”Ini Kakak punya. Adik nak yang baru!”
*senyum*
Mana mampu disedia semua segala bersilih ganti yang baru-baru saja. Dan bukan sikit-sikit kemampuan yang perlu untuk jari-jari keras kasar ini berdaya koyak-koyakkan plastik pelapik alatan baru untuk si kecil, kerana yang cuba berdaya mampu ini sendiri kecil-kecil manusia yang sekali sekala meminjam air mata yang lain untuk melepas lelah kerana yang dia-nya sendiri sudah habis; kering.
Ah, apalah tahunya si kecil untuk membilang kerut pada jiwa yang berselindung balik bibir keras yang berpaksa-paksa semampunya untuk menguntum senyum; jujur buat dia.
”Zahin sayang Babah kan?”
bersentuh selembut mampu mengapai si kecil ke dakap kemas mesra sayang. Biar berasa pindah degup nadi ini ke tubuhnya yang masih bertatih mencari makna hidup berdunia ini.
”Tapi, Adik asyik dapat yang lama saja. Akak saja yang baru!”
masih belum berhujung bentak si kecil dalam serak-serak suaranya. Itu bisa buat jiwa yang lemah ini kalah sentiasa. Ya, kalah saja!.
”Sayang tahu satu tak?”
berjawab tanya itu dengan berpaling lembut wajahnya pada Babah. Mata berkaca itu masih di situ.
”Ini sendiri kesayangan Kakak”
”Yang Babah pandang, Kakak tak pernah lekang dari membibit sayang pada yang ini. Dan tak pernah pudar rasa yang dulu biarpun dah bertahun dipeluk kemas yang ini dalam rangkul kecil dia. Alih-alih, Babah ambil juga yang Kakak sayang ini buat Zahin. Jadi, Babah ni zalim lah kot kerana biar yang bersayang antara mereka berpisah semata mahu beri yang ini pada Zahin?”
Mata jernih itu berkelip. Ah, belum tempus faham si kecil ini dengan bahasa itu. Aduh.
”Begini. Babah berikan yang milik Kakak ini bukan semata mahu Zahin sentiasa dapat yang berbekas-bekas, sebaliknya mahu Zahin sendiri rasa yang Kakak mahu saja berkongsi yang paling dia sayang dengan Zahin. Mahu biar sayang itu berasa dan meresap dalam-dalam jiwa Zahin, dan biar Zahin sendiri rasa yang sayang Kakak itu lebih dari apa yang kita pernah fikir”
”Jadi, salahkah kalau yang Babah panjangkan pada Zahin ini apa yang terbaik?”
”Tapi, tetap barang bekas. Adik nak yang baru. Kakak asyik dapat yang baru!”
”Percayalah, kita mampu usaha dapat yang baru dan baru saja, tapi pasti mana yang baru itu lebih baik? Dan percayalah juga yang melepaskan apa yang kita sayang lebih perit sakitnya dari tidak mendapat yang baru. Tapi, Kakak masih mahu buat yang itu sebab sayang dia pada Adik Zahin lebih dalam dari pada yang lain. Boleh begitu?”
Tak ada angguk.
Tak ada ngeleng.
Sayu bayu similir pagi yang berbaki menjadi teman hati yang memandang jauh pada sepelahung suara.
Aku yang sekecil ini dulu pun pasti bising seperti ini, dan tak mampu melihat jauh dari apa yang terpandang, kan.
Tuesday, 30 November 2010
Thursday, 18 November 2010
Bunga-Bunga Matahari
“Konvo nanti, nak bunga matahari dari awak ya”
sambil membelek intai pada bunga-bunga yang berderet susun di ruang itu. Cukup indah susunnya; bagai ada bibir yang senyum penuh sopan di balik susun lesung pipit halus.
“Bunga matahari? Kenapa pulak?”
basah kata itu luncur dari bibirnya. Lembut mendayu tutur tapi tetap dengar jelas.
“Ah, Awak kan matahari saya?”
“Ah, Awak kan matahari saya?”
tersipu. Kemerahan pipi sedikit jelas kali ini dan kaca mata bersinar bagai bahagia dalam tuturnya; tersenyum
“Kalau saya sendiri matahari awak, buat apa lagi awak idam impi sepemeluk bunga matahari yang ini lagi” ah, dia ni kan!
