Wednesday, 3 March 2010

Ini entri bilik mandi. entri basah-basahan kosong. entri kosong



Embun pagi sejuk lagi.
Air pili dalam bilik air pun sejuk lagi. Sampai malas nak bangun mandi tuh dah jadi sesi wajib kita pagi-pagi.

Orang tua pesan, mandi pagi kena mula jirus dari bawah dulu Jirus kaki. Biar sejuk kaki dulu. Bila dah panas tuh habis naik, baru mandi betul-betul. Depa kata nak mengelak dari badan kita tekejut. Yelah, tiba2pulak kena jirus air sejuk pepagi.
Sebenarnya, kalau jirus kaki dulu, wap2badan kita yang panas akan 'lari' pi naik ke kepala hotak. Bagi kita segar sikit. Kan hukum udara panas tuh ringan banding dengan udara sejuk. Yang panas tentu naik ke atas. Jadi kalau gatai gak mandi jurus pala dulu, sat lagi; lima nam minit, kepala tuh dok rasa 'bengang' lagi; hangat. Tak caya? Try la.

Tapi time nak bersabun lain. Kena sabun atas dulu. Kendian baru turun bawah. Sama gak macam nak jirus sabun; mula dari atas, kendian turun jirus ke bawah. Nape? Sebab karang kalau jirus bawah dulu, kan dah susah nak jirus tiga pat kali; sebab sabun kat atas dok turun kasi kotor itu kaki. Tak effective la.
Simple je kan.
***pause***
[so?]
detik hati pengunjung blog nih. Mencari apa signifikasi entry bengong ini. Ya memang bengong. Sapa-sapa saja pasti tau cara nak mandi apa?persetan saja lah

***pause***
Jawapan aku
Memang tak ada apa.
Ini memang pasal bilik air saja. Sembang-sembang kosong di kedai kopi. Salah kah?

Footnote:
Hidup ini penuh dengan metafora. Tiap satu perilaku kita sebenarnya turutnya selari dengan hukum Allam. Hukum yang Allah ya Rabbi tentukan.
Sama juga dengan hikmah basahan pagi ini.
Ia satu pengajaran.
bayangkan begini; mahu saja kita sedarkan sesuatu organisasi itu (organisasi?ya badan kita organisasi yang kompleks.sangat-shopping-kompleks!) kita kena mulakan kan dari akar umbi. Kena sebarkan kesedaran itu pelahan2ke atas. Takut kalau terus-terus kita ke atas, nanti jadi bahan gelak diaorang jer!
bayangkan lagi, setiap kali kita nak 'bersih'-kan anasir kotor dan najis dari satu organisasi (organisasi lagi?), kita kena mulakan dari atas. Biar yang atas bersih dulu, baru yang bawah ikut bersih!
Organisasi itu boleh jadi apa saja. Family kita; Sekolah kita; Pejabat kita; Masyarakat kita; Negara kita; Dunia kita!
Ops, sorry, ini entry bilik mandi. Jadi aku sebolehnya tidak mahu berfikir. Aku cuma mahu sikit kesegaran disini.

(credit pic1 dan pic2)

No comments: