Tuesday 15 June 2010

Pagi ini, sekadar cakap-cakap kosong aku.

Seminggu dah aku tak menulis. Idea ni pun macam bumi Allah juga. Ada kalanya basah; dan kala yang lain kering kontang; seembun gerimis pun tak wujud.

Itulah tandanya, betapa manusianya kita. Penuh dengan ketidak sempurnaan, dan hidup saling bergantungan dengan insan-insan yang lain; and ultimately to The Almighty, Allah.

Semalam ada taklimat di dewan. Dan tentu saja ada jamahan makanan-nya. Buffet. Dan beraturlah sekalian peserta menunggu giliran. Ada bagai-bagai ragam. Ada manusia yang jelas-jelas lonjak seleranya besar; lebih besar dari kesedaran hak peserta-peserta lain yang di belakang. Ada yang cukup bersederhana; sekadar wasatiah jamahannya. Dan ada juga yang acuh tak acuh dengan jamuan. Secubit dua lauk dengan nasi yang tak sampai segenggam; dan segelas air di tangan.

Seperti itu juga kita kan.

Dalam satu dewan yang sama. Bosan dengan butir bicara yang sama. Beratur dalam baris yang sama. Pinggan pun set yang sama. Lauk jer yang kadang-kadang lain. Ukur makan pada selera sendiri. Tapi bukan ketepikan terus hak insan yang lain. Sesungguhnya, seandainya kita menjaga hak orang, Allah akan jagakan hak kita sama.

Dan pada yang lewat di belakang, yang tidak langsung sempat mengkikis kerak2nasi dan kuah lauk, sebenarnya itu sendiri takdir yang sudah Allah tetapkan pada kamu. Dan redho lah ya. Redho dengan hidup yang takkan pernah ada sama dan lengkap dengan insan yang bersujud pada Maha Suci Allah; melainkan di padang masyar nanti.

Alhamdulillah.

Ah sudah, terlupa pulak. Aku nak pergi mesyuarat dah nih. Mesyurat? Makan lagi la nih.

Permisi dulu ya.

No comments: