dan ada guris pedih yang berbekas; ada dadah-dadah terizin untuk di buat teman
Biar pedih sedikit,
Tapi kesannya bias hilang; dan sembuh.
Andai yang bergema bising itu tahu usulnya; boleh di pekik hoi kamu-hoi sial; agar yang bergendang itu tahu batasnya, tahu ada gegendang telingan lain yang perlu di kisah kan
Biar terang sikit berpekit,
Tapi sampai maksud yang jelas bergulung-gulung mengetuk sedar mereka.
Ah
Andai saja
Hal hati bagaimana?
Mana dadah-dadah untuk hati; sedang luka itu pasti, Cuma darahnya tak ada buat bukti.
”Tangis itu bukan darah?”
”Ah, kalau yang di tangis itu tangis gembira, mana bisa ada darah?”
”Perit hidup ini bukan darahnya?”
”Ah, mana buktinya. Kamu bisa saja perit itu perit ini, tapi bukan apa-apa!”
”Kamu tidak akan paham!”
”Habis, kamu benar faham apa yang kamu rasa?”
”Kalau bukan aku, siapa lagi yang lebih paham. Setan lah kamu. Pergi!!!”
Kamu berpekik?
Sampai kah maksud kamu, dan hilangkah luka perit?
Dengan Tuhan, bukan kita boleh berpekik benci melilau-an bergitu.
”Aku bukan marah Tuhan. Tuhan tak salah!”
”Habis, yang memberi duga itu bukan Tuhan? Yang memberi sakit itu bukan Tuhan?”
”Ah, kamu bising!”
”Dan aku bising ini sebagai simpan pesan untuk kamu pasti takkan jadi kalau bukan dengan izin Tuhan juga kan?”
”Aku tak panggil kamu. Pergi lah. Setan lah semua. Aku tak mahu semua ini. Aku mau mati!”
”Matilah. Kalau kamu yakin itu boleh hilang sakit kamu. Boleh buat kamu lebih bahagia”
*sunyi*
”Kawan. Aku sendiri ada luka. Ada darah. Ada perit. Ada runsing. Ada yang aku kesalkan. Ada yang aku bencikan. Ada yang aku persetan kan. Ada yang sial-sialkan kerana aku mahu yang bahagia seperti yang lain sama. Kenapa orang lain boleh dan aku tidak boleh.
Tapi. Aku sendiri pinjam nyawa ini. Maka, mana aku tercampak pun sebab izin Si DIA yang memberi izin ini. Mana aku tahu adil itu bagaimana hujungnya, tapi aku percaya Dia itu Maha Adil.
Al-'Adl itu nama dan sifatNya Allah. Al-'Adl itu Maha Adil.
Al-Hakam itu nama dan sifatNya Allah. Al-Hakam itu Yang Maha Mengadili.”
”kamu bising saja. Kamu takkan paham”
”Ya. Aku tahu ini. Sebab aku sendiri pun memohon pada Al-Mujib, Yang Maha Pengkabul.”
*senyum*
“Semuanya DIA bukan?”
~ ah, hanya lah kalau seperti dia yang hanya ada DIA! ~
No comments:
Post a Comment