Friday, 26 March 2010

Aku; mahu jadi aku sendiri

Seminggu aku tak update blog. Aku pun tak sangka aku boleh se-tahan itu. Maap la, dunia realiti aku (yang lebih realiti dari rancangan realiti tv 14' dekat rumah tu) sangat menyesakkan. Banyak benda nak dikejarkan sebelum rabu minggu depan; hari akhir aku dekat kilang nih. Tapi, sibuk-sibuk pun, aku blogwalking gak sekali sekala; nak lepaskan panas2kepala otak sikit. Siap kadang tuh tulis komen lagi panjang dari entri tuan rumah; mau esok lusa kena maki hamun keluar dari blog aku nih. Maap la ya angpa semua.

Hmm sudahlah pasal tu.
Ini satu; percaya atau tidak, aku sebenarnya seorang 'ignorant' sukses.

Maksud aku?
Aku tak berapa kisah apa orang cakap. Kadang2aku memang tak kisah langsung. Asalkan aku tau aku buat itu 'sebab apa' dan aku sanggup taggung apa-apa yang 'bakal' terjadi, itu sudah cukup untuk buatkan aku jadi 'telinga kebal'.

Alasan aku mudah saja. Aku mahu jadi macamana 'aku' yang aku pilih; dan kalau itu bukan apa yang 'orang lain' mahu. Anggap saja aku peminat musik asli dan kamu peminat underground hardcore music; atau sebaliknya; dan kita tak akan sama. Jadi, pilihlah; kalau suka, stay; kalau tak suka, blah.

No comments: