma, kenapa bertanya?"

"Saja. Mahu tahu. Boleh?"

*senyum*

"Awak nampak macam saya ni tak suka dekat awak ke?"

Ala.
"Bencilah. Mana boleh soalan di jawab dengan soalan."

*senyum*

"Jadi?"

"Awak belum jawab soalan saya lagi lah!"

"Sebab itu juga, soalan saya pun awak tak nak jawab lah ye?
"

Ah.
"Awak yang patut jawab dulu."

"Maksud awak, memang patutlah awak yang bertanya soal dulu ya?
"

*diam*

berpaling pada sudut lain
bibir mencari sudut darjah muncung yang lain
ah, muncung lagi
lagi sedikit
ya.
sedikit lagi
ha, yang itu.
muncung yang bagai itu.

"Maaf."

Pelahan di rangkul kemas tubuh tersayang dalam jiwanya. Biar rapat-rapat penuh.

"Maaf andai saya bukan seromantis yang awak damba pintakan. dan untuk yang hal tadi, pada saya hanya ada awak sahaja yang mampu jawabkan. Awak lebih faham itu kan sayang? Boleh?."

*angguk pelahan*


***
Dan yang mahu pada mereka bukan semata-mata rasa-rasa, tapi kepastian.
Yang keluar dari madah dan laku kita lebih kepada janji, dan mereka pegang itu; kuat-kuat.
Ucapkan lah selagi kamu mampu, sebab esok belum tentu ada.
Jangan tangis yang lepas-lepas sudah, itu pasti bukan untuk kamu; paling-paling pun bukan untuk sedetik ini.
Dan siapa yang mula tak pernah ada peraturannya.
Cuma.
Peraturan itu ada bila berpacaran.
Dan yang didakap itu biar halal. sebab haram yang ini bukan boleh samak-samak; sampai bila-bila.
yang itu, pasti.

Tuesday, 21 December 2010

sungguh. sungguh?

Sesungguhnya
yang terjadi itu bukan semata-mata hadir untuk mengisi ruang-ruang lapang hidup,
tapi
mahu bawa cahaya yang lebih terang sinar dari yang kujung semalam;
agar wujud kita nanti, ada makna, ada jasa.
***

Moga yang berlari dan terbang itu bisa kita lupakan terus,
dan biar hati kita berpaut peluk hanya pada apa yang bisa kita genggam kemas di jemari polos kita.
Moga yang kita hargai itu adalah kamu-kamu yang tidak pernah jemu menghargai kita yang buta hati ini.

Monday, 20 December 2010

Kejar kemari atau lari menjauh?

Dengan penuh rendah jiwa,
Aku melutut,
menghadap sujud semalam
Kusut yang bersarang lama aku cuba leraikan pelahan-lahan,
Mencarik selembut daya yang mungkin,
Tapi,
Ah, semuanya bersimpul mati.
Hanya kordinasinya yang lari,
kusutnya tetap berkurung sama.

Ya Rabbi Ya Qayyum
Aku pohon kekuatan menempuh duga yang ini, dan bimbitkan hati aku dengan peluk sabar yang kemas. Moga aku bisa berjumpa hikmah semua ini, esok, atau lusa
Ameen

Pelahan-lahan aku kesat alir dingin yang berbaki di sekak mata aku.

***
Andai yang aku kejar itu bukan baik untuk kita,
biar saja aku terjatuh dan sungkur dari kejap langkah aku.
Elok yang sakit itu sekejap ini,
dari menjadi teman perit aku panjang-panjang.

Wednesday, 15 December 2010

Bagai gula-gula cokelat.

Mencair bila panas
Andai dicuit dengan jari-jari halus itu,
pasti melekit-melekit dan tak mahu lepas-lepas.
Membiar wujudnya itu bisa benar-benar merimaskan.

Ah.

Bila sejuk dinginnya nanti,
Hilanglah melekit-lekit pada jemari itu,
dan menjadi beku.
Hadirnya pun kadangya tak pernah kita sedar.

Ibarat kasih.
Wujud hadirnya melekat seluruh jiwa dan berlebihan akan buat tuan jadi tak keruan
dan esok-esok, bila sejuk, hadir pun kita tak pernah sedar.

Ah manusia.
Bagai-bagai.
Yang penting, penting tetap akan kekal penting.

***

Semuanya yang hadir bukan datang kosong;
dan biar pulang nanti juga bukan dengan kelosong peluru yang sudah pun kosong.
Cumanya;

Andai yang kamu andaikan aku ini sudah benar cukup pandainya,
Dan aku gelak selesa dengannya,
Maka, akulah yang paling bodoh pernah ada.

Tuesday, 14 December 2010

Yang aku sayang.

Berikan aku selimut yang tebal-tebal.
Supaya dingin keseorang ini aku bisa campakkannya ketepi,
dan lena;
lena yang cukup benar panjang,
walaupun,
ada jernih yang tiris dari celah-celah kelopak mata aku.
Moga yang kuat itu bukan hanya jiwaku, tetapi juga nadiku.

***

Hanya ada kamu yang buat aku rindu.
Biar puteri kita menjadi baja-baja indah,
dan putera kita nanti menjadi tiang seri bahagia kita nanti.
Dan pada kamu,
Kita doakan sampai akhiratlah sudahnya syurga kita.
”Ameen”

***
Yang aku sayang bukan pakai dan bayang kamu,
tapi kamu yang bernafas dengan nadi jiwa kamu itu.

Tuesday, 30 November 2010

“Adik tak mahu yang ini!”

Ini Kakak punya. Adik nak yang baru!

*senyum*

Mana mampu disedia semua segala bersilih ganti yang baru-baru saja. Dan bukan sikit-sikit kemampuan yang perlu untuk jari-jari keras kasar ini berdaya koyak-koyakkan plastik pelapik alatan baru untuk si kecil, kerana yang cuba berdaya mampu ini sendiri kecil-kecil manusia yang sekali sekala meminjam air mata yang lain untuk melepas lelah kerana yang dia-nya sendiri sudah habis; kering.

Ah, apalah tahunya si kecil untuk membilang kerut pada jiwa yang berselindung balik bibir keras yang berpaksa-paksa semampunya untuk menguntum senyum; jujur buat dia.

Zahin sayang Babah kan?
bersentuh selembut mampu mengapai si kecil ke dakap kemas mesra sayang. Biar berasa pindah degup nadi ini ke tubuhnya yang masih bertatih mencari makna hidup berdunia ini.

Tapi, Adik asyik dapat yang lama saja. Akak saja yang baru!
masih belum berhujung bentak si kecil dalam serak-serak suaranya. Itu bisa buat jiwa yang lemah ini kalah sentiasa. Ya, kalah saja!.

Sayang tahu satu tak?
berjawab tanya itu dengan berpaling lembut wajahnya pada Babah. Mata berkaca itu masih di situ.

Ini sendiri kesayangan Kakak

Yang Babah pandang, Kakak tak pernah lekang dari membibit sayang pada yang ini. Dan tak pernah pudar rasa yang dulu biarpun dah bertahun dipeluk kemas yang ini dalam rangkul kecil dia. Alih-alih, Babah ambil juga yang Kakak sayang ini buat Zahin. Jadi, Babah ni zalim lah kot kerana biar yang bersayang antara mereka berpisah semata mahu beri yang ini pada Zahin?

Mata jernih itu berkelip. Ah, belum tempus faham si kecil ini dengan bahasa itu. Aduh.

Begini. Babah berikan yang milik Kakak ini bukan semata mahu Zahin sentiasa dapat yang berbekas-bekas, sebaliknya mahu Zahin sendiri rasa yang Kakak mahu saja berkongsi yang paling dia sayang dengan Zahin. Mahu biar sayang itu berasa dan meresap dalam-dalam jiwa Zahin, dan biar Zahin sendiri rasa yang sayang Kakak itu lebih dari apa yang kita pernah fikir

Jadi, salahkah kalau yang Babah panjangkan pada Zahin ini apa yang terbaik?

Tapi, tetap barang bekas. Adik nak yang baru. Kakak asyik dapat yang baru!

Percayalah, kita mampu usaha dapat yang baru dan baru saja, tapi pasti mana yang baru itu lebih baik? Dan percayalah juga yang melepaskan apa yang kita sayang lebih perit sakitnya dari tidak mendapat yang baru. Tapi, Kakak masih mahu buat yang itu sebab sayang dia pada Adik Zahin lebih dalam dari pada yang lain. Boleh begitu?

Tak ada angguk.
Tak ada ngeleng.

Sayu bayu similir pagi yang berbaki menjadi teman hati yang memandang jauh pada sepelahung suara.

Aku yang sekecil ini dulu pun pasti bising seperti ini, dan tak mampu melihat jauh dari apa yang terpandang, kan.

Thursday, 18 November 2010

Bunga-Bunga Matahari

Konvo nanti, nak bunga matahari dari awak ya
sambil membelek intai pada bunga-bunga yang berderet susun di ruang itu. Cukup indah susunnya; bagai ada bibir yang senyum penuh sopan di balik susun lesung pipit halus.
Bunga matahari? Kenapa pulak?
basah kata itu luncur dari bibirnya. Lembut mendayu tutur tapi tetap dengar jelas.

Ah, Awak kan matahari saya?
tersipu. Kemerahan pipi sedikit jelas kali ini dan kaca mata bersinar bagai bahagia dalam tuturnya; tersenyum
Kalau saya sendiri matahari awak, buat apa lagi awak idam impi sepemeluk bunga matahari yang ini lagi” ah, dia ni kan!

Yelah, awak tak pernah tunjukkan yang awak sayang saya. Awak tak pernah jelas terang tunjukkan yang awak benar mengasihi saya dan betul mendalami rasa cinta pada saya. Biarlah nanti ini buat galang ganti pengikat rasa yang saya alami dengan awak nanti

Gagal pun saya tunjuk pada awak tetap awak faham paham susun jiwa saya bagaimanakan?. Seperti juga matahari, tak perlu ada notis dan peringatan harian, tapi sampai saja waktu siang, nanti pasti matahari datang dan menyelimut bumi sepenuhnya dengan dakap mesra jalur cerianya; senantiasa. Saya sendikian kan matahari, dan menghijau bumi ini sendiri awak lah. Seharusnya semua ini sudah awak dalam ertinya kan?

Bagaimana kalau saya sendiri salah faham. Awak bagai guru yang mendidik, dan saya seperti pelajar terbaik awak yang paling awak sayang. Dan saya sepenuh jiwanya percaya dengan sayangnya awak. Tapi, bila ada ujian segala ujian dan sekalian besar-besar datang menyelinap masuk, saya gagal lulus sepenuhnya kerna saya salah faham dengan apa yang awak didikkan. Saya betul percaya yang awak sayang kan sayang sepenuh nafas yang pernah ada didada awak, rupanya matahari awak mana tahu tidak selebih dari hanya menumpang letak senyum dan sedikit bahagia untuk saya

Ah, perempuan memang ada-ada. Suka berkata matahari ini terik sangat bila panas, tapi bila mendung bising-bising tak kan kering baju di ampaian, dan bila saja redup yang benar-benar redup heboh kata yang siang pun gelap sampai perlu ada lampu-lampu. Itu belum kira gerimis lagi, hujan lagi, ribut lagi. Dan bagailah. Ada-ada saja!

dan kalau betul pun yang pasti saja salah itu, lelaki sendiri yang perlukan ada-ada itu untuk melengkap diri sendiri bukan? Kalau tidak, jangan kata awak mahu bercinta dengan lelaki sendiri? Dan jangan kata perempuan lain adalah lain keperempuannya dari perempuan yang lain? Dan tiba-tiba yang lain itu bukan ada-ada sudahnya.

Tiba-tiba senyap.
Dua-dua membisu dengan perit mencuka. Ulik manja tadi hilang dalam dua tiga mata. berkerdipan Kata orang, kesilapannya dan keegoan pasanganya bisa carik-carik tenang jadi kelibut,; jadi serabut yang berseriat tanpa tahu hujung asal.

Bunga yang dibelek tadi di letak pelahan.
Hati membukam bisu.
Dan semuanya bagai mahu mati kejap-kejap itu.
Ya, mati terus; sebelum berkecai air mata ini luluh turun.

awak” pelahan sayup.

maaf” hanya semudah itu?

maaf, kerana saya bukan menari dengan gaya yang awak mahu, tapi, seadanya hati ini benar mahu menari sebagai jiwa saya sendiri dan sebolehnya terbaik untuk awak. Dan untuk ketidak sempurnaan itu hanya satu tanda kesempurnaan saya sebagai seorang insan. Maaflah, takkan ada nafas yang berbaki untuk saya kalau bukan untuk ketentuan dengan jodoh saya. Dan moga itu adalah awak kan? Boleh?” ah, ada sedikit senyum.



