Seharian aku dok blog-walking jer. Tak cukup tenaga nak buat entry sendiri. Satu-satu hal masuk keluar dalam kepala otak.
Mungkin dah semak sangat, sampai tak ada jalan kuar.
Isnin tahun baru. Macam Isnin yang lain. Lembap dan melembapkan. Mengantuk tak hilang
Hari ni hari pertama persekolahan untuk tahun nih (ops, maaf untuk negeri2 yang mula kelas semalam, hari nih hangpa punya hari kedua ya). Hari ni isnin pertama untuk 2010, merangkap hari pertama kerja bagi kebanyakan dewasa.
Permulaan pembaharuan dalam diri setiap kita, tak kira jantina, tak kira tahap kedewasaan kita mahupun darjat kita. Langkah baru untuk tahun baru.
Tapi, baru mana langkah kita untuk hari ini?
Kaki kita masih bersepatu lama. Melangkah selonglai semalam dan kelmarin untuk rutin-rutin isnin ini.
Jam loceng kita masih macam dulu. Masih sayup jauh dari kejutkan kita sepagi yang di harapkan. Ikutkan hati, mau jer di lemparkan ke dinding (apakah itu yang selalu kita lakukan? Aku rasa tidak!).
Menguap. Kerja aku menutup akaun syarikat mak bapak anak-anak tokey aku nih (yang pastinya bukan aku) pun masih gagal lenyapkan emosi ke-tidak-keruan-an aku ini. Gagal buat aku asyik dengan kerja aku. Gagal. Gagal dalm tahun baru.
Yang pasti aku bukan seorang. Ramai lagi yang se(kopi)kapal(api) dengan aku. Ramai yang masih hanyut dengan blues hari isnin.
Salah kah aku menjadi kelompok majoriti? Salah kah aku hanyut dalam diri aku sendiri, hanyut dalam kabus isnin (senin di sesetengah tempat).
Secara warasnya aku menjawab...Salah!
Aku tau aku salah
Aku tau menjadi majoriti tak semestinya betul (tengok sendiri akibat dari kita menjadi/tak menjadi majority di sekeliling kita)
Aku tau aku di pihak yang salah, tapi aku masih gagal berganjak...
Gagal untuk (kuih)bangkit-kan enteprisasi dalam diri aku. Aku masih 'switch off'!
Aku sebu, penuh dengan tanda tanya.
Aku doa, esok bukan lagi najis dalam mood aku untuk minggu nih. Bukan semak untuk hari-hari aku dalam tahun 2010 nih
Jalan kena terus
Bengkang bengkok tu pun aku kena luruskan...
Aduh...
Memang nak kena cari teh-o-halia (ini bukan sarbati petani, kopi janda atau kopi jantan!) dekat pantry nih...
tapi jam dah 1752... aiseh balik jer lah
No comments:
Post a Comment