“Yelah, awak tak pernah tunjukkan yang awak sayang saya. Awak tak pernah jelas terang tunjukkan yang awak benar mengasihi saya dan betul mendalami rasa cinta pada saya. Biarlah nanti ini buat galang ganti pengikat rasa yang saya alami dengan awak nanti”
“Gagal pun saya tunjuk pada awak tetap awak faham paham susun jiwa saya bagaimanakan?. Seperti juga matahari, tak perlu ada notis dan peringatan harian, tapi sampai saja waktu siang, nanti pasti matahari datang dan menyelimut bumi sepenuhnya dengan dakap mesra jalur cerianya; senantiasa. Saya sendikian kan matahari, dan menghijau bumi ini sendiri awak lah. Seharusnya semua ini sudah awak dalam ertinya kan?”
“Bagaimana kalau saya sendiri salah faham. Awak bagai guru yang mendidik, dan saya seperti pelajar terbaik awak yang paling awak sayang. Dan saya sepenuh jiwanya percaya dengan sayangnya awak. Tapi, bila ada ujian segala ujian dan sekalian besar-besar datang menyelinap masuk, saya gagal lulus sepenuhnya kerna saya salah faham dengan apa yang awak didikkan. Saya betul percaya yang awak sayang kan sayang sepenuh nafas yang pernah ada didada awak, rupanya matahari awak mana tahu tidak selebih dari hanya menumpang letak senyum dan sedikit bahagia untuk saya”
“Ah, perempuan memang ada-ada. Suka berkata matahari ini terik sangat bila panas, tapi bila mendung bising-bising tak kan kering baju di ampaian, dan bila saja redup yang benar-benar redup heboh kata yang siang pun gelap sampai perlu ada lampu-lampu. Itu belum kira gerimis lagi, hujan lagi, ribut lagi. Dan bagailah. Ada-ada saja!”
“dan kalau betul pun yang pasti saja salah itu, lelaki sendiri yang perlukan ada-ada itu untuk melengkap diri sendiri bukan? Kalau tidak, jangan kata awak mahu bercinta dengan lelaki sendiri? Dan jangan kata perempuan lain adalah lain keperempuannya dari perempuan yang lain? Dan tiba-tiba yang lain itu bukan ada-ada sudahnya.”
Tiba-tiba senyap.

Dua-dua membisu dengan perit mencuka. Ulik manja tadi hilang dalam dua tiga mata. berkerdipan Kata orang, kesilapannya dan keegoan pasanganya bisa carik-carik tenang jadi kelibut,; jadi serabut yang berseriat tanpa tahu hujung asal.
Bunga yang dibelek tadi di letak pelahan.

Hati membukam bisu.
Dan semuanya bagai mahu mati kejap-kejap itu.
Ya, mati terus; sebelum berkecai air mata ini luluh turun.
“awak” pelahan sayup.
“awak” pelahan sayup.
“maaf” hanya semudah itu?
“maaf, kerana saya bukan menari dengan gaya yang awak mahu, tapi, seadanya hati ini benar mahu menari sebagai jiwa saya sendiri dan sebolehnya terbaik untuk awak. Dan untuk ketidak sempurnaan itu hanya satu tanda kesempurnaan saya sebagai seorang insan. Maaflah, takkan ada nafas yang berbaki untuk saya kalau bukan untuk ketentuan dengan jodoh saya. Dan moga itu adalah awak kan? Boleh?” ah, ada sedikit senyum.
Lepas hujan kan ada pelangi.
Cuma, pelangi itu takkan lama; hilang bila bias-bias basah itu kering dengan apa saja alasan, dan bisa hujan atau panas terik lagi.
Jadi bersedialah.
Monday, 15 November 2010
“Kenapa tipu adik?”
“Tipu? Tipu apa sayang?”
“Semalam, dalam genggam tangan adik ada bunga yang baru kembang segar, dan nampak cukup mesra dalam indahnya. Tapi, itu semalam. Pagi tadi dah hilang. Yang tinggal hanya bekas duri yang mencarik-carik luka telapak hati adik. Habis, siapa saja yang menipu adik dengan acah-acah bahagia macam ini? Dan bila adik nak mula pahat senyum kemas-kemas, dan berderai semua yang berbaki. Sakit tau. Sakit yang benar la. Sakit yang sakit!”
*menangis* dan tak ada momen yang lebih padan dari membiar seketika esak tangis itu jadi pengisi ruang legar, dan sesekali selang dengan kesat mata yang belum pernah padam merah sedihnya.
“Sayang, siapa saja yang kekal ya di sini?”
~Mata adik terkias pandang sayu; tapi tegas~
“Dunia ini sendiri bukan kekal. Kita? Bukan kekal jugakkan? Jadi, siapa yang kekal? Lepas hujan pasti ada pelangi singgah. Lepas ribut, pasti ada reda yang boleh kita buat teman tenang. Hujan tu berhenti juga, tapi pelangi seindah mana pun kekal ke nanti? Ribut berhenti juga, tapi tenang hati tu kekal sangat kah?”
“Tak ada satu pun yang kekal kan; selain Dia!”
“Ini bukan hal kekal hal tidak. Ini hal tipu dan daya dusta. Adik tau esok lusa dia pasti mati, adik sendiri maut hujung nanti, tapi kenapa perlu ada sakit yang ini untuk hidup adik. Kenapa ini benar cukup adilnya untuk adik? Kenapa bukan orang lain. Kenapa orang lain senang gembira adik diluka dan hiris nipis-nipis sabar adik ini! Kenapa adik. Kenapa?”
~ ah. kalau aku sendiri, begini mungkin? ~
“Kenapa agaknya ada syurga ada neraka kalau definasi dosa tak pernah wujud. Biar pahala saja yang menjadi sendi bagi setiap anggota dan nafas yang terhembus. Kan senang kerja Tuhan. Atau paling mudah, biar langsung tiada kita dan segala, lagi senang kerja Tuhan kan? Senang yang tiada kerja kan?”
“Manusia itu wujudnya untuk diduga dalam mana iman, kuat mana hati dan hanyut mana percaya itu mampu pergi. Bagaimana aturnya bukan soal kita; tapi yakin pasti, mesti kita tetap diuji dengan degree yang sama dengan yang lain.”
“Siapa adik yang boleh tahu insan lain tidak diduga sedalam adik? Tidak menangis dan dikhianat percayanya? Siapa? Siapa kita untuk tahu semua itu?”
“Asal adik percaya Maha Suci Allah itu Maha Adik dan Maha Mengetahui, pasti kita tak terlawan bukan?”
“Adik tahu. Adik tahu! Tapi, ini soal hati. Soal mati yang masih berdengus nafas dalam wujud, Adik tak boleh hidup tanpa dia. Dan hidup dalam penipuan dia lagi membodohkan dan mematikan adik!”
“Dan bukan dari rahim dia yang adik keluar dulu kan? Dan bukan dengan dia yang adik pinjam tumpang nafas untuk terus berdiri kan? Maka, jangan buang pegangan hanya untuk tunjuk kita ini hina.
Ya, kita lemah, tapi bukan hina yang boleh dilempar panas neraka nanti. Yang pasti, ini semua ketentuan DIA. Dan bukan DIA beri duga ini hanya untuk buat kita meratap kosong”
“Adik dah kosong. Adik dah kosng jiwa. Adik tak tahu!”
“Itu lah. Allah bagi cuba yang ini buat adik lebih dekat dengan DIA. Buat adik lebih mesra dengan basah-basah bahasa-Nya. Buat adik lebih dekat dengan harum syurga dia. Tapi, adik sabar lah. Tenang lah. Tak ada tenang yang lebih nyaman selain dari mendekati Dia”
“Adik kotor! Adik dah lama lari dari DIA. Mana mampu doa adik terima!”
“Sayang, larilah jauh mana pun, kita takkan pernah mampu pergi. Allah nak kita balik saja. Berdoalah. Sujudlah. Menangislah dengan dia. ‘Menulis’lah dengan hati pada-Nya. Berwudu’ dan campak hati untuk ‘dipeluk’ kemas dalam peliharaan-Nya. Percayalah, semua itu kita mampu; selagi mana kita percaya pada Yang Maha Berkemampuan."