Lepas hujan kan ada pelangi.
Cuma, pelangi itu takkan lama; hilang bila bias-bias basah itu kering dengan apa saja alasan, dan bisa hujan atau panas terik lagi.
Jadi bersedialah.

Monday, 15 November 2010

“Kenapa tipu adik?”

Tipu? Tipu apa sayang?
Semalam, dalam genggam tangan adik ada bunga yang baru kembang segar, dan nampak cukup mesra dalam indahnya. Tapi, itu semalam. Pagi tadi dah hilang. Yang tinggal hanya bekas duri yang mencarik-carik luka telapak hati adik. Habis, siapa saja yang menipu adik dengan acah-acah bahagia macam ini? Dan bila adik nak mula pahat senyum kemas-kemas, dan berderai semua yang berbaki. Sakit tau. Sakit yang benar la. Sakit yang sakit!

*menangis* dan tak ada momen yang lebih padan dari membiar seketika esak tangis itu jadi pengisi ruang legar, dan sesekali selang dengan kesat mata yang belum pernah padam merah sedihnya.

Sayang, siapa saja yang kekal ya di sini?

~Mata adik terkias pandang sayu; tapi tegas~

Dunia ini sendiri bukan kekal. Kita? Bukan kekal jugakkan? Jadi, siapa yang kekal? Lepas hujan pasti ada pelangi singgah. Lepas ribut, pasti ada reda yang boleh kita buat teman tenang. Hujan tu berhenti juga, tapi pelangi seindah mana pun kekal ke nanti? Ribut berhenti juga, tapi tenang hati tu kekal sangat kah?

Tak ada satu pun yang kekal kan; selain Dia!
 

Ini bukan hal kekal hal tidak. Ini hal tipu dan daya dusta. Adik tau esok lusa dia pasti mati, adik sendiri maut hujung nanti, tapi kenapa perlu ada sakit yang ini untuk hidup adik. Kenapa ini benar cukup adilnya untuk adik? Kenapa bukan orang lain. Kenapa orang lain senang gembira adik diluka dan hiris nipis-nipis sabar adik ini! Kenapa adik. Kenapa?

~ ah. kalau aku sendiri, begini mungkin? ~

Kenapa agaknya ada syurga ada neraka kalau definasi dosa tak pernah wujud. Biar pahala saja yang menjadi sendi bagi setiap anggota dan nafas yang terhembus. Kan senang kerja Tuhan. Atau paling mudah, biar langsung tiada kita dan segala, lagi senang kerja Tuhan kan? Senang yang tiada kerja kan?

Manusia itu wujudnya untuk diduga dalam mana iman, kuat mana hati dan hanyut mana percaya itu mampu pergi. Bagaimana aturnya bukan soal kita; tapi yakin pasti, mesti kita tetap diuji dengan degree yang sama dengan yang lain.


Siapa adik yang boleh tahu insan lain tidak diduga sedalam adik? Tidak menangis dan dikhianat percayanya? Siapa? Siapa kita untuk tahu semua itu?

Asal adik percaya Maha Suci Allah itu Maha Adik dan Maha Mengetahui, pasti kita tak terlawan bukan?

Adik tahu. Adik tahu! Tapi, ini soal hati. Soal mati yang masih berdengus nafas dalam wujud, Adik tak boleh hidup tanpa dia. Dan hidup dalam penipuan dia lagi membodohkan dan mematikan adik!

Dan bukan dari rahim dia yang adik keluar dulu kan? Dan bukan dengan dia yang adik pinjam tumpang nafas untuk terus berdiri kan? Maka, jangan buang pegangan hanya untuk tunjuk kita ini hina.
Ya, kita lemah, tapi bukan hina yang boleh dilempar panas neraka nanti. Yang pasti, ini semua ketentuan DIA. Dan bukan DIA beri duga ini hanya untuk buat kita meratap kosong


Adik dah kosong. Adik dah kosng jiwa. Adik tak tahu!
Itu lah. Allah bagi cuba yang ini buat adik lebih dekat dengan DIA. Buat adik lebih mesra dengan basah-basah bahasa-Nya. Buat adik lebih dekat dengan harum syurga dia. Tapi, adik sabar lah. Tenang lah. Tak ada tenang yang lebih nyaman selain dari mendekati Dia


Adik kotor! Adik dah lama lari dari DIA. Mana mampu doa adik terima!
Sayang, larilah jauh mana pun, kita takkan pernah mampu pergi. Allah nak kita balik saja. Berdoalah. Sujudlah. Menangislah dengan dia. ‘Menulis’lah dengan hati pada-Nya. Berwudu’ dan campak hati untuk ‘dipeluk’ kemas dalam peliharaan-Nya. Percayalah, semua itu kita mampu; selagi mana kita percaya pada Yang Maha Berkemampuan."

Adik dah jauh. Adik takut dan pasti takkan reda tangis itu hari ini.
Esok.
Mahupun lusa.
Percayalah, sekuat mana pun kita nafikan, kita tetap tak mampu berlari jauh dari-Nya.
Dan tangis hari ini pasti berpanjangan selagi belum cukup dalam tenteramnya dengan kerpecayaan kepada-Nya.

*dakap kemas* dan pelahan-pelahan air mata ikhlas turun tanpa jemput bila sedar yang kita sendiri belum cukup dekat dengan-Nya. Dan andai yang diduga itu kita, pasti kita sendiri menangis seteruk itu; atau lebih.

~aduh~

Tuesday, 9 November 2010

gerimis semalam; gerimis hari ini

Semalam
dibimbit payung erat kemas
biar tak terbuka gunapun payung itu
biar basah dihujani gerimis manja dari-Nya
redho dengan natijah yang esok-esok datang
asalkan yang digenggam kemas ini dapat sampai pada kasih yang menunggu-nunggu dalam hujan.

tapi.
itu dulu.

Hari ini
susun gugur gerimis masih sama seperti semalam
bagai mesin penyalin yang penuh sempurna
dan payung masih ada
si dia dan si kasih masih sang pencinta yang sama seperti putar masa yang lepas
cumanya
semalam, renyai jernih ini masih terasa panas dan selsema jiwa belum pernah ada
sedang hari ini, dingin di jiwa lebih jauh jatuh dari fahrenheit bongkah-bongkah ais di utara selatan dunia

kenapa ya?

bukankah suku acu yang sama untuk kek kasih semalam gagal menterjemahkan enak kek seperti yang sama hari ini?

bagi aku; semua itu ketentuan-Nya
kita, seboleh jiwa mahu jadi hasil bakar yang benar ranum buat senyum pada si penanti rasa di sekalian cuaca
tapi, kita hanya boleh sedayanya cuba sehabis upaya
dan selebihnya, Maha Esa yang rencanakan coret hidup yang lebih utama.

"ah, andainya aku lebih tahu"

~tapi, mana mungkin.~

"ah, andainya aku lebih mengerti dari pengertian aku yang dulu"

*senyum*

"Boleh tolong aku?"

Mungkin. Boleh atau tidak itu mengikut keadaan dan mahu aku saja, bukan?”sambil senyum nipis dengan gerak bibir minima. Ya, cukup benar minima.
Interview lusa. Takkan tak ada insan-insan di sana yang boleh aku guna pakai buat jalan aku lebih lancar dan mudah

*senyum*
kali ini lebih kasar dari tadi. Ah, sedikit saja lebihnya.

Mahu mencari jalan mudah? Jalan pendek dari jalan yang lain?
Bukan sengaja aku mahu. Dunia pun begitu bukan? Semua ada jalan dalam. Kalau tidak, habuk pun segan mahu lekat pada jasad aku”

Oh itu yang kamu yakin percaya kan?
Apa perlu yakin lagi. Semua pun tahu yang itu. Sepelosok sibuk dunia tahu. Ah, yang kamu panjang-panjang bising itu ini mahu hulur tolong atau sekadar mahu lihat aku melolong?

Sahabat.
Sesungguhnya, yang berhak itu tetap akan mendapat haknya. Andai kamu benar layak untuk itu, kamu akan dapat hak kamu.
Jadi, biarlah semuanya dengan jalan benar, dan jauh dari pengkhianatan atas insan lain yang mungkin berhak

Hak tak hak, nak tolong atau tidak ni? Orang lain pun guna kabel jugak. Takkan kamu yang lama berbimbit tangan persahabatan ini tak mahu tolong? Sombong! Sudah jadi tuan lupa dengan sekawan kita kumbang-kumbang dulu!

Dan atas sebab sahabat kamu lah aku berpesan. Jangan menjadi pencuri dan perampas. Sesekali kamu takkan senang

Hari ini kamu mula dengan satu penganiayaan. Esok-esok laba yang datang kamu rasa ada berkatkah? Yang kamu suap pelahan-pelahan ke jamahan sang putera puteri kamu tuh cukup benar bersihkah? Dan kalau yang ini pun kamu boleh halal kan, tak mustahil pendosa bisa lihat yang salah lain juga kecil dan tidak apa kan?

Kawan. Ini bukan Jumaat. Aku bukan mahu khutbah kamu. Sombong itu sombong lah” lalu hanyut ke muka pintu. Mahu gegas pulang.

Kamu tak tengok televisyen barang kali
Dia sempat berhenti sejenak dan berpaling pandang sekejap.
Ya, cukup sekejap yang kemudian terus melangkah pelahan tanpa pernah mahu faham.

Ya, televisyen. Sekarang orang tak mahu kabel-kabel sudah. Semua mahu potong. Pakai broadband. Pakai wireless. Kamu saja yang tinggal kolot mahu guna kabel, dan sombong dari bersujud tanpa wire dengan Maha Esa Tuhan!

Ah. Tak sampai pun.
Bisik aku hanyut dalam sibuk-sibuk manusia di luar.
Dia dah pun hilang sebelum sempat aku menelan baki nafas. Malah pergi begitu tanpa sempat berbasah salam. Ah. Aku ini bukan siapa-siapa kan. Sedang dengan Maha Esa Allah pun dia jarang beri salam, inikan si marhaen rendah darjat seperti aku, apatah lagi bukan?

*senyum*

Monday, 8 November 2010

I am beautiful, no matter what they said, word can’t bring me down

…and yes,
word can’t bring me down.
It is me; myself; who can drag me down to the earth. My very own mind can do that!

~ Erk. Ok. It is all Allah; who can bring us down! But, we always can do our best for everything; Allah know when we reach our limit; and not ~

As long as we know it well; we know what is right and what is wrong; then our thought should never being wrong (perhaps!).

But, (a big but), we are human afterall. Thus, ‘Practice make perfect’ is simply a lying statement. Perfect should never being an option, cause we can never reach them; eternity.

So then, why we are chasing for perfect-ness?

* smile *

note:
ya. title is not mine. it was quoted from CA's song; and I share them here.

Monday, 1 November 2010

Tahun yang nanti-nanti.

Babah, kenapa tak beli buai elektrik bagi adik?

"Mahal lah sayang"
Ya. Itu jawapannya. Jawapan itu telus.
Tapi, bukan untuk ketika ini.

Buah bicara aku perlu lebih mendidik.

*senyum.*

Sufia, kamu tahu tak? itu tanda Babah sayang kamu.”

*berkerut* dahinya.

Buai elektrik itu Sufia tidak ada, dan Babah akan pastikan adik pun tak dapat buai yang sedemikian juga

Kita tak mampu ke Babah?
Ya. Babah tak mampu.”


*Senyum*

Yang Babah tak mampu kan adalah berjauhan dengan kalian
Babah tak mampu untuk biarkan sayang dan adik besar jauh dari kerlip-kerlip mata Babah. Biarlah dalam mencari lena itu, sayang dan adik pandang jujur di balik jernih mata Babah, sambil mendengar marhaban yang tak sudah-sudah berbasah di bibir Babah


Si kecil Sufia tersenyum. Sambil halus bibirnya nampak manis di biar terliuk bak limau seulas.

Biar nanti, kalau Babah pun mencari lena Babah yang terakhir, biarlah sayang, adik mahupun mama yang berbisik-bisik syahadah dan memandang Babah dengan pandang sayang dan doa yang tak putus-putus

Boleh?


Soal tak berjawab.
Si kecil berlari menyusun langkah pada Mama yang masih membelek-belek alat elektrik lain di susun kedai tersebut.
Pelahan-pelahan, mata aku yang berkaca sendiri.
Dan lancar aku tadi pelahan-pelahan bertukar menjadi serak yang basah di hujung tutur bibir ku; ~Al-Fatihah~

Saturday, 30 October 2010

bonggol. bonggol mana?

perlahan aku bangkit.
alih pindah kerusi plastik yang merah itu ke pinggir tingkap.
bertelaku.
membuang pandang aku ke luar.

bekas-bekas kabur jemari di cermin mata aku hilangkan dengan cermat
dan dipakai semula
"ah, baru jelas"

mencampak semula pandang aku ke luar.
ke jalan itu.
jalan yang berbonggol kecil itu.

hari ini cuti.
semalam juga cuti.
dan lusa tulat juga cuti.
jadi, berderas lah bagai ragam kenderaan di jalan itu.
dan itu cukup aku gemarkan.

bila mana banyak yang lalu, pasti banyak juga gadis-gadis yang menumpang lalu.
dan itu aku benar-benar gemarkan.

mata aku pandang.
"ah satu"
*motorsikal memperlahan jalan, dan pelahan-pelahan lepas bonggol itu, dan lalu*
*aku tersenyum*

notakaki:
terpulang cara kamu memandang!
bagi aku; "budak kecil, jangan di sebut jangan, nanti dia mahu-mahu juga bermain api. pesan kena berhikmah, kena ikut cara, tapi sampai"

Friday, 29 October 2010

Mengejar Pelangi

Laju-laju
Berderap-derap langkah aku turun mengejar pelangi
Bersusun debar rasa dalam jiwa aku yang benar dalam
Makin berselerak rasional diri mengandai-andai apa yang berbaki nanti
Sedar-sedar
Pelangi aku hilang
Sayup-sayup dia membias dalam sinar cahaya yang berkeras mahu hilang dari tangkap retina mata ku.

~ arkh ~

Baki keluh kesah terbuang tanpa sedar.
Keras rasanya,
Tapi keras ini masih bisa membasahkan mata yang berkaca dengan jernih-jernih bersih dari jiwa yang benar dalam.

~ kenapa pelangi itu lari ~
~ sampai bila ada pelangi mahu lari dari di peluk gapai ini? ~

Pelahan bangkit dari berat kesal yang masih berbekas dalam jiwa yang kosong bergema
Memandang langit
Melempas harap pada yang benar Maha Kuasa

~ Ya Hakam, berikan aku kuat percaya yang wujud semua ini untuk akhirnya adil ~
~ Ya Latif, berikan kuat pada yang benar halus dalam jiwa dan peluk rasa yang benar terhentam dalam hidup ini Ya Allah ku~
~Ya Halim, berikan sinar sabat itu benar berendam dan kekal dalam segar hati dan jiwa aku ini ~
~ Ya Ghafur, Engkau ampunkan lah keluh kesah yang aku tidak sengajakan dalam ketidak sempurnaan aku ini ~

Ameen ya Rabbal Alamin

Andai yang berguris itu luka,

dan ada guris pedih yang berbekas; ada dadah-dadah terizin untuk di buat teman
Biar pedih sedikit,
Tapi kesannya bias hilang; dan sembuh.

Andai yang bergema bising itu tahu usulnya; boleh di pekik hoi kamu-hoi sial; agar yang bergendang itu tahu batasnya, tahu ada gegendang telingan lain yang perlu di kisah kan
Biar terang sikit berpekit,
Tapi sampai maksud yang jelas bergulung-gulung mengetuk sedar mereka.

Ah
Andai saja

Hal hati bagaimana?
Mana dadah-dadah untuk hati; sedang luka itu pasti, Cuma darahnya tak ada buat bukti.
Tangis itu bukan darah?
Ah, kalau yang di tangis itu tangis gembira, mana bisa ada darah?
Perit hidup ini bukan darahnya?
Ah, mana buktinya. Kamu bisa saja perit itu perit ini, tapi bukan apa-apa!
Kamu tidak akan paham!
Habis, kamu benar faham apa yang kamu rasa?
Kalau bukan aku, siapa lagi yang lebih paham. Setan lah kamu. Pergi!!!

Kamu berpekik?
Sampai kah maksud kamu, dan hilangkah luka perit?

Dengan Tuhan, bukan kita boleh berpekik benci melilau-an bergitu.
Aku bukan marah Tuhan. Tuhan tak salah!
Habis, yang memberi duga itu bukan Tuhan? Yang memberi sakit itu bukan Tuhan?
Ah, kamu bising!
Dan aku bising ini sebagai simpan pesan untuk kamu pasti takkan jadi kalau bukan dengan izin Tuhan juga kan?
Aku tak panggil kamu. Pergi lah. Setan lah semua. Aku tak mahu semua ini. Aku mau mati!

Matilah. Kalau kamu yakin itu boleh hilang sakit kamu. Boleh buat kamu lebih bahagia

*sunyi*

Kawan. Aku sendiri ada luka. Ada darah. Ada perit. Ada runsing. Ada yang aku kesalkan. Ada yang aku bencikan. Ada yang aku persetan kan. Ada yang sial-sialkan kerana aku mahu yang bahagia seperti yang lain sama. Kenapa orang lain boleh dan aku tidak boleh.
Tapi. Aku sendiri pinjam nyawa ini. Maka, mana aku tercampak pun sebab izin Si DIA yang memberi izin ini. Mana aku tahu adil itu bagaimana hujungnya, tapi aku percaya Dia itu Maha Adil.
Al-'Adl itu nama dan sifatNya Allah. Al-'Adl itu Maha Adil.
Al-Hakam itu nama dan sifatNya Allah. Al-Hakam itu Yang Maha Mengadili.
kamu bising saja. Kamu takkan paham

Ya. Aku tahu ini. Sebab aku sendiri pun memohon pada Al-Mujib, Yang Maha Pengkabul.”

*senyum*

“Semuanya DIA bukan?”

~ ah, hanya lah kalau seperti dia yang hanya ada DIA! ~

Wednesday, 27 October 2010

Mood Hari Ini: Kusut

Penat
Kusut
Hilang dalam celik yang belum pejam-pejam
Ah
"Kalau di pejam mata, mungkin lebih nampak dari celik ini; mungkin?"
*sunyi*

Bila mana bisa mengapai bintang-bintang dan simpul mati menjadi keronsang cantik di dada,
bila esok, nak ke mengapai sesendal atas pintu rumah pun berlapik tangga bagai; pasti rasa terhina dan mengalah itu senang benar menjadi raja.
Senang menusuk-nusuk dalam hati dan mengaul jiwa kita menjadi jamahan maki-maki dunia.


Sesekali,
Jiwa memanjat tinggi ke petala langit, mahu melompat dan membuang nyawa dengan usaha sendiri
Tapi gagal.
Ada awan-awan sangkut mengapung-apung dan mebawa turun tanpa luka.

Awan senyum sambil pesan

"Lu dah habis bayar ka? Ni nyawa pun pinjam dari Allah, lu nak main cabut2 pulak"

*senyum*

Thursday, 21 October 2010

Sejauh-jauh pandang dilempar buang.

Masih belum sampai hujungnya.
 *berkerut dahi*
 “Ah, mampu kah?

Kaki mati berpaku di hujung dek.
Anak-anak kapal tunggu lahung perintah yang belum-belum sampai.

Pandang masih mati dihujung garisan lihat
Hati yang resah masih belum pernah reda
“Bagaimana nanti-nanti kalau aku lemas?”
“Dimana harus aku paut andai terjatuh tanpa kesan?”
*mendengus*
~berat~

Sekejap.
Ada similir bayu yang menampar pipi sang nakhoda
Dan berbisik dalam deru sapaannya

Setiap kita adalah nakhoda bagi perjalanan hidup kita. Karam atau tidak, kita yang memilih jalannya; dan Allah jadi penentu putus akhir. Yang lain? Hanya menjadi penasihat jiwa.

Kenapa gelora kita tak sama dengan yang lain?” bisik hati si nakhoda.

Sebab laut dan sauh kita berbeza, tapi hujung nanti tetap sama penilaian yang kita terima, bukan?

*senyum* tapi masih kelat

Mengeluh semula
~sigh~
~b e r a t~

Wednesday, 20 October 2010

“Ah, siapalah yang nak kawin dengan orang bodoh tu?"

Ya.
Aku sendiri wujud dalam kondisi sedar tika bacul bibir itu menjuih keluar kesat-kesat bahasa demikian.
Dan yang pandai itu gayanya perlu ada bongkak dan sombong barangkali ya?
Perlu ada benci-benci kasar dalam bahasa.

Dan bodoh itu bagaimana agaknya ya?

Cantik itu subjektif. Yang kamu pandang itu cantik, bukan semesti cantik pada aku. Kita punya cermin pandang yang sama, Cuma rabun-rabun kita yang berbeda-beda

Jadinya. Bodoh itu sendiri subjektif

Bodohlah kau. Bodoh itu boleh diukur dari penilaian tulis-tulis apa? Boleh di nilai dalam ujian bukan?

Kamu terlalu jumud*. Kamu jadi kotak-kotak petak yang diketuk sedimikian, dan kamu terima sedemikian

Penilaian itu penilainya siapa? Maha Mengetahui kah? Kalau bukan, bukan sempurna nilainya bukan? Mana tahu, yang 10 ditanya, dia tidak tahu, yang ratus juta selain itu dia tahu?

Mana tahu, yang ditanya itu semua dia tahu, Cuma Allah duga dengan sedikit demam, sedikit runsing dan sedikit gundah, maka dia hilang semuanya?

Selagi yang menilai itu bukan Maha Menilai, kita tetap ada ruang kosong dalam pandang kita. Jadi, jangan pandang orang dengan pandang kasar. Sebabnya, kita sendiri bodoh kalau membodohkan yang lain
Oh. Itu rupanya. Begitu?

Sekali lagi.
"Ah, siapalah yang nak kawin dengan orang bodoh tu?"Bicara itu dah dibuang similir bayu pada 4 tahun lepas.
Ya 4 tahun lepas.
Sebelum hati tersentuh dan sedar yang bodoh itu bukan pada insan yang dia pandang, tapi pada sudut pandang dia waktu itu.

Siapa bodoh agaknya ya?

Maaf.
Ini bukan hal pandang pertama
Bukan kisah ‘Cinta Buat Hati Buta’
Ini kisah biasa-biasa.

* Maksud jumud ialah beku, kaku, kolot. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tuesday, 12 October 2010

Bertatih kaki di suram malam.

Sambil lampu suluh kecil dibimbit tangan; dibiarkan tidak berfungsi.
Berjalan dalam malap malam dengan teman jalur-jalur lampu jalan yang berbaki dari tiang yang tadi, sebelum tiba jalur dari tiang yang sana.
Ya, yang sana.

Kamu tahu berapa tiang lampu sepanjang jalan kampung nih?
Biar berapa bilangannya pun, aku tak kisah. Janji ada lampu sudah

*dalam gelap, tersenyum*

Itulah kita kan. Tak pernah pun kita ambil tahu berapa tiang lampu yang kita ada. Bagaimana keadaan wujud dia. Asalkan sampai waktu berkehendak akan dia, dia menyala, sudah. Hal-hal lain terus jadi hal terbiar

Kita tak pernah nak menghargai wujud dia lebih dari menggunakannya dalam sedar atau tidak

Cubalah rosak sekali. Baru kita tau yang ‘ah, ada sebatang tiang tidak bernyala’. ‘oh, ada tiga-empat tiang lagi tidak menyala’. Baru sedar kan? Baru heboh bising bertempik dalam hati kan?

Apasal nih?

Seperti hal hidup. Sedang rutin kita terang terus seperti hari-hari lepas, kita tak pernah kagum dan mengirim sedikit terima dan kasih pada apa yang kita ada. Cuma, esok-esoknya bila hilang dan kusam padam, baru sedar yang ‘aku tak perasan pun dia hadir selama ini!’”

Dan dia itu bukan semestinya manusia yang berselit kasih. Ia juga ada sebagai sahabat. Ada perpangkat rakan semata-mata. Ada yang bersusur galur sedarah daging. Ada yang wujud sebagai peluang dan ketika. Dan bagai-bagai

Ah. Lampu itu lampu sajalah. Dan aku itu aku lah. Peningkan kepala buat apa?!
*tersenyum*

Dan biar saja yang berjasad melafas kata itu pergi menyisih ke kediaman yang sudah tiba. Dan keseorang kembali. Memandang jalan yang samar-samar itu semula.
Dan berjalan.
Tanpa teman yang berjasad jelas pada mata kasar aku.

Friday, 8 October 2010

Sayang itu bagaimana?

Andai ini yang terbit cetak pada muka peperiksaan, pasti aku gagal.
Ya. Pasti aku gagal.
Mana mampu aku tampalkan senyum dan merah pipi ini untuk dinilai markah oleh pemeriksa.
Itu saja yang aku mampu buat, sebelum sepatah itu keluar dari bibir aku yang bergetar kaget.
“Entah”
*dan senyum*

Oh ok.
Semua dah balik.
Dan senyum aku masih seperti itu.

Kamu tahu, sayang itu wujudnya bukan ada jasad yang boleh kita dakap kemas dan merasa wujud dalam pandang. Wujudnya bukan ada jisim berat yang boleh dihitung timbang dan di peti simpankan

*pause*

*senyap*

Jadi?

Hal hati. Hati itu cukup berseni. Dan seni itu halus adanya. Maka, rasa sayang itu halus benar dirinya. Maka, kamu akan gagal kalau bertekad mencari. Mana tahu, dalam penat memilih, kamu terpipih tepi rasa sayang itu

Maka, apa harus aku buat? Tunggu? Membodoh bisu? Begitu

*bibir itu tersenyum semula*

Jadi kamu. Kamu yang sebenarnya kamu. Dan pada-Nya, kamu menyembah sembah. Insya’Allah, dalam kamu menyusun petak-petak hidup untuk kamu pijak mara, ada bayu yang bergemesik singgah dalam hati kamu

dan pasti itu kamu tidak nampak; Cuma akan berbekas dalam hati. Gemuruh jiwa menjadi teman, dan mula tenteram menjadi duga

lantas, dalam hilang sedar, kamu terima sayang. Kamu terpetik bunga kasih dan pipi kamu menjadi kebas dalam malu.

Ah, sayang begitu? Pening lah aku!

sampai masa kamu akan tahu

*senyum* dan berlalu membalik angin.

Thursday, 7 October 2010

Dalam penat cungap,

Berlari aku penuh takut,
tak ketahuan langkah kaki,
“mau mati barangkali”

Dan waktu itu,
aku yakin yang mati aku pasti sampai andai aku tak dapat pergi jauh,
pasti aku takkan tenteram jiwa kalau aku pergi sejauh ini.

”ah, jauh ini?”
”jaraknya masih sama!”
’bayang-bayang itu tak hilang!”

Bodoh apa nak lari dari bayang-bayang,
Selagi kamu tunduk dan rendah yakin kamu, kamu pasti nampak bayang-bayang itu dalam terang,
Hilang dalam gelap?
Kamu saja yang perasan dia hilang,
Sedangkan, bayang tak pernah hilang.
Tak percaya?
Cuba kamu buka torchlight, kan ada bayang2tuh?

Solusi?
Kita jangan takut dengan apa yang kita ada.
Jangan lari,
Tapi terima ’dia’ sebagai sebahagian dari kita.

Monday, 4 October 2010

terpulang!

Tinggi mana pun mampu aku terbang sayup,
dan lembah mana pun aku kan terjatuh hempas nanti,
aku tetap manusia seperti kamu,
dan kamu juga manusia seperti aku.

Dan manusia itu,
Hidupnya ada jiwa,
Ada nadi yang menari dalam perit-perit rasa hati.
Ada semalam yang digelak tangis
Dan ada esok yang dikuat daya; mengejar pada destinasi dunia.

Salahkah kita menangis untuk semalam?
Ya,
Semalam yang tak boleh kita ubah walau bertasik-tasik empang mata kita bah.
Salah ka?

Meletakkan semalam untuk hancurkan esok; dengan berhenti bernadi untuk waktu ini, adalah salah kan?
Tapi, meletakkan semalam yang hancur itu untuk kita pijak jadi esok yang lebih nampak cahaya dari kelongsong hidup hari ini, mungkin lain jadinya kan?

Jadi, terpulang

* * *

Tafsir zalim itu pada istilahnya adalah meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya.

Cubaan suara. Satu dua.. Satu Dua..

Hello...
Hello.....
Eh?
Hello........

Ah, salah nombor mungkin.
*letak tepon*

Wednesday, 29 September 2010

S e m b e l i t [.]

Mahu dilepas itu sendiri perit; sakit.
Tapi, simpan lama-lama pasti tidak ubat apa-apa.
Mahu atau tidak, memang yang ini perlu dihalau-halau keluar.
Mahu atau tidak, memang yang ini perlu di kejap-kejap ketap bibir,
dan tahan yang sekejap sakit ini.
Semoga yang perit ini berhenti pada ketika ini.
Paling tidak,
aku hanya hanyut dalam takungan air mata buat ketika yang pendek ini,
dan boleh balik pada aku yang dulu esok-esok.

Bagai juga jiwa hidup ku,
kalau aku simpan 'sembelit' di hati dan tidak terbuang terus,
esok lusa, sakitnya akan sampai lagi.
lagi-lagi,
dan takut; aku sudahkan perit ini dengan nafas akhir hayat ku,
sudah yang benar-benar sudah.
Pasti aku kerugian, rugi kerna gagal menikmati tenteram bila 'sembelit' hati itu hanyut pergi.

Tuesday, 28 September 2010

Si kecil Sufia

Mengesot sudah boleh.
Dan kini, baru pandai merangkak.
Sikit-sikit.

Alhamdulillah,
Bising mulut belum ada, tapi tingkah dia sana sini; ligat.
Ada saja hajat si kecil yang nak digapai; tak putus-putus.

Dan bila hajatkan sesuatu yang tepandang,
Menggelupur tangan-tangan dan kaki di kepak-kepakkan,
Cepat-cepat hajat nak kedepan,
Kayuh-kayuh peha kecil makin laju,
Laju,
Laju lagi; tapi tak sampai-sampai.

Kenapa?

Sebab dia mengundur.
Si kecil tak perasan yang kuat semangat juang tadi buat dia tersalah timbang cara,
Dan akhir pilih jalan yang salah.

Sedang pula,
Andai yang dihajat itu dekat; jauh-jauh pun tiga empat rangkak-kan,
Dia boleh,
Boleh gerak depan pelahan-lahan,
Tapi penuh usaha.

”Ah, sama saja kita kan”

Ya.
Kita ini sama saja bijaknya dengan si kecil 7 bulan itu.

Kalau yang kita kejar itu depan mata; insya’Allah panjang akal dan sampai usaha.
Tapi, kalau yang dikejar itu jauh, kita selalu tersalah kira dan makin jauh akhirnya dengan yang dituju.
Dan kalau yang dikejar itu jauh, kita selalu tersalah pandu juang hati kita dan makin pesong dari benar langkah kita.

Sama kan?

Cuma;
Habis2kuat, pesong sufia mengejar ghairah dunia hanya buat dia sangkut dengkat kaki-kaki sofa lama di kampung,
Tapi,
Kita yang besar-besar ini? Pesong kita boleh pergi sedekat-dekat duit-duit kopi, perempuan dunia dan sejauh kosong akidah!

Saturday, 25 September 2010

"Takkan aku jer yang kena? Nanti la kau!"

Marah?

***

Begini.
Setiap satu seksa yang sampai pada kita, bukan seksa yang patut dibalas.
Kenapa?
Sebab kita tak pernah mahu, najis-najis hina orang yang hina itu terpali jadi bau darah daging kita, bukan?

Jadi, benarlah kamu untuk sentiasa berkelakuan atas norma akhlak yang perlu; biarpun balasan yang kamu terima bukan begitu.
Lebih baik jadi diri kamu yang kamu sendiri pilih; dan tentu-tentu kamu ada pilihan kamu sendiri bukan?

Macam ni lah.
Jadilah pari-pari putih yang sentiasa jadi bahu yang bisa di tumpang bila ada airmata jujur mahu berjujuran.
Kerana itu lebih ke-kamuan.
Dan berdoa supaya roh-roh kejahatan berlegaran di sekeliling kamu, tanpa kamu ter-ikut-ikut akan mereka; kalau perlu, doakan supaya mereka berubah.

Kamu mahu penghormatan dan penghargaan?
Kamu hargai jiwa kamu dulu
dan hargai kewujudan Maha Esa yang tak pernah tinggalkan kita itu.
Dan insya’Allah, ada hati2jujur yang datang menatang hidup kamu nanti.

Ingat; ini bukan janji aku; ini apa yang Maha Kuasa janjikan; dan kita semua percaya akan itu, bukan?

Friday, 24 September 2010

Dalam gelap.

Memandang jauh pada terang cahaya.
Yang bersilau masuk itu adalah cahayanya.
Sedikit. Tapi cukup buat kusut gelap tadi hilang.
Tapi yang bertelaku itu bias memilih; mahu bimbit hati menurut jalur itu, atau biar pejam mata dan lemas dalam gelita jiwa.
Ya. Cahaya itu bias datang, tapi andai kelopak mata masih rapat, hitam tetap hitam, padam tetap padam

Bagai kita.
Andai kita jatuh dan terperuk dalam pelosok hitam hati dan gelora benci hidup, kita bukan mahu magika semua menjadi superhero; bebaskan kita sesempurnanya.
Cuma yang kita mahu, kalian datang dengan jujur, selit sinar cahaya kecil, dan pekik

Sini sahabat, ke sini. Aku tiada apa; selain dari jemari-jemari lemah ini untuk kamu paut. Mari, kita bebas dari hancur jiwa ini?

Itu saja.

Yang lain, biar kita; tuan punya jiwa,  kumpul-kumpul kuat rasa untuk bangun dari perosok ini.

Dan andai kamu yang bergelap, boleh aku sebagai sahabat datang membimbit jalur-jalur sinar itu? Biar hari ini aku yang bawa, mana tau, esok aku yang meminta?

Boleh bawa cahaya yang itu?

Thursday, 23 September 2010

ibarat debunga

Ya.
Hidup ibarat debunga.
harum semerbak undang senyum
indah.
di puja sekalian.

dan hukum sang bunga, kembangnya bertaut.
ada kelopak-kelopak yang berpeluk kasih,
erat rapat berikat sayang.

pada pandang yang runtuh, ada jemari memetik satu.
didakap kemas.
mengulit dengan manja penuh takjub.

dan sampai waktu, yang dipetik tadi; hayatnya akan hujung,
pelahan-pelahan kaku dan menghembus hayat akhir
sudahnya, menjadi buang.

bagai hidup.
kuat akan jiwa dan dimata, andai kita dan kita lain berkait
bertumpang hati dan berpegang janji
andai ada ego si kelopak yang mencarik diri dari sekumtum jambangan tadi, pasti lekas dia layu
dan jadi hanyut debu.

bagai jiwa hati
andai seikat dari kelopak tadi berpaling dari pegang yang kuat di pohon Agamanya,
pasti esok hanyut dalam puja fana sanga dunia
dan pasti tidak lam; esok  lusa pudar dan kandas tanpa sedar.

dan untuk kalian; beringatlah
panduan kita pada rumpun dan paut jiwa pohon-Nya
jika tidak? ah...

nota:
andai yang membina sejarah hebat itu bukan kita, setidaknya bukan juga kita yang menghancurkan gemilang sejarah dulu, boleh kan?

Monday, 6 September 2010

kenapa?

Assalammualaikum pembuka bicara.

bukan anda saja yang pelik mengapa saya disini..saya juga sendiri pelik mengapa saya dijemput kesini....sudah hujung nyawa...sebuah karya AJ Nismihin yang sememangnya punya nadi dan nafas tersendiri......saya pasti siapa saja yang mengenali AJ dialam maya ini pasti kenal akan bentuk tulisannya...biarlah jauh mana pon beliau pergi...komen yang ditinggalkan sebagai "anonymous" pasti dapat dikenal pasti.....

saya anggap AJ macam seorang abang...seringkali mahukan seorang adik berjaya dan terus bangun melangkah jauh.....AJ lain.dia ada sesuatu yang dia saja yang ada.......AJ seakan dapat rasa apa yang sedang saya lalui ketika dia menghantarkan nasihat nasihatnya......buatkan saya rasa......ada manusia faham apa yang terbuku.......

ok kembali balik...kenapa saya??kenapa saya dijemput menulis disini.....AJ saja yang ada jawapannya....saya bukan penulis hebatlah...saya bukan penulis tersohor..saya bukan orang seni...tapi saya mampu menulis dari hati..tak payah baca pon tak apa..cuma rasa.....=)

a piece of "nikmat"..

Wednesday, 1 September 2010

~ f a r E w e l l * u n T u k * k a L i a n * y A n g * b E s t - B e s T ~

Assalamualaikum semua.

Terima kasih banyak-banyak untuk kalian.
Aku benar-benar senang bertumpang hayat dengan kalian dalam alam maya ini.
dan persahabatan atas hanya kenal tulisan ini, buatkan aku rasa dihargai ikhlas oleh kalian.
dan aku takkan lupa yang itu.
ya, tak lupa.

cumanya; ada saja ketika yang paradigma itu tidak lagi cocok padan.
lantas ada tiang-tiang usang yang mendokong hidupnya nyawa perlu di alih pindah dan diganti baru.
dan untuk itu, aku mengumumkan pengakhiran blog 'belum hujung nyawa' ini dengan secara rasmi.

Maaf untuk yang aku pernah sakitkan bahasa aku pada kalian. Aku kan manusia biasa, mesti ada sakit perit yang aku tak perasan pernah terjadi pada kalian.
Maaf ya kawan.
Maaf ya sahabat.
dan sekali lagi; Freundschaft ist nicht reden die ganze Zeit, aber es ist mehr beten für die andere Hälfte's best.

Assalamualaikum semua.

ni testimonial untuk kalian. maaf panjang.

