Orang selalu namakan majlis lepas bernikah itu majlis membatalkan air sembahyang. Bukanlah menyalahkan tradisi, tapi; bagi aku, benda itu tidak cukup betulnya. Kenapa perlu sengaja batalkan wudu’; dan siap ada majlis lagi; bukankah wudu’ itu sendiri tinggi nilainya?
Jadi aku membangkang?
Tidak juga.
Aku cadangkan penambahbaikan. Itupun dari pandangan aku yang belum tentu sepenuhnya terang.
Sesudah di-ijab dan di-qabulkan, berjemaah lah berdua mempelai itu dalam solat sunat kesyukuran kepada Maha Agung. Biarlah si isteri menjadi pengamin pertama pada doa sulung suami selepas gelaran bujangnya hilang dalam genggam tangan gemuruh bersama si-qadi tadi.
Dan bersalamlah mereka; kedua kasih dan sayang itu dalam rahmat Allah lepas doa di-aminkan. Dan gugurlah wudu’ itu dalam redup tawadu’ dua insan yang dihalalkan sesama hayat mereka.
Itukan lebih baik?
Soalan: Jadi, bila nak bagi hadiah?
Jawapan:
Jujur dan ikhlas pernikahan itu sendiri satu anugerah bukan? Dan itu sendiri lebih tinggi dari hadiah material duniawi bukan?
Cuma, bagi yang lebih mampu, sediakan lah hadiah pernikahan lain. Sebetuk cincin, seutas perhiasan tangan, sekalung rantai dan apa saja yang kalian perlu; dan hadiah ini adalah ‘hadiah pernikahan’ dan bukannya wasilah ‘membatal air sembahyang’. Jadi, majlisnya adalah majlis penyampaian hadiah di antara mempelai ye tak? dan bukannya majlis membatalkan air wudu!
Benda yang sama, