Lebat sangat.
Hijau merimbun indah.
Lagi indah bila disimbah dengan biasan cahaya jingga menjelang menyinsingnya mentari.
Memang indah.
Dan seperti yang lain; hijau itu bukan hakiki ada.
Surut-surut dia akan gugur jatuh.
Ada yang gugur bilamana sudah lama mengering di atas dahan.
Dan ada juga yang melayang jatuh biarpun masih hijau mentah; dek kerana masanya sudah tiba.
Bila masa yang lain?
Itu semua rahsia.
Ada hijab yang Maha Besar menyimpan rahsia itu.
Cuma yang kekal pasti; sampai masa gugur juga.
Seperti hidup.
Kita yang hidup.
Dijemput itu sudah pasti.
Cuma, soalnya bila.
Jawabnya; bila-bila.
Asalkan kamu gugur saja, pasti menyembah bumi.
Cuma moga, sebelum gugur kamu, sudah kamu menyembah Maha Esa terdahulunya.
No comments:
Post a Comment