Frodo baggins; serius, aku ada terpengaruh dengan gaya kamu. You are awesome dude. Wish you being a great muslim; and leader too yourbest friend ya Frodo. Kamu ada nilai itu, cumanya kamu yang pilih mahu jatuh, atau terus bangun. Hidup kena tegar ya sahabat!

i'msosupernotcool; you are the coolest guy in this blog world. i mean, my blog world dude. wish you the best in you study. ala, akaun tak susah mana, yang susah jiwa kita ja. I am accounting grade too;and from shahalam too! but i am not you gunners. YNWA =) [will still drop to you page, perhaps]

fiQa @ abang kacak Auckland; sekali kita jatuh, sakitnya buat kita ingat untuk tidak bodoh-bodoh repeat the same mistake kan!thus, move on with pride gurl. life is larger than that 7+1 years. Wish Allah grant you a beautiful life hereafter.

My young Doc Anum; sibuk dunia yang buat leka hujung nyawa ya Anum. Hidup kena seceria anum yang dulu tau, tapi sekuat kamu sekarang.Esok lusa Sufia sakit, aku suruh dia lawat kamu ya =)

Si Lampu Neon; kan betul aku pesan, kamu hari ini lebih bahagia dari kamu Dec lepas kan? Life is about appreciate and thanks. Closed to Allah, then Allah closer to you. We will never be perfect rite?

Qiez @ | Larasephia | ; kamu makin perit. tapi jangan bodohkan jiwa dengan hanyut dalam duga macam tu saja. You are strong gurl, but dont override your trust with HIM!

Wong ah ian; terima kasih jadi sahabat aku ya Ian. Banyak yang aku nak sembangkan; tapi aku tetap dengan janji aku nak makan 'kosong kosong' dengan kamu nanti. Doakan itu jadi kenyataan ya. Starbuck pun starbuck, tapi study jangan dok lambak tau! Trust me, we can meet one day. one fine day!

SeroJa; sis, sakit kamu buat kamu kuat; dan redho kamu buat hidup kamu lebih bermakna. jangan maki dengan dunia, tapi terima dengan senyum; walaupun perit. hidup kena terus kan? dan untuk itu, kamu lebih kuat dari yang kamu fikirkan sis. trust me, you are! Why? Cause Allah trust that too!

MoFarid; ada entri2kamu yang dalam sengal buat aku belajar.Jadilah whistleblower yang bijak ya Farid. You are smarter that you think dude. Trust me; you worth better life. Tapi, jangan terlalu rebel ya. Solat jaga sahabat =)

Mr. Hanis Poppycock -tanggungjawab nanti jadi berat tau,so be fokus. dan sabar. Una itu lumrahnya sudah begitu, jadi kamu jadi pelengkap dia ya sahabat. Aku doakan bahagia kalian ke akhir syurga itu. Ameen

SuperUna Hadzarami: tak salahkan jadi anonymous di laman kamu? dan jadilah isteri yang membawa syurga dekat pada keluarga. Kamu ada asas dan calon yang baik, jadi keputusan akhirnya semua pada kamu; dengan izin dia kan? Insya'Allah, kalau tak ada apa2jadi pada aku, aku sampai. Paling tidak, ke KJ ya =)

Boneka Tak Sakit; jangan stress sangat tau.hidup ini bukan hanya untuk dikecewakan, insya'Allah ada 'Hawa' untuk kamu. Tapi jangan terlalu mencari, takut uji dari Allah itu berpanjang lagi. Berdoa dan redho. Rock-rock pun kena puasa kan =)

Hena; sabar itu buat kita kuat kan? dalam hidup kena terus tekun tau. wish you all the best then :)

alvin takda umah harga 8juta @ jack alvin; kamu ada kawan-kawan di samping kamu yang boleh buatkan kamu lebih kuat dari yang kamu fikirkan. so, dont gave up. life is better than that nightmare rite?

Cikgu Adeqq: Jangan kalut dengan fikir yang musibah itu sakit; sedangkan hikmahnya lebih indah dan melewati fikir kita kan Adeqq. Lagi 1, sampai shahalam nanti, belanja aku ya =)

Berd; untuk si jordanian ini, aku tahu kamu bijak orangnya. kuat jiwa ya kawan. Dunia ini memang keji pada pandang kita, jadi kita lah yang pilih hujungnya kan? Be a strong gentlemen tau.

Plain Jane: muslimah itu hidupnya bukan terkongkong kan, tapi bebas dan indah dalam batasan-Nya kan Jane. Ah, aku sendiri bercinta dengan muslimah indah la Jane :)

beautiful rose; kamu jangan kalut sangat dengan hal sakit perit berkawan; itu baru permulaan.cumanya hargai siapa yang kamu ada dan pasti itu makna hargai Yang Maha Esa juga kan :) dan life is not about desperate to be pair off rite? it is more than that!

Yusuf Mujahidin: ahlan wasahlan sahabat. Aku doakan kamu lebih sihat dengan imankamu dari hari2yang terlepas. Insya'Allah, aku doakan Firdausi untuk kamu dan pejuang di jalan-Nya. Ameen. Jaga diri ya. Dan tolong tengok2kan lumut sama ya sahabat ;)

Hellioz & pisau belati -kamu memang pemikir yang baik kawan. harap kamu teruskan dengan pandangan kamu. be a strong guy in real life too dude!

Jard the Great -kamu tolong tengok2kan Boneka sama ya. He need support most of the time; and friend is the best support tau!

eiffel -gadis itu wanita dan wanita itu ada maruahnya kan,

Shakinah shax; wei, belajar betul2. ko kan power. jangan nak mengulat jer.

aly -belajar rajin2ya dik,

KASIH HUMAIRA -ah pesan kamu dan kongsi ilmu kamu bermakna untuk aku tau! Apapun, bertudung itu perlu ikut syarak tau. Berfurdah tuh dah kira extra la. Alhamdulillah.

nasikputeh -berkongsi hidup ini banyak duganya,sabar itu perlu ya =),

fndrocka -blog kamu dan penulisan kamu memang menarik. dan terima kasih untuk hiburan itu. teruskan dengan konsert huruf2kamu ya Afendi =)

f.a.r.a.h -ah jangan fikir sangat nak jadi kurus, sebab berisi itu bukan semestinya tak indah. cute apa?

CikChelsea dan R.S.A.L -ah, kita ada saja formal dan informal yang boleh kita ketemukan?

Sir Marcello -ah maaf, lepas kamu ke wordpress,aku dah makin jarang jengah. elok2balik sabah nanti tau. hati2.

Kerak Nasi -11Nov tu tetap jadi janji aku. nanti aku usahakan untuk sampaikan 'nya' pada kamu ya

cik GULA-gULA -dan ketemu pusara itu, maka jangan lupa basahkan bibir dengan doa dan alFatihah ya CikGG.

MANATRAHDAZZLE, ♠☠♠ayudeadwish♠☠♠, CinTa Lea IxoRa, e. indah, cik CumeY, i_am_the_KING, Adila Ady, iyllienaz, YaNNa'87, faiq, CHEGU ALONG, hamihemo, cikmemy, rhapsody LiN, hans, syafi, huda rahman, sengal ke aku?, MiezavsRozy, b.r.u.t.a.l.s.o.l.o, baincardin, Bungakopi, kodok hijau the ghost writer, Pelatt dan sekalian yang lain yang pernah menjengah sini dan memfollow blog ini, aku ucapkan bergelen-gelen terima kasih. tanpa kalian, aku ini tidak ada siapa-siapa kan =)

Tuesday, 24 August 2010

O F F L I N E ( a g a i n )

Dear all, i will be away for a while.
Thus, don't expect me to spit out anything here; for quite sometimes.
This 'home' will left open for any visitor; but sorry, i have no dates left to share with you; at this moment.

For mukminin and mukminat; behave yourself.Allah grant you nothing more than those you can handle; and bring you closer to HIM. It is your say; either you come closer; or not.


With Allah will, I pray for everyone's happiness; here and life after.

Salam Eid Fitri to all my beloved bloggers; in advance.
But please don't forget that; Fasting itself is the 3rd pillar of Islam, and not the 30-days of 'raya' =)

Assalamualaikum

Monday, 23 August 2010

"Boleh saya cuba pandu yang ini encik?"

"Maaf Tuan. Yang ini, hajatnya hanya untuk pameran. Untuk usik pegang. Yang boleh di uji pandu itu tak ada hari ini, keluar. Nanti-nanti Tuan datang lagi, boleh?"

"Yang ini tak boleh pandu?"
Mengeleng pelahan. Sambil mulut menguntum senyum.

"Model yang hatchback ada tak?"
"Ada, tapi tak ada yang dipamerkan di sini. Tuan boleh tengok brouchernya di sana ya"

"Eh dibelakang itu kan ada" sambil telunjuknya ligat menuding ke luar. Dengan kasar bahasa.
"Ya, yang diluar itu. Boleh saya tumpang tengok belek?"
"Ah, itu sudah ada tuannya. Sudah ada yang membeli. Saya tak boleh pinjamkan tengok."

"Ah, sama saja kan. Bukan tuannya tahu"
"Maaf Tuan. Amanah. Tuan sendiri tak mahu kereta belian Tuan di pinjam tengok buka dan tutup pihak lain bukan?"

"Huh" Mengeluh.
Kemudiannya mendegus pelahan.

Memandang sana-sini lagi.
Kemudian beredar.
Beredar dengan tangan kosong.


* * *

Kereta showroom itu pasti sama saja kan dengan kereta yang lain? Cumanya, dia dah dibelek tengok dan diintai sana-sini. Ah, isi enjennya tetap sama. Cuma yang beza, sedap buka dan tutup dan calar balarnya. Yang lain, sama saja dengan yang lain.
dan sebab yang sedikit itu, pembeli sudah pandang yang lain. Dan showroom itu sendiri pasti lebih murah nilai di mata orang, bukan?

dan yang test drive itu bagaimana?
itu...kalian nilai sendiri ya.

Cuma aku pesan, bila dah dibayar booking fees, kereta tidak boleh dibawa pulang. Tunggu dibayar penuh muka dan akad jual beli, baru haknya berpindah tangan. Kalau tidak, tunggu saja.
Ya lah, mana tahu, ada saja yang membatal beli selepas hajat berpindah niat bukan?

Dan yang sudah beli pun, bukan boleh dilanyak habis kereta itu tanpa jaga! Kita bukan mahu beli ini untuk sampai esok sajal; tapi sampai bila-bila.

Metafora hidup ini kan begitu:
calon kereta itu ibarat calon pasangan hidup kita.
dan pertunangan itu tak lebih dari hanya sekupang dua 'booking fees' yang belum tentu natijahnya; bukan?

Friday, 20 August 2010

Jadi, pilih lah...

Ah, sedap semuanya
Bisik hati memandang tiap hidang jual di petak niaga.
Ini yang sukanya di bazaar, pilihannya bukan main-main.
Petik saja apa yang difikir, pasti ada di bentang niaga.
Pilih saja.
Di sini, selera nafsu jadi raja jadi ratu.
Tahu yang makan ini takkan habis, tapi masih dijinjing bawa pulang dengan hati bangga seanteronya.

pasti puas aku malam ini

Tapi.
Nadanya hilang bila azan jadi teman corong-corong audio.
Selera jadi sampah.
Yang dipuja bagai gila, rupanya berasa kosong.
Warni di hidangan rupanya hanya tempelan jaket baru dari kain kertas. Baru disentuh tangan basah dengan saki baki kurma, sudah koyak dan nampak rupa benar warna.
Dan selera putus tidak bertali.

Sial. Beli saja itu ini, tapi semua sampah
Ini bukan makanan berbuka, tapi sampah hina

Memang ke tong sampah sana juga yang sampai.

Diam seketika.
Pelahan-pelahan menyalakan api rokok sambil meletakkan gelas kopi jantan yang sudah tidak berbaki tadi.

Ah, bazaar ni memang macam hampeh. Esok aku cari bazaar lain” tanpa mood. Muka serius seperti mahu ada yang dimakan baham kalau di ajak berbincang.

Terus di situ. Sambil punat-punat astro di petik.
Dan bila lama lagi, sekali lagi muazin ber-azan di corong audio, dia masih disitu.
Yang beralih hanya gelas kosong tadi, dan saluran astro; dan kepul asap-asap rokok itu.
Dia? Masih di darjah yang sama; sejak tadi.

