Monday, 29 March 2010

Bukan jalan ini saja yang ada lubang, sana juga ada..

Ada orang bertanya pada aku "apa yang lebih indah dari menyusun bunga-bunga kasih menjadi pelangi di kala taman-taman hati penuh dengan rama-rama yang berkicau ibarat burung terbang"
Jawapan aku mudah.
"Hidup lebih indah bila kita bangun dari satu kejatuhan hidup, dan kita tekad untuk terus berdiri kuat; dan tidak akan lagi jatuh di situ".
Dan sememangnya itu lebih indah dari segalanya.
Memang indah.

ia begini. Kamu sudah pernah ada pelangi. Esok lusa kamu minta pelangi yang lain. Dan yang lain lagi untuk minggu-minggu lain. Nikmat hati akan jadi pudar bila hanya pelangi yang sama yang datang sebagai hantaran hidup ini. Nanti, rasa bosan akan jadi pengisi dan indah hidup tentu saja jadi tiada-apa-apa.

Tapi kalau hidup ini kamu tahu pasang surutnya. Kamu jatuh dan kemudian bagun. Minggu-minggu depan kamu jatuh di bonggol lain di jalan yang lain, kamu akan lebih menghargai satu-satu pelangi itu; amat-amat menghargainya; walaupun ia hanya ada buat pandangan kamu seminit dua. Kan indah begitu.

dan lagi satu.

kamu akan sedar bahawa Allah itu sentiasa ada kala kamu susah; dan sentiasa beri kamu sedikit harapan ketika dunia berkata kamu 'completely damaged'.

kan hidup ini ciptaan Allah, dan Allah tentu saja bisa mencipta kejutan dan magika lebih dari jangkauan kita?

Jadi, nikmatilah hidup dengan cara dan acuan Maha Esa, sebab esok lusa; bila di duga; jalan Maha Kuasa itu juga jalan yang kita kena pilih.

Oh, buat seketika. Biar aku pejamkan mata dan memandang pelangi itu. Ya, di depan mata aku ini. Mungkin lusa ia akan hilang. Dan aku perlu berjalan lagi untuk mencari pelangi baru.

Salam untuk semua. Permisi.

No comments: