"Maaf Tuan. Yang ini, hajatnya hanya untuk pameran. Untuk usik pegang. Yang boleh di uji pandu itu tak ada hari ini, keluar. Nanti-nanti Tuan datang lagi, boleh?"
"Yang ini tak boleh pandu?"
Mengeleng pelahan. Sambil mulut menguntum senyum.
"Model yang hatchback ada tak?"
"Ada, tapi tak ada yang dipamerkan di sini. Tuan boleh tengok brouchernya di sana ya"
"Eh dibelakang itu kan ada" sambil telunjuknya ligat menuding ke luar. Dengan kasar bahasa.
"Ya, yang diluar itu. Boleh saya tumpang tengok belek?"
"Ah, itu sudah ada tuannya. Sudah ada yang membeli. Saya tak boleh pinjamkan tengok."
"Ah, sama saja kan. Bukan tuannya tahu"
"Maaf Tuan. Amanah. Tuan sendiri tak mahu kereta belian Tuan di pinjam tengok buka dan tutup pihak lain bukan?"
"Huh" Mengeluh.
Kemudiannya mendegus pelahan.
Memandang sana-sini lagi.
Kemudian beredar.
Beredar dengan tangan kosong.
* * *
Kereta showroom itu pasti sama saja kan dengan kereta yang lain? Cumanya, dia dah dibelek tengok dan diintai sana-sini. Ah, isi enjennya tetap sama. Cuma yang beza, sedap buka dan tutup dan calar balarnya. Yang lain, sama saja dengan yang lain.
dan sebab yang sedikit itu, pembeli sudah pandang yang lain. Dan showroom itu sendiri pasti lebih murah nilai di mata orang, bukan?
dan yang test drive itu bagaimana?
itu...kalian nilai sendiri ya.
Cuma aku pesan, bila dah dibayar booking fees, kereta tidak boleh dibawa pulang. Tunggu dibayar penuh muka dan akad jual beli, baru haknya berpindah tangan. Kalau tidak, tunggu saja.
Ya lah, mana tahu, ada saja yang membatal beli selepas hajat berpindah niat bukan?
Dan yang sudah beli pun, bukan boleh dilanyak habis kereta itu tanpa jaga! Kita bukan mahu beli ini untuk sampai esok sajal; tapi sampai bila-bila.
Metafora hidup ini kan begitu:
calon kereta itu ibarat calon pasangan hidup kita.
dan pertunangan itu tak lebih dari hanya sekupang dua 'booking fees' yang belum tentu natijahnya; bukan?
No comments:
Post a Comment