***

Narator:
Yang dibeli tadi ikut nafsu atau perlu?
Yang dipilih tadi ikut senyum manis si gadis jual, atau ikut nadi lapar yang ditahan-tahan tadi? Ikut iman jiwa, atau ikut kiblat menggila?
Kan dah diberi pesan.
Pilihlah juadah kamu ikut gerak iman. Pilih yang berkhasiat. Pilih yang tentu baiknya. Dan bukan hanya pilih pada lawa pamer dan cantik si jual.
Seperti pilih jodoh.
Yang berkhasiat itu yang beragama. Yang baik itu berketurunan dan berilmu. Dan jangan hanya pilih pada lawa pakai luarnya, dan cantik ketuk lengkuk tubuhnya. Takut-takut, tersalah pilih ikut nafsu, terpaksa dibuang ke sampah juga nanti.
Tapi kan...
Yang memilih itu perlu jadi berkhasiat dan baik dulu kan?
Kan dah tentukan yang berkhasiat itu untuk yang berkhasiat, dan yang sampah itu untuk sampah.
Jadi, pilih lah...

Tuesday, 17 August 2010

Seperti ombak

Ada kalanya tenang kecil
Berkocak lembut
Bagai alunan lembut sutera di gemalai tubuh sang jelita

Tapi ada kalanya kasar
Memberontak terang-terang
Habis seluas pantai dihempas pukul
Dihenyak betul-betul

Tapikan,
Berubah mana la sangat pantai itu?
Sabarnya masih sama kan?
Walau dalam-dalam benak jiwa, dia tahu yang esok lusa pasti akan sama.

Skrip yang sama.
Sama seperti dulu-dulu.

Adil ke semua ini?

Satu ja.
Maha Esa itu juga Maha Adil.
Dan Maha Benar dengan janji-Nya untuk setiap kebaikan itu dibalas dengan kebaikan, dan keburukan itu dibalas dengan keburukan.
Sodakallah.

p/s:
hidup ini bagai ombak dan pantai kan?
dan hukum pada kita juga pasti sama dengan hukum pada ombak dan pantai kan?
Subhanallah.

Ah, aku pun sama

Sama dengan yang lain.
Sebab insan itu aku sendiri.
Maka, dah ditentukan yang makhluk bernama insan ini hidupnya ada pancaroba; ada duga coba; dan ada benci suka.

Yang aku kejar dulu adalah itu.
Bila digendongan aku ada 'itu', aku jadi lemas dalam complecant diri.
Dan makin lemas.

"Setanlah"
Benci.
Dalam-dalam, sudah muncul sakit dengan hati.
Tenang bukan hal biasa lagi.
Aduh.

Ku dah bukan aku?

Friday, 13 August 2010

Pohon itu daunnya lebat.

Lebat sangat.
Hijau merimbun indah.
Lagi indah bila disimbah dengan biasan cahaya jingga menjelang menyinsingnya mentari.
Memang indah.

Dan seperti yang lain; hijau itu bukan hakiki ada.
Surut-surut dia akan gugur jatuh.
Ada yang gugur bilamana sudah lama mengering di atas dahan.
Dan ada juga yang melayang jatuh biarpun masih hijau mentah; dek kerana masanya sudah tiba.
Bila masa yang lain?
Itu semua rahsia.
Ada hijab yang Maha Besar menyimpan rahsia itu.
Cuma yang kekal pasti; sampai masa gugur juga.

Seperti hidup.
Kita yang hidup.
Dijemput itu sudah pasti.
Cuma, soalnya bila.
Jawabnya; bila-bila.

Asalkan kamu gugur saja, pasti menyembah bumi.
Cuma moga, sebelum gugur kamu, sudah kamu menyembah Maha Esa terdahulunya.

Thursday, 12 August 2010

Kisah 2 tahun dulu.

Di muka pintu.
Memandang luar yang hijau. Hijau dengan lalang. Ah, itu tapak untuk rumah sebelah.

"Along dah kawin"
"Anyah pun dah kawin"
"Nanti Achik kawin pulak"
ah bebel saja budak kecik ini.
Ya, budak yang tadika Kemas yang ada pintu tandas berlakaran Spoungebob ini memang begitu. Ada saja yang dia fikirkan.

"Hmm" pendek jawab mak.

"Nanti kan mak..." sedikit kepala ibu di angkat memandang pada si kecil itu.

"Kalau semua dah kawin, semua dah pindah, siapa nak jaga mak?"

Erk.

"Biar amei la jaga mak yer. Amei ambik mak. Amei kawen dekat-dekat la kemudian jaga mak"

Ah.

Nota:
Aku sendiri belum fikir seperti itu. Tapi, dia sudah.
Budak kecil itu jugak budak yang sama berkata hal ini di Pasar Payang Kuala Terengganu bulan lepas
"Kakak, boleh tak amei nak beli kain batik ni bagi mak? Ni arge 26 ringgit. Mak bagi amei nak belanja 20 inggit. amei ada bawak duit amei 8 inggit. Boleh tak akak".
Ya, budak yang sama.

Maaf, senyum aku tak secantik senyum yang lain. Betul kan meen? =)

Entah la.
Cumanya, kadang-kadang aku rasa Ramadhan yang ini macam Ramadhan akhir aku.
Jadi aku minta maaf semua ya.
Aku pasti ada salah. Pasti ada silap.
Mohon maaf atas itu.

Yang sahihnya, ada seorang saja yang membaca lembaran ini kenal aku berdepan; yang lain hanya berkomunikasi dengan medium monitor ini. Dan aku yakin aku senang dengan cara ini.

Meen, aku minta maaf ya. Aku tau salah aku dengan hang cukup banyak. Kalau tak, takkan nama aku kawan baik hang kan J. Dan aku doakan hang sekeluarga bahagia dan gembira sepanjangnya. Insya’Allah kalau ada ketentuan, boleh aku rasa nikmat persahabatan ini di Firdausi nanti ya. Jaga dia seperti mana hang jaga diri hang. Behave ya sis. I know you know the best; for you and others. Kalau betul jadi apa-apa, tolong menulis disini; bagitau yang lain ya :)

Rakan bloggers;
Alhamdulillah. Aku cukup senang kenal kalian dengan membaca kata hati kalian. Tak payah tentang mata pun aku dah merasai syukur hidup berteman. Terima kasih. Aku pohon maaf salah silap buah bicara aku dengan kalian. Ya, kita takkan berdiri dalam satu nada bicara, tapi paling tidak ada equilibrium di antara nadi kita yang boleh di bawak bincang. Dan sesungguhnya aku tidak lebih dari seorang tua yang berdiri capek dan menulis di cermin yang penuh dengan habuk. Nampak dalam tidak. Kalau kalian nampak, bacalah; mungkin ada sedikit yang boleh aku kongsikan. Kalaupun tidak, sekali imbas pun sudah cukup. Aku bukan budak seni yang pandai menganyam bunga2pelangi menjadi wangian kejora, tapi aku cuma seorang perantau kosong; yang ada sekupang dua untuk di ajak berkongsi.

Aku senang dengan kalian. Terima kasih.
Dan anggap lah entri ini sekadar satu entri biasa yang saling tak tumpah sama dengan entri lain.

Cuma aku pesan; kalau ada yang baik, panjang-panjangkan. Kalau tidak, simpan buat pengajaran bagi kita manusia yang tidak pernah sempurna.
Kalau jumpa Sufia aku besar nanti, tegur dia ke jalan-Nya ya. Ameen.

Sahabatku sekalian; selamat beribadah ya. Assalamualaikum

p/s: Alhamdulillah. Aku sihat walafiat sampai hari ini. Ya cukup sihat =)

Tuesday, 10 August 2010

K U R A P!

Salam. Ok, entri nih boleh komen. Memang ada 2-3 entri yang aku tinggal tidak berkomen. Saja.

***

Apa yang digaru-garu tuh. Malulah.
Ah, aku gatal la.


Kurap?
Bukan. Bukan kurap. Aku bukan anjing kurap.
 

Habis?
Ringworms. Hehe
 

Tak ambik ubat?
Malu lah. Takkan nak aku kangkang depan doktor. Garu sudah.
 

Ko garu lagi melarat. Lagi besar. Esok2kalau nak kawin pun kena rejek. Nanti habis bisa semua bahagian.
Ala...
 

Ye. Betul la. Lagi garu lagi besar. Kalau tak ubat sekarang lagi teruk. Nanti semua pun jadi kurap.
Ringworms la.
Ya, what ever. Stubbornness is part of your default element rite?


***
Kalau sakit. Pi berubat. Garu tuh short term jer. Boleh reda sat jer. Tapi bisa tetap ada. Lagi merebak. Lagi sakit. Lagi teruk. Lagi buruk. Esok lusa kalau dah terlalu teruk, tak dapat ubat baru tau.

Macam hidup. Kalau ada najis2dalam jalan hidup kita, treat satu persatu dengan betul. Jangan pikir short term ja. Esok lusa, makan diri. Jadi bisa lain. Jadi hina. Sapa susah?

Hidup kena fikir jauh. Fikir destini. Itu sebab ada syurga, ada pahala. Betul?

Monday, 9 August 2010

5 bulan 2 minggu yang lalu, dia masih satu mimpi aku.

Esok lusa, budak kecil ini akan membesar, kenal dunia, dan tahu pancaroba.
Kalau kalian jumpa dia tidak beradap, kalian tegur lah.
Kalau jumpa nya tidak beragama, pimpinlah dengan iman.
Kalau jumpa nya merayau mencari hakikat siapa diri, bawakan dia dekat pada Allah.
Kalau kalian cikgunya, rotanlah andai dia layak di rotan.
Kalau kalian sahabatnya sepejabat, bantu dia seboleh kalian.

Aku tak pasti lama mana aku boleh pimpin dia, tapi aku percaya yang mukminin mukminat lain ada untuk aku sandarkan harapan dia menjalar ke Firdausi nanti.
Aku yakin ada.
Ameen.
* * * * *

Sufiatunnur Bt ****A J********

Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim
Engkau limpahkan lah rahmat-Mu pada puteriku
Engkau kurniakanlah dia jalan keimanan yang telah Engkau janjikan syurga-Mu Ya Allah.
Ya Karim Ya Malik Ya Quddus
Semoga akhlak dan pekerti nya menjadi dinding syurga aku, keluarga ku dan sekelilingnya.
Dan semoga dia dikalangan insan-insan yang telah Engkau janjikan harum syurga-Mu Ya Allah.
Ameen, Ya Rabbal Alamin

Friday, 6 August 2010

Itu pengelaman. Ya, satu pengelaman.

Seperti berjumpa doktor sakit gigi. Bila nurse yang datang menjengah pintu darjah memanggil nama kita, mahu tak mahu kita bergerak lah dalam berat hati mahu ke klinik sementara di kelas sebelah bilik guru.

Ah, mahu di tampal apa gigi aku nih?
Dicabut kah?” mata menjegil ketakutan. Tapi kaki masih melangkah, penuh berat...

Ah, terpaksakan?
Tapi, kalau gigi kita sakit. Meraung tak ingat sopan dan santun dah. Mahu saja semua di hamun. Tanpa paksa pun kita bergerak ke klinik dan mengerang-ngerang di kaunter mintak di layan; kalau lewat, mulalah mahu di sumpah seranah.

Solat kita pada Allah pun seperti sakit gigi.
Jumaat itu seperti satu temujanji yang wajib. Mahu tidak mahu, mahu jugak lah hati ini. Kalau pun boleh lari, kena bijak dengan akal nakal yang mungkin berunsur kait dengan busuk-busuk iman kita.
Tapi, bila hidup kita sakit, berlari jugak kita mencari Allah. Cari rumah Allah. Cari sujud pada Allah.

Oh, maaf. Mungkin bukan semua.
Mungkin aku ja.
Atau mungkin ada seorang dua lagi yang sama.

Ramadhan dah tinggal esok lusa ja.
Hajat aku mahu mengatur jadual bertemu-Nya. Biar sakit ’gigi’ aku nanti aku dan sediakan dengan’bius-bius’ sabar dan taqwa terlebih dahulu.
Semoga aku ada sekederat dua untuk membimbit hati aku menuju rumah-rumah Allah.
Oh, lama benar aku tak menjengah sana.
Ya, Jumaat itu memang ada, tapi yang lainnya?

Thursday, 5 August 2010

Kalau kamu ada semalam dalam kocek kamu, apa yang kamu mahu lakukan untuk esok?

"Mahu aku benar dan ikhlas dalam belajarku. Aku mahu betulkan bodoh aku hari ini yang aku wujudkan dari semalam. Busuk dan bangkai hidup aku hari ini pun sebab semalam lagi aku semai baja-bajanya"

"Aku mahu harumkan semula wangi-wangi kasih aku dengan pasanganku. Mahu ku susun bunga-bunga menjadi pelangi yang segarnya menjadi lestari ikatan aku dengan jiwanya. Mahu aku bekukan momen-momen romancesa itu menjadi buku yang dibelek-belek dalam senyum tawa, agar yang berterusan gelora hubungan kami hari ini tidak akan pernah bertemu kewujudannya. Agar tangis sedih perpisahan tadi tidak muncul dalam galeri hidup kami"

"Aku mahu abah aku balik. Aku mahu sujud pada kaki dia mohon sempurna kemaafan. Ya kemaafan yang benar-benar maaf. Aku mahu di sisi dia kala jemputan Malaikat itu sudah tiba. Aku benar-benar mahukannya"

Diam.

Semua diam sekejap. Mengerewang dalam fikir.

Hang? Bagaimana?

Tersenyum. Tapi bibir tu masih kaku dari merembes kata-kata yang lain nanti kan.

Andai aku balik pada semalam; aku masih lagi di leka yang lama, dan pasti aku masih tak mampu berbuat selain dari apa yang sudah aku lakukan semalam itu sendiri. Apa yang aku mahukan adalah esok. Esok yang masih aku mampu canangkan aturnya. Esok yang masih aku bisikkan doa pada pasangan jiwa ibuku yang sudah awal dulu menerima panggilan pulan. Esok yang masih aku boleh bahagiankan orang yang menghargai dan membahagiakan aku hari ini; dan esok yang masih ada untuk aku baiki buruk busuk aku semalam. Biarlah semalam jadi semalam, aku tetap mahu esok

Woi, cakap la. Hang macamana?” oh, itu semua bisik aku saja.

Bangkit berdiri. Mulut masih rapat membibir. Kaku. Cuma kemudiannya ada sekelumit kecil senyum yang terkumit di bibir; dan kemudian melangkah pergi.

untuk ini, diam itu kunci jawapannya’ dan terus pergi.

Hmm bongok tul. Tadi dia yang tanya, ni blah buat donno. Weng la tu

Ya Allah, andai aku ada esok untuk aku baiki hari semalam, engkau berikan aku sufi jiwa dan nur hati. Dan andai hanya ada hari ini yang tinggal, izinkan esok aku muncul dalam Firdausi mu. Ameen

Wednesday, 4 August 2010

Pesan pada si Permaisuri

Kalaupun ada esok yang Beta gaduhkan, tolong jangan lari bila Beta kucupkan dahi. Jangan longgarkan kemas kejap bila Beta merangkul tubuh dengan kasih. Tapi, merajuklah jika itu perlu untuk waktu-waktu itu

Kenapa?

Pelangi itu cuma gah indah andai mata kita-kita melihatnya dengan hati. Kalau kita-kita buta dengan warna, pelangi itu kosong-kosong saja, bukan

Maksudnya?

Bila ada sedikit getar amarah yang bertandang, berduyun susun jahat hati yang halus menusuri buat fikir luar sedar kita. Tanpa di jemput, ada benih-benih tanggapan yang membusuk dalam jiwa cinta kita. Kecik salah Beta akan menjadi besar. Dan besar salah beta akan menjadi petaka. Maka, jangan jauhkan rangkul kasih dan kucup mesra Beta; moga-moga itu mampu pejamkan busuk-busuk itu dari terus membau

Tersenyum.

Jangan marah itu dilayan bagai ratu yang meraja. Duga Maha Esa untuk kita-kita tempuh bersama kan? Dan bukan untuk dilarikan ia dengan tangis yang menghujan tanpa wujud pasangan disini. Takut-takut singa yang menganga di luar bisa terkam Permaisuri sebelum Permaisuri sempat membuka kelip mata yang sekejap itu

Dan untuk itu, beta benar maksudkannya.
Benar-benar maksudkannya.

Tuesday, 3 August 2010

Subjek (Dia) itu seorang lelaki. Tapi radio itu, seorang perempuan.

Kelmarin dulu
Seorang kakitangan di bawah jagaan aku muncul dalam mimpi.
Mimpi yang berisi kemarah aku dan tangisan mohon dimaafkan oleh dia. Maaf atas silap prosidur kerja yang berulang. Berulang-ulang.
Dan aku terjaga.
"Astaghfirullahalazim"

Semalam
"Kamu ada apa-apa masalah? Ada yang boleh saya bantu"
"Eh tak adalah encik" typical answer for typical question.

"Maaf, kelmarin saya mimpikan kamu. Saya marah kamu. Saya katakan yang saya akan laporkan pretasi rendah kamu. Dan kamu menangis, tapi semuanya saya 'ignore'kan"
Terdiam.

"Saya faham. Takkan pernah kamu fikir nak berkongsi dengan saya akan hal-hal kamu. Setiap kita pasti ada masalah. Tak kira kecik, tak kira besar; dia tetap ada. Dan saya pasti tak cukup sesuai untuk kamu jadikan pendengar masalah kamu. Pesan saya, carilah seorang yang kamu benar-benar percaya untuk kamu luahkan. Hidup ini perlu perkongsian. Biarlah tidak ada bantuan lain dari pendengaran yang mereka janjikan, tapi Insya’Allah ada sedikit tenang yang akan muncul. Dan pasti tenang itu bisa bimbing kamu pada fikir yang lebih terang. Bukan?"
Diam lagi. Kali ini, pegun dia tadi sedikit kendur. Urat-urat fikir yang timbul di wajah mula kurang jelas pada mata aku.

"Setiap yang berlaku dalam hidup ini terang-terang bawa kamu dekat dengan syurga Allah. Cumanya, kamu kena tabah dan bersyukur; kerana itu asas pada takwa dan tawakal yang kuatkan iman kita; dan pasti juga ia hadir dengan ilmu." ini kata pegang aku yang aku nak semua orang pegang

"Apapun, saya harap kamu ok. Cari pendinding motivasi diri, insya’Allah kamu akan lebih ok dari apa yang kamu fikir"
"Encik dulu belajar mana"...dan soalan itu bawa siri bual aku tidak kelihatan seperti satu sesi kaunseling langsung dan bertukar mood yang lebih santai. Lebih 2 hala.

Tapi itu saja.
Dan dia keluar dari bilik.

Beberapa minit kemudian.
Masuk seorang lagi lagi kakitangan.
"Encik mimpikan dia hari tuh?" Oh, antena radio Era memang cukup cepat ambil berita. Cukup-cukup cepat.
Dan lepas itu baru aku tau, dia benar-benar ada masalah. Besar. Dan Berat.

Padamu ya Allah berikan lah dia akan hidayah petunjukmu supaya jalan yang dia pilih dengan akalnya adalah jalan mu. Ameen.

Manusia kan sifatnya tidak sempurna.

Ya, memang tidak sempurna.
Tidak sempurna yang benar-benar tidak sempurna.
Ada saja cacat celanya.
dan yang tidak sempurna itu jangan lah di perhina keji melampau lampau oleh kita-kita yang juga tidak sempurna ini.

Kenapa?
Kerana, esok lusa, hari kelemahan kita pulak yang menjelma.

Cadangan penyelesaian?
Berkatalah dengan hikmah dan jujur hati, kerana itu adalah sebaik-baik perkataan.

Semoga Allah berikan ketabahan hati dan ketenangan jiwa kepada Ustaz Kazim Bin Elyas, Dato' Seri Haji Harussani B Zakaria, Dato' Haji Nik Aziz Bin Nik Mat dan lain-lain ilmuan.
Bukan pegangan politik dan cakap-cakap bermusim yang aku pandang pada kalian, tapi aku pandang pada isi-isi ilmiah pada basah-basah bahasa Al-Quran dan Islam.
Allah itu Maha Adil, bukan?

p/s: itu bukan retorik politik atau apa segala. aku cuma menjemput minda-minda kita berfikir atas dasar seorang Islam yang pegang pada panji-panji penghormatan. Kalaupun politik kita berlainan bahasa, tapi Agama kita tetap satu kan? Tuhan kita hanya satu kan? Dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita lakukan kan?

Monday, 2 August 2010

"Ala, kalau pakai tudung pun belum tentu baiknya dia tuh"

"Baik jadi macam yang tuh, tak pakai tudung pakai baju ketat pun baik dari budak bertudung tuh"
Biasa dengar kan?
Ya, mungkin salah segelintir yang bertudung dalam hal ini. Dan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
dan mungkin rosak susu seanteronya.

Tapi, paling-paling tidak, hukum Allah yang satu tuh dia patuh kan?
dan mematuhi hukum Allah itu wajib kan?

Siapa kita yang nak menilai baik buruk orang lain sedangkan kita sendiri belum tentu baik buruknya.
Berbicaralah dengan nada rendah diri dan ingin memimpin ke jalan Illahi.

Bongkak, biarpun sedetik, rosak iman hujungnya.
Mulut dan madah, itu jalan terdekat kita mencari syurga, dan tentu juga jalan pendek ke neraka!

Semoga hati-hati kita dekat dengan syurga Allah.
dan semoga amal kita juga dekat dengan penerimaan Allah hendaknya.
Ameen

Monday, 12 July 2010

Spain dah menang piala dunia; tahniah. Yang kita ni menang apa?

Dialog Kita
Aku dah cakap, sotong paul tuh mesti betul punya
Ah sial la sotong paul, kan aku dah kalah ni. Memang nak kena buat lauk betul la sotong nih.

Yes, abang kena belikan ayang jersi spain. Kan dah janji hari tuh, sapa kalah dia kena treat jersi original!
Woi belanja lah. Team ko dah kalah. Janji tetap janji. Hua ha ha, seminggu la aku makan free kali nih.

Ilmu kita
Qada’ dan Qadar itu rahsia Allah. Hanya Maha Suci Allah yang tahu apa yang akan jadi di masa hadapan, dan sebahagian dari rahsia itu telah Allah hebahkan pada kita melalui kitab suci Al-Quran. Hanya pada itu. Selebihnya rahsia. Dan percaya pada ramalan itu apa hukumnya?

Sesungguhnya bertaruh itu adalah satu bentuk perjudian. Dan judi itu sendiri apa hukumnya?

Kesimpulan
Yang haram itu jelas haramnya. Yang halal itu jelas halalnya.
Dalam sedar atau tidak, ada saja sekelumit peluang (dengan izin Allah) setan jahanam itu berjaya rosakkan kita, dan kita tenggelam dalam perkataan ‘takpa’; ‘tidakapa’; dan kadang-kadang ‘ala, empat taun sekali’. Ops.
Dan perasan tak, nama sotong itu Paul. Paul?
Dan perasan jugak tak yang subuh pun banyak lebuh sebulan yang lepas? Aiseh.

Tuesday, 22 June 2010

Kita masih lagi bernafas, bukan?

Dan setiap nafas yang kita lalui dalam hidup ini, setiapnya itu sendiri satu ujian dari Maha Suci Allah.
Dan itu sendirinya satu sebab kenapa kita dilahirkan.
Untuk menempuh ujian.

Namun demikian, janganlah dugaan ini ditanggung berseorangan.
Hidup kita ini berkelompok dan berpaut antara satu dengan yang lain.
Ya, menangis itu boleh. cuma, macam dulu-dulu, dan akan datang, bunyi bahasa aku tetap akan sama. Menangis itu ada batasnya. Menangis itu perlu untuk seketika, dan setiap tangisan itu perlu kita jadikan cabaran untuk kita melangkah. Dan kalian di luar sana sudah melangkah cukup jauh untuk satu kekalahan. jadi, 'menang'kanlah hidupmu.

Sudah-sudah lah menangis.
Jiwa kuat kalian akan tergugat utuhnya dengan luluh airmata.

Cuba cari Maha Esa lagi.
Ya, kalian sudah mencari sejak dulu.
Cuma mungkin kalian belum cukup dekat dengan Dia. Dekatkanlah. Sesungguhnya selangkah kita dekat dengan Allah, berpuluh2langkah Allah dekat dengan kita.

Lagi satu.
Carilah satu jiwa yang jujur untuk kalian berkongsi sedih di bumi ini. Lelaki atau perempuan, itu pilihan kalian. Cari bahu yang benar-benar kuat untuk berkongsi basah airmata.
Itu cara yang baik.
Dan tak semestinya ia mesti datang dengan cinta.

So, wish you all the best friend.

Percaya pada Allah, dan Allah akan buat kalian percaya hidup ini lebih dari sekadar apa yang kalian tahu. Percaya aku untuk itu.

Monday, 21 June 2010

gurindam itu bukan gurau dendam kan?

Sayang, jangan ikut perasaan.
Ikut hati, mati.
Ikut rasa, binasa.
Ikutlah hidayah dari ilmu yang bersandar dengan cinta kita pada yang Maha Esa.

Semua insan ada buku hitamnya sendiri.
Dan pasti saja itu sudah menjadi sejarah pada kamu; dan pada aku.
Biar semalam menjadi aras tanda hidup kita dulu; dan kita maju lebih baik untuk hari ini; dan esok.

Laut mana yang tidak berombak.
Andai pandai kita alihkan gelora ombak itu untuk kebaikan kita, jalan kita akan lebih jauh.
Andai tidak, karam itu sudah hampir menjadi pasti.