“Adik dah jauh. Adik takut” dan pasti takkan reda tangis itu hari ini.
Esok.
Mahupun lusa.
Percayalah, sekuat mana pun kita nafikan, kita tetap tak mampu berlari jauh dari-Nya.
Dan tangis hari ini pasti berpanjangan selagi belum cukup dalam tenteramnya dengan kerpecayaan kepada-Nya.
*dakap kemas* dan pelahan-pelahan air mata ikhlas turun tanpa jemput bila sedar yang kita sendiri belum cukup dekat dengan-Nya. Dan andai yang diduga itu kita, pasti kita sendiri menangis seteruk itu; atau lebih.
~aduh~

Tuesday, 9 November 2010
gerimis semalam; gerimis hari ini
Semalam
dibimbit payung erat kemas
biar tak terbuka gunapun payung itu
biar basah dihujani gerimis manja dari-Nya
redho dengan natijah yang esok-esok datang
asalkan yang digenggam kemas ini dapat sampai pada kasih yang menunggu-nunggu dalam hujan.
tapi.
itu dulu.
Hari ini
susun gugur gerimis masih sama seperti semalam
bagai mesin penyalin yang penuh sempurna
dan payung masih ada
si dia dan si kasih masih sang pencinta yang sama seperti putar masa yang lepas
cumanya
semalam, renyai jernih ini masih terasa panas dan selsema jiwa belum pernah ada
sedang hari ini, dingin di jiwa lebih jauh jatuh dari fahrenheit bongkah-bongkah ais di utara selatan dunia
kenapa ya?
bukankah suku acu yang sama untuk kek kasih semalam gagal menterjemahkan enak kek seperti yang sama hari ini?
bagi aku; semua itu ketentuan-Nya
kita, seboleh jiwa mahu jadi hasil bakar yang benar ranum buat senyum pada si penanti rasa di sekalian cuaca
tapi, kita hanya boleh sedayanya cuba sehabis upaya
dan selebihnya, Maha Esa yang rencanakan coret hidup yang lebih utama.
"ah, andainya aku lebih tahu"
~tapi, mana mungkin.~
"ah, andainya aku lebih mengerti dari pengertian aku yang dulu"

"Boleh tolong aku?"
“Mungkin. Boleh atau tidak itu mengikut keadaan dan mahu aku saja, bukan?”sambil senyum nipis dengan gerak bibir minima. Ya, cukup benar minima.
“Interview lusa. Takkan tak ada insan-insan di sana yang boleh aku guna pakai buat jalan aku lebih lancar dan mudah”
*senyum*
kali ini lebih kasar dari tadi. Ah, sedikit saja lebihnya.
“Mahu mencari jalan mudah? Jalan pendek dari jalan yang lain?”
“Bukan sengaja aku mahu. Dunia pun begitu bukan? Semua ada jalan dalam. Kalau tidak, habuk pun segan mahu lekat pada jasad aku”
“Oh itu yang kamu yakin percaya kan?”
“Apa perlu yakin lagi. Semua pun tahu yang itu. Sepelosok sibuk dunia tahu. Ah, yang kamu panjang-panjang bising itu ini mahu hulur tolong atau sekadar mahu lihat aku melolong?”
“Sahabat.
Sesungguhnya, yang berhak itu tetap akan mendapat haknya. Andai kamu benar layak untuk itu, kamu akan dapat hak kamu.
Jadi, biarlah semuanya dengan jalan benar, dan jauh dari pengkhianatan atas insan lain yang mungkin berhak”
“Hak tak hak, nak tolong atau tidak ni? Orang lain pun guna kabel jugak. Takkan kamu yang lama berbimbit tangan persahabatan ini tak mahu tolong? Sombong! Sudah jadi tuan lupa dengan sekawan kita kumbang-kumbang dulu!”
