Sunday, 7 March 2010

telinga aku melihat; mata aku? mendengar barangkali?

Sunyi.

Jernih yang berbaki di wajah, aku kesat lembut; walaupun permaisuri ku selalu pesan; biarkan, itu nanti jadi sinar dalam syurga.
Basah.
Dan sememangnya begitu dalam setiap yang lima seharianku. Kadang2jahil ini Cuma ada empat dan kurang. Persetan sungguh kesetanan itu.
Sunyi.
Tapi masih dengar derap langkah; langkah aku sendiri. Melangkah masuk.
Sunyi? Ah tidak sebenarnya. Ia tidak sunyi langsung!

***

3 orang berbalah di dalam. Ketiga-ketiganya berjubah putih. Nampak bersih dan membersihkan. Tapi garis2kerut di dahi mereka itu; bagai risau bergelen-gelen air subsidi melimpah di jalan tanpa urus, sedangkan rumah-rumah awam masih kering kontang!

Mereka berkawan; paling tidak dulu. Tapi bukan sekarang. Balahnya besar.

Siak dah bosan menjadi turut. Dia mahu menjadi bilal, lantas menjadi imam. Mana gahnya menjadi siak!
Muazin pun sama. Lama sangat menjadi semboyan, tapi jawatnya macam tu juga! Aku mahu jadi imam.
Imam bising. Kalian tidak layak. Kalian tidak cukup sifat ke-imam-am kalian. Ini bukan mamam si anak kecik yang mudah lihatnya!

Aku kaku.

Aku bisu.

Apa apakah?

Kemari tadi untuk ini kah? Untuk berbalah? Atau ini Cuma konspirasi tangan2durja di luar mesjid yang gelak kekek nya dengar di sayup-sayup cuaca?

***

Manusia. Ada hasad, ada benci. Ada iri, ada sangsi. Dan pasti juga ada budi dan jujur yang jarang; tapi tetap ada.
Siak itu manusia biasa. Imam dan muazin juga begitu. Aku juga manusia biasa. Sangat biasa.

***

Menjadi ketua bukan untuk di pegang sampai ke-tua! Tapi sampai syurga; atau yang banyaknya ke neraka?
Aku sendiri gagal untuk ke depan. Tentu saja sepenuhnya gagal kalau dulu tiada apungan sahabat.Sedar dengan itu, aku tak mahu kedepan dengan 3 penjuru di hadapan ku.
Persetankan saja?
Itu mudah. Tindakan mudah. Dan semudah itu runtuhnya masjid ini dalam ke-gah-an binaannya.

***

Siak itu manusia biasa. Imam dan muazin juga begitu.
Merit syurga nanti bukan atas title, tapi atas jujurnya mereka sebagai hamba Allah.
Jujur? Yang ni aku kena cari dalam kamus untuk maksudnya. Maaf.

Footnote:
Menjadi imam/ketua solat banyak tanggungjawabnya. Kriteria juga tinggi. Tinggi dalam agama. Kalau lah setinggi itu syarat untuk kepimpinan yang 5 minit, bagaimana yang 5-tahun ya? Yang 10-tahun? Yang sampai mati?
Fikir lah. Aku pun sedang lagi memikirkannya.

Credit gambar

No comments: