Macamana masakan saya awak? [memandang sayu]
[macam sial.haram tak sedap.aduh, memang fail betul! Nasib baiklah ko tu tunang aku]
Err, ok, sedap jugak. Pandai awak masak
-pelahan-pelahan menelan dalam pahit. payau-payau pun di gagahi untuk habis-
Maaf makcik, saya boleh buat yang ini saja, rasalah [senyum]
[aduh keras. Pahit dan payau la lauk nih. Aduh bakal menantu aku nih. Susah la anak aku nanti. Aduh. Nasib baiklah korang dah bertunang]
Hmm pandainya masak. Beruntung anak makcik. Maaf ya, tak berapa boleh nak makan banyak, ada darah tinggi. Orang tua la katakana.
- di asing ke tepi masakan tuh. Asing sesopan-sopannya –
***
Sopan?
Ini ke kesopanan masyarakat timur.
Ini kah penipuan yang di izinkan. Putar belit untuk menjaga hati, Pendustaan untuk orang tersayang.
Bagi aku tidak.
Ini semua sesat. Sesat dalam terang. Terang2ada perkara yang perlu di langsaikan, tapi hati-hati yang cukup tinggi budi pekertinya ini memandang mudah.
Mudah? Memang tidak.
Malah Menyusahkan.
Mereka membiarkan orang yang sesat terus-terusan sesat.
Hakikatnya. Masakan itu akan terusan jadi najis dalam perhubungan kalau gagal di betulkan. Sampai bila perlu menjaga hati? Berapa lagi peniup perlu? Adakah akhirnya nanti orang yang di tipu itu menghargai penipuan itu?
Bagi aku satu sahaja.
Jujurlah walaupun pahit. Jujur juga ada sopannya. Berterus terang itu tajam, tapi itu sebenar yang kita perlukan.
***
Macamana masakan saya awak? [memandang sayu]
Err, hehe
Kenapa, tak sedap?
Pait sikit, Tak pe tak per, tunang abang kan tengah belajar masak lagi. Pelahan-pelahan ya
[wajah sayu jadi sedih. Manakan tidak, hati dah terloncat2riang masa memasak tadi bagai jatuh terjelepok di bawah lubang2lantai yang terus ke longkang belakang]
Eh dah makin pahit pulak, Setidaknya tadi ada manis senyuman. Ni dah hilang
Ada-ada jer lah [tersengeh sambil pipi kemerahan. Jari2gadis mencubit manja bahu si lelaki yang di bawak2lari tajut di cubit]
-pelahan-pelahan pahit masakan hilang dalam manis perhubungan insan-insan jujur ini-
Footnote:
dialog dan backdrop ini bukan jadinya pada aku, dan pastinya bukan milik kalian juga. Tapi dilema yang menghantuinya aku pasti ada saja yang jatuh di batang hidung kita, bukan?
No comments:
Post a Comment