"Aku mahu harumkan semula wangi-wangi kasih aku dengan pasanganku. Mahu ku susun bunga-bunga menjadi pelangi yang segarnya menjadi lestari ikatan aku dengan jiwanya. Mahu aku bekukan momen-momen romancesa itu menjadi buku yang dibelek-belek dalam senyum tawa, agar yang berterusan gelora hubungan kami hari ini tidak akan pernah bertemu kewujudannya. Agar tangis sedih perpisahan tadi tidak muncul dalam galeri hidup kami"
"Aku mahu abah aku balik. Aku mahu sujud pada kaki dia mohon sempurna kemaafan. Ya kemaafan yang benar-benar maaf. Aku mahu di sisi dia kala jemputan Malaikat itu sudah tiba. Aku benar-benar mahukannya"
Diam.
Semua diam sekejap. Mengerewang dalam fikir.
”Hang? Bagaimana?”
Tersenyum. Tapi bibir tu masih kaku dari merembes kata-kata yang lain nanti kan.
’Andai aku balik pada semalam; aku masih lagi di leka yang lama, dan pasti aku masih tak mampu berbuat selain dari apa yang sudah aku lakukan semalam itu sendiri. Apa yang aku mahukan adalah esok. Esok yang masih aku mampu canangkan aturnya. Esok yang masih aku bisikkan doa pada pasangan jiwa ibuku yang sudah awal dulu menerima panggilan pulan. Esok yang masih aku boleh bahagiankan orang yang menghargai dan membahagiakan aku hari ini; dan esok yang masih ada untuk aku baiki buruk busuk aku semalam. Biarlah semalam jadi semalam, aku tetap mahu esok’
”Woi, cakap la. Hang macamana?” oh, itu semua bisik aku saja.
Bangkit berdiri. Mulut masih rapat membibir. Kaku. Cuma kemudiannya ada sekelumit kecil senyum yang terkumit di bibir; dan kemudian melangkah pergi.
’untuk ini, diam itu kunci jawapannya’ dan terus pergi.
”Hmm bongok tul. Tadi dia yang tanya, ni blah buat donno. Weng la tu”
Ya Allah, andai aku ada esok untuk aku baiki hari semalam, engkau berikan aku sufi jiwa dan nur hati. Dan andai hanya ada hari ini yang tinggal, izinkan esok aku muncul dalam Firdausi mu. Ameen
No comments:
Post a Comment