Seperti berjumpa doktor sakit gigi. Bila nurse yang datang menjengah pintu darjah memanggil nama kita, mahu tak mahu kita bergerak lah dalam berat hati mahu ke klinik sementara di kelas sebelah bilik guru.
”Ah, mahu di tampal apa gigi aku nih?”
”Dicabut kah?” mata menjegil ketakutan. Tapi kaki masih melangkah, penuh berat...
Ah, terpaksakan?
Tapi, kalau gigi kita sakit. Meraung tak ingat sopan dan santun dah. Mahu saja semua di hamun. Tanpa paksa pun kita bergerak ke klinik dan mengerang-ngerang di kaunter mintak di layan; kalau lewat, mulalah mahu di sumpah seranah.
Solat kita pada Allah pun seperti sakit gigi.
Jumaat itu seperti satu temujanji yang wajib. Mahu tidak mahu, mahu jugak lah hati ini. Kalau pun boleh lari, kena bijak dengan akal nakal yang mungkin berunsur kait dengan busuk-busuk iman kita.
Tapi, bila hidup kita sakit, berlari jugak kita mencari Allah. Cari rumah Allah. Cari sujud pada Allah.
Oh, maaf. Mungkin bukan semua.
Mungkin aku ja.
Atau mungkin ada seorang dua lagi yang sama.
Ramadhan dah tinggal esok lusa ja.
Hajat aku mahu mengatur jadual bertemu-Nya. Biar sakit ’gigi’ aku nanti aku dan sediakan dengan’bius-bius’ sabar dan taqwa terlebih dahulu.
Semoga aku ada sekederat dua untuk membimbit hati aku menuju rumah-rumah Allah.
Oh, lama benar aku tak menjengah sana.
Ya, Jumaat itu memang ada, tapi yang lainnya?
No comments:
Post a Comment