“Dan atas sebab sahabat kamu lah aku berpesan. Jangan menjadi pencuri dan perampas. Sesekali kamu takkan senang”
“Hari ini kamu mula dengan satu penganiayaan. Esok-esok laba yang datang kamu rasa ada berkatkah? Yang kamu suap pelahan-pelahan ke jamahan sang putera puteri kamu tuh cukup benar bersihkah? Dan kalau yang ini pun kamu boleh halal kan, tak mustahil pendosa bisa lihat yang salah lain juga kecil dan tidak apa kan?”
“Kawan. Ini bukan Jumaat. Aku bukan mahu khutbah kamu. Sombong itu sombong lah” lalu hanyut ke muka pintu. Mahu gegas pulang.
“Kamu tak tengok televisyen barang kali”
Dia sempat berhenti sejenak dan berpaling pandang sekejap.
Ya, cukup sekejap yang kemudian terus melangkah pelahan tanpa pernah mahu faham.
“Ya, televisyen. Sekarang orang tak mahu kabel-kabel sudah. Semua mahu potong. Pakai broadband. Pakai wireless. Kamu saja yang tinggal kolot mahu guna kabel, dan sombong dari bersujud tanpa wire dengan Maha Esa Tuhan!”
Ah. Tak sampai pun.
Bisik aku hanyut dalam sibuk-sibuk manusia di luar.
Dia dah pun hilang sebelum sempat aku menelan baki nafas. Malah pergi begitu tanpa sempat berbasah salam. Ah. Aku ini bukan siapa-siapa kan. Sedang dengan Maha Esa Allah pun dia jarang beri salam, inikan si marhaen rendah darjat seperti aku, apatah lagi bukan?

Monday, 8 November 2010
I am beautiful, no matter what they said, word can’t bring me down
…and yes,
word can’t bring me down.
It is me; myself; who can drag me down to the earth. My very own mind can do that!
~ Erk. Ok. It is all Allah; who can bring us down! But, we always can do our best for everything; Allah know when we reach our limit; and not ~
As long as we know it well; we know what is right and what is wrong; then our thought should never being wrong (perhaps!).
But, (a big but), we are human afterall. Thus, ‘Practice make perfect’ is simply a lying statement. Perfect should never being an option, cause we can never reach them; eternity.
So then, why we are chasing for perfect-ness?
* smile *
note:
ya. title is not mine. it was quoted from CA's song; and I share them here.

Monday, 1 November 2010
Tahun yang nanti-nanti.
”Babah, kenapa tak beli buai elektrik bagi adik?”
"Mahal lah sayang"
Ya. Itu jawapannya. Jawapan itu telus.
Tapi, bukan untuk ketika ini.
Buah bicara aku perlu lebih mendidik.
*senyum.*
”Sufia, kamu tahu tak? itu tanda Babah sayang kamu.”
*berkerut* dahinya.
”Buai elektrik itu Sufia tidak ada, dan Babah akan pastikan adik pun tak dapat buai yang sedemikian juga”
”Kita tak mampu ke Babah?”
”Ya. Babah tak mampu.”
*Senyum*
”Yang Babah tak mampu kan adalah berjauhan dengan kalian”
”Babah tak mampu untuk biarkan sayang dan adik besar jauh dari kerlip-kerlip mata Babah. Biarlah dalam mencari lena itu, sayang dan adik pandang jujur di balik jernih mata Babah, sambil mendengar marhaban yang tak sudah-sudah berbasah di bibir Babah”
Si kecil Sufia tersenyum. Sambil halus bibirnya nampak manis di biar terliuk bak limau seulas.
”Biar nanti, kalau Babah pun mencari lena Babah yang terakhir, biarlah sayang, adik mahupun mama yang berbisik-bisik syahadah dan memandang Babah dengan pandang sayang dan doa yang tak putus-putus”
”Boleh?”
Soal tak berjawab.
Si kecil berlari menyusun langkah pada Mama yang masih membelek-belek alat elektrik lain di susun kedai tersebut.
Pelahan-pelahan, mata aku yang berkaca sendiri.
Dan lancar aku tadi pelahan-pelahan bertukar menjadi serak yang basah di hujung tutur bibir ku; ~Al-Fatihah~

Subscribe to:
Posts (Atom)