Sujud dengan redho kepada yang Maha Esa.
Andai ada compang camping hidup, kita berpaut sama untuk terus berjalan.
Dan itu sendiri aku dijadikan tidak sempurna; semoga Aku ada Aku yang lain untuk bergantung harap.
Ya, mungkin bukan sepenuhnya; tapi paling tidak, aku ada bahu untuk tumpang basah.

Dan Allah itu Maha Mengetahui, kan sahabat-sahabat ku? Maka Maha Esa itu Maha Mengatur yang pasti kita tidak bisa terjangkau dengan setitis ilmu kita ini kan.






Ameen
dan ini bukan kisah aku (saja); ini kisah kita semua. dalam sedar atau tidak, ia memang benar kisah kita, kisah hidup kita, kisah kematian kita. dan kita itu ada aku, kamu dan sekalian kamu yang lain. Argh, Isnin memang Isnin hari ini!

Friday, 18 June 2010

{ko main parcel pi yala don't ya} sek can besi

Tengok, komen pasal perancis jer dah penuh satu entri.
Ni aku nak komen pasal kekalahan Spain pulak.

So, what is it all about?

Secara jujurnya, aku rasa Spain boleh 'titik' jer Switzerland. Yelah, line up jer dah buat kita takut. But again, bola itu bulat; anything can happen.
Obviously Spain play better than Swiss, but one simple mistake cost the game.

Same gak dengan dunia nyata kita.
Kalau kita cemerlang jer sepanjang tahun, tiba-tiba ada detik2yang kita leka, mau ada benda jahat menusuk hati dan kita boleh collape. Contoh mudah. Sorang ustaz kalau selama ni alim bagai nak rak, tiba-tiba terdetik nak meraba sorang budak; dan setan ni entah macamana dapat hasut dia; dan dia raba lah budak tuh. Ha, sekejap tuh jer dah ustaz tuh jagi serbasalah seluruh hayat. Rasa jahat tuh mula menghantui dia. Hantu sebab nak amal jer slalu ingat dia buat dosa dengan manusia lain. Hantu gak sebab setiap kali tengok balik budak tu rasa macam nak raba-raba lagi jer. Setan betul hantu ni kan.

so, apply benda nih dekat kakitangan pejabat. Kalau kita yang bagus nak mampus ni tiba-tiba leka dan TERambik rasuah, dah sebab sekupang dua yang kita ambik tuh si perasuah ugut kita akan sebarkan kalau kita tak nak ambik lagi. Ha, apa citer?

So, jangan leka. Slalu buat revision dan alert dalam apa jua keadaan.
Ye lah, aku tau kita bukan perfect, tapi kena slalu beristifar dan cari jalan supaya kita sentiasa mendekati Allah. Supaya kalau pun kita terleka (sure mesti gak) sekejap, Allah bagi hidayah supaya kita sedar.

argh, ni bukan pasal bola!!!
ok tukar channel balik.
pasal bola balik.

Spain kalah sebab strategy kurang berkesan. Ya, strategy tu dulu bagus; tapi kadang2kena tukar gak, ikut gaya lawan. Sama gak macam hidup. Kalau buat dengan cara yang sama jer sepanjang masa, orang akan dapat detect kelemahan kita. So, be variety and open for improvement. Kita semuakan bukan perfect!

huhu sudah la.
bahasa aku pun dak tak sempat nak touch-up itu ini la. Main redah jer. Ni la pasainya kalau jari taip lebih laju dari otak nak pikir. kena cari spare part baru otak tua aku nih; proton ada jual tak?
Pasti ori baru beli. dan ori bukan yang berbunyi "bang, saya tulin bang!"

{ko main parcel pi yala don't ya}

Sepanyol kalah 0-1 dengan Switzerland.
Kendian Perancis kalah 0-2 dengan Mexico.

At last, ada gak menatang piala dunia yang aku nak sebut dekat sini kan. Bagi aku Perancis kalah tuh tak ada benda sangat, sebab depa memang unprepared. Or maybe they prepared, but SEEMS to be unprepared.

Same tak?

So, kalau anda gagal untuk mem-pelan-kan kejayaan, anda telah mem-pelan-kan kegagalan anda.

Argh that sound so stereotype kan, so rephrase.

Kalau asyik nak kata kita bagus dan ada budak-budak yang bagus nak bertindak secara individu, tapi tak ada semangat nak (yang penting) kejesama, tak ada spirit of the game, semua jadi hancus.

Ada enjin ferrari california, ada chasis McLaren MP12, ada harness Merc SLK, tapi tak der link dengan cipboard computer dalam kete. Tak ada integration. Haram tak jalan gak kete. So, kalau benda yang mahal dan haram tak berguna (useless), benda tuh memang sesia jer hidup kan.

So, apa yang penting? coordination, teamwork and integration. Kalau dah dok dalam team, kena compliment each other. Kena dengar satu perintah (but never wrong to express opinion).

Jadi, kalau korang-korang ni pikir korang bagus nak mampus; tapi korang tercampak dekat wrong place (organisasi tak ter-organise, low-self-esteem-community, belagak-bagus-setan-setan-dunia dan macam-macam lagi), korang ada dua pilihan:

1. Initiate the change. Create small positive wave; and give them path to become bigger; and
2. lari jer dari kawansan tu and ready to being called coward. Pengecut yang tau sebut orang tak bagus tapi dia sendiri haram tak buat apa nak baiki keadaan seperti pilihan no 1.

so, choice dekat korang.

nak jadi macam Perancis ke tak?
oh, maap penyokong Perancis kalau aku meebeh-lebeh eleborate pasal team kesayangan korang. Maap kalau aku terlalu jujur dengan pandangan aku. Pandangan aku tak semestinya betul, tapi bukan 100% salah! that I am sure about!

huhu hangin betul kan..

Thursday, 17 June 2010

cakar ayam aku nampak cantik dengan font-font komputer ini, rasanya.

Hidup kita nih pun macam bumi Allah nih juga.
Ada masa basah, ada masa kering.
Ada kala penuh dengar desir angin nak membisik, kadang2tuh sunyi sepi tak berlagu.

Aku pun macam tuh.
Dunia aku ada warna-warna hitam dan putih, dan kadang-kadang ada jalur warna-warna pelangi yang datang menyinggah. Alhamdulillah kan. Sesungguhnya, biar pun sekejap, tapi itu sendiri nikmat hidup yang Allah pinjamkan supaya aku ada alasan yang cukup kukuh untuk tersenyum jujur; biarpun senyum aku tak semanis kalian.

Melihat orang menyanyi, aku belajar sesuatu.
Semua orang ingin menyanyi. Ada yang merdu indah, dan ada yang tidak. Ada yang lunak rasa, ada yang tidak. Pendek kata, berjuta suara, berjutalah ragam rasanya. Tapi ada yang nyanyiannya haram; dan ada yang berpahala. Cuma kita yang perlu pilih; dan kita yang tentukan jalan mana hujung hayat kita nanti tamatkan.

argh pening.
banyak blogger within my range dah mula senyap. sumer ada komitment hidup. aduh. kalau orang makin sunyi di keliling ku, aku jadi kering akal; sebab aku kurang membaca.
anyway, untuk semua aku ucapkan semoga Allah memberkati kamu dunia akhirat.
ya, dunia blog ini cukup maya dan kamu semua ada akal yang lebih berat tanggungnya untuk dunia benar.
Apapun kamu buat, all the best friend.
Rajin-rajin nanti, menulis lagi. Aku akan datang ketuk pintu bertanya khabar ya :)

Tuesday, 15 June 2010

Pagi ini, sekadar cakap-cakap kosong aku.

Seminggu dah aku tak menulis. Idea ni pun macam bumi Allah juga. Ada kalanya basah; dan kala yang lain kering kontang; seembun gerimis pun tak wujud.

Itulah tandanya, betapa manusianya kita. Penuh dengan ketidak sempurnaan, dan hidup saling bergantungan dengan insan-insan yang lain; and ultimately to The Almighty, Allah.

Semalam ada taklimat di dewan. Dan tentu saja ada jamahan makanan-nya. Buffet. Dan beraturlah sekalian peserta menunggu giliran. Ada bagai-bagai ragam. Ada manusia yang jelas-jelas lonjak seleranya besar; lebih besar dari kesedaran hak peserta-peserta lain yang di belakang. Ada yang cukup bersederhana; sekadar wasatiah jamahannya. Dan ada juga yang acuh tak acuh dengan jamuan. Secubit dua lauk dengan nasi yang tak sampai segenggam; dan segelas air di tangan.

Seperti itu juga kita kan.

Dalam satu dewan yang sama. Bosan dengan butir bicara yang sama. Beratur dalam baris yang sama. Pinggan pun set yang sama. Lauk jer yang kadang-kadang lain. Ukur makan pada selera sendiri. Tapi bukan ketepikan terus hak insan yang lain. Sesungguhnya, seandainya kita menjaga hak orang, Allah akan jagakan hak kita sama.

Dan pada yang lewat di belakang, yang tidak langsung sempat mengkikis kerak2nasi dan kuah lauk, sebenarnya itu sendiri takdir yang sudah Allah tetapkan pada kamu. Dan redho lah ya. Redho dengan hidup yang takkan pernah ada sama dan lengkap dengan insan yang bersujud pada Maha Suci Allah; melainkan di padang masyar nanti.

Alhamdulillah.

Ah sudah, terlupa pulak. Aku nak pergi mesyuarat dah nih. Mesyurat? Makan lagi la nih.

Permisi dulu ya.

Monday, 14 June 2010

Yang jelas itu tersurat; yang tersirat itu tidak.

Dan yang sudah di takdirkan itu pasti saja yang terbaik untuk kita kan.

* * *

'Dum' sliding door di kemas. Di kunci.
Jeriji rumah di tolak. Di kunci.
3rd layer; ada kunci solex yang bukan berjenama solex dikunci kemas.
Pintu pagar di tutup. Kemudian pintu kereta dibuka tutup.

Berdoa sedikit pada kerahmatan Allah, dan bergerak kereta yang sudah panas enjinnya. Lancar. Belum sempat perjalanan menjadi tua seminit dua, fokus bertukar.


Isteri   : Maaf bang, beg tesco yang satu tu tertinggal. Beg baju tu bang.
Suami : Oo. Ok.
Isteri   : Maaf ye bang. Maaf sebab kena patah balik. Tak apa yer bang. Maaf ya.
Suami : Eh tak apa. Tak apa lewat sikit pun.

~ sunyi sesaat dua ~

Suami : Allah itu Maha Pengatur. Mana tau kot lewat seminit dua nih kita terselamat dari satu musibah? Mana tau, kot kalau kita terus tadi ada nak berlanggar apa kan.

~ tersenyum ~

Isteri   : Abang perli ayang yer.

~ suami tidak bersuara, tapi senyum kecil di bibir menjadi jawapan yang si isteri memahaminya ~

Berhenti di depan rumah. Suami turun. Membuka balik kunci-kunci di pagar, di solex, di jeriji dan di sliding door. Sebelum masuk, terperasan yang lapik kaki yang isteri basuh sepanjang pagi tadi masih lagi bergantungan di luar tak berangkat; lalu melangkah pelahan-pelahan mengangkat kesemuanya, dan membawa masuk ke ruang tamu. Longgok saja disitu. Selangkah dua lagi, ambil beg. Tutup suis lampu yang tertinggal tidak bertutup tadi. Melangkah keluar; dan selesaikan rutin mengunci rumah.

Jiran    : Ha, ni nak balik kampung la nih.

~  alahai jiran sebelah rumah menegur. Dia turun dari kereta yang baru dipakirkan di depan pintu pagar~

Suami  : Ha'a bang, baru nak balik. Seminggu abang balik tak sempat tegur abang. Asyik balik jer dan gelap. Asyik gelap jer dah balik. Nasib baik jumpa abang nih.

Jiran   : Yelah, sekali skala balik dari putrajaya macam ni lah, bukan lekat rumah sangat.

~ isteri si jiran dok besembang dengan isteri si suami. ber-cak-cak dengan anak kecil yang dok menyusu badan tuh. Nasih baik jiran si laki tak jenguk skali ~

Suami  : Tidur rumah ker?
Jiran    : Tak lah, balik kampung gak nih. Singgah ambik barang jer.
Suami  : Oklah bang, dah lambat. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.

~ perbualan tamat. Isteri si jiran pun berhenti dari bergosip dengan si isteri. pelahan pintu dibuka tutup. berdoa sejenak, kemudian kereta berjalan ~

Beberapa ratus meter.
Hujan renyai2malam mula turun.
Belum sempat suis on radio di tekan oleh si suami, si isteri menghilangkan fokus sekali lagi.


Isteri   : Alhamdulillah kan kita patah balik. Allah nak suruh kita bertegur sapa dengan jiran la tuh kan.

~ suami menoleh pendek. Tiada suara. Cuma senyum jujur kecil di bibir yang menjawab patah bicara si isteri. dan isteri paham pandangan itu ~

Alhamdulillah.