Memandang jauh pada terang cahaya.
Yang bersilau masuk itu adalah cahayanya.
Sedikit. Tapi cukup buat kusut gelap tadi hilang.
Tapi yang bertelaku itu bias memilih; mahu bimbit hati menurut jalur itu, atau biar pejam mata dan lemas dalam gelita jiwa.
Ya. Cahaya itu bias datang, tapi andai kelopak mata masih rapat, hitam tetap hitam, padam tetap padam
Bagai kita.
Andai kita jatuh dan terperuk dalam pelosok hitam hati dan gelora benci hidup, kita bukan mahu magika semua menjadi superhero; bebaskan kita sesempurnanya.
Cuma yang kita mahu, kalian datang dengan jujur, selit sinar cahaya kecil, dan pekik
“Sini sahabat, ke sini. Aku tiada apa; selain dari jemari-jemari lemah ini untuk kamu paut. Mari, kita bebas dari hancur jiwa ini?”
Itu saja.
Yang lain, biar kita; tuan punya jiwa, kumpul-kumpul kuat rasa untuk bangun dari perosok ini.
Dan andai kamu yang bergelap, boleh aku sebagai sahabat datang membimbit jalur-jalur sinar itu? Biar hari ini aku yang bawa, mana tau, esok aku yang meminta?
“Boleh bawa cahaya yang itu?”
No comments:
Post a Comment