Ini cerita tandas.
busuk atau tak busuk tandas tu, tandas tetap tandas.
Otak ada, tapi kalau 'wrap' dalam plastik baik2, baik tinggal dekal rumah jer. Yelah, banyak tempat dah mula kempen 'hari tanpa plastic', nanti mana nak taruh otak tuh? Tapi memang kesian lah, sebab dah hukum dunia, orang yang malas nak guna otak depa pun nak tak nak kena pikul gak otak tu sana sini. Memang kesian.
Ops, ni bukan pasal kesian. Ni entry pasal tandas.
Aku sebenarnya sedih. Sedih dengan mentality kelas rendah orang yang menggunakan tandas. Mentali kelas apa pun aku tak tau. Mentaliti Kelas 1 Biru SKTI pun lebih bijak nak menggunakan tandas.
"Selepas buang air (tu yang membazir tuh, buang-air) besar, kamu mesti simbah air. Pastikan tandas kamu bersih. Faham"
"Fa-ham-cik-gu" berbalam-balam sahut si anak-anak kecil yang mak bapak mereka masih tertunggu-tunggu di luar kelas (ni lagi satu kes, sayang anak tinggal-tinggalkan **err tangan-tangankan-lah) pada hari pertama persekolahan hari tuh.
Tapi sayang, tak semua orang masuk darjah satu aku rasa.
Ada je submarine yang tertinggal dalam kolam simpanan air mangkuk-mangkuk tandas awam ini.Itu kalau jenis duduk; kalau yang cangkung? Sedih jer bila orang-orang yang sisipkan otak-dalam-plastik depan dalam kocek lupa nak on switch berfikir. Lupa nak guna akai. Macam mana lupanya depa nak 'flush'.
"Tak der air!"argh alasan zaman tok nenek lagi tuh. Macam ahli politik. Alasan yang sama untuk kesalahan yang sama. Stereotype!
Kalau tentu tak ada air,korang masih ada akai.Pikir panjang sikit.Paling2tidak sms jer lah kawan2bawak air mineral sebotol dua. Zack Zuhairi pun boleh buat apa!
"Tali flush putus/hilang" grrrr bangang betul. Lu tak boleh ke tarik dari dalam tangkai flush tuh. Sengal.
Alasan!
Korang mesti ingat ini entry najis. Yup, mungkin. Panggil je lah apa saja.
Bagi aku, aku nak sampaikan 'panasnya' aku dengan orang2 macam nih. Sedih pun ada.
Macamana lah boleh nak tinggal submarine tuh macam tuh jer. Esok lusa lu orang jugak nak pakai. Hina betul lah.
******************************************
Err, sakit perut. Pil cirittaun tadi macam tak mujarab jer nih. Aduh takkan salah makan lagi kot. Aduh…
No comments:
Post a Comment