Tuesday, 3 August 2010

Subjek (Dia) itu seorang lelaki. Tapi radio itu, seorang perempuan.

Kelmarin dulu
Seorang kakitangan di bawah jagaan aku muncul dalam mimpi.
Mimpi yang berisi kemarah aku dan tangisan mohon dimaafkan oleh dia. Maaf atas silap prosidur kerja yang berulang. Berulang-ulang.
Dan aku terjaga.
"Astaghfirullahalazim"

Semalam
"Kamu ada apa-apa masalah? Ada yang boleh saya bantu"
"Eh tak adalah encik" typical answer for typical question.

"Maaf, kelmarin saya mimpikan kamu. Saya marah kamu. Saya katakan yang saya akan laporkan pretasi rendah kamu. Dan kamu menangis, tapi semuanya saya 'ignore'kan"
Terdiam.

"Saya faham. Takkan pernah kamu fikir nak berkongsi dengan saya akan hal-hal kamu. Setiap kita pasti ada masalah. Tak kira kecik, tak kira besar; dia tetap ada. Dan saya pasti tak cukup sesuai untuk kamu jadikan pendengar masalah kamu. Pesan saya, carilah seorang yang kamu benar-benar percaya untuk kamu luahkan. Hidup ini perlu perkongsian. Biarlah tidak ada bantuan lain dari pendengaran yang mereka janjikan, tapi Insya’Allah ada sedikit tenang yang akan muncul. Dan pasti tenang itu bisa bimbing kamu pada fikir yang lebih terang. Bukan?"
Diam lagi. Kali ini, pegun dia tadi sedikit kendur. Urat-urat fikir yang timbul di wajah mula kurang jelas pada mata aku.

"Setiap yang berlaku dalam hidup ini terang-terang bawa kamu dekat dengan syurga Allah. Cumanya, kamu kena tabah dan bersyukur; kerana itu asas pada takwa dan tawakal yang kuatkan iman kita; dan pasti juga ia hadir dengan ilmu." ini kata pegang aku yang aku nak semua orang pegang

"Apapun, saya harap kamu ok. Cari pendinding motivasi diri, insya’Allah kamu akan lebih ok dari apa yang kamu fikir"
"Encik dulu belajar mana"...dan soalan itu bawa siri bual aku tidak kelihatan seperti satu sesi kaunseling langsung dan bertukar mood yang lebih santai. Lebih 2 hala.

Tapi itu saja.
Dan dia keluar dari bilik.

Beberapa minit kemudian.
Masuk seorang lagi lagi kakitangan.
"Encik mimpikan dia hari tuh?" Oh, antena radio Era memang cukup cepat ambil berita. Cukup-cukup cepat.
Dan lepas itu baru aku tau, dia benar-benar ada masalah. Besar. Dan Berat.

Padamu ya Allah berikan lah dia akan hidayah petunjukmu supaya jalan yang dia pilih dengan akalnya adalah jalan mu. Ameen.

No comments: