Wednesday 17 March 2010

biar aku terus melangkah; biarpun itu darah; parah

Semalam aku kutip batu-batu di tepi jalan itu
Satu persatu kemas masuk ke kocek hatiku
Biar berdarah di calar kelikir-kelikir itu; aku masih degil untuk teruskannya.

Pelahan-lahan
Kaki mahu lagi melangkah; biarpun basah persalinanku dengan darah2pedih di hati
Kerana jalan nyawa ini masih ada saki bakinya

Mungkin, gula-gula hidup semalam terkurung dalam pundi kencing aku
Gula-gula pelangi indah yang menjadi dinding-dinding realiti khayal aku buat sekian lama
Dan; seperti semua tahu; manisan itu menterjemahkan perinci rasa derita pada aku; pelahan-lahan dan berkesan
ya, darah-darah yang memercik keluar ini antara derita itu,
perit yang aku gagal untuk nyahkan dari hidup; tapi aku masih mahu hidup
maka; dalam keterpaksaan; aku biarkan saja sakit itu di situ; dan kaki aku melangkah saja; setelah penat menunggu lama

Sampai bila?
Yang itu biar takdir Maha Esa tentukan
Pada aku, biar aku langkahkan saja derap kaki ini
Kalau sampai detiknya nanti; ajal pasti datang;
Jadi datangnya; biarlah bukan pada aku yang meratap dengan seni merosak jiwa pada orang yang membenci; biarlah aku tamat dalam episod suka-suka yang aku belum nampak hari ini.
Maha Esa itu tentu saja Maha adil bukan?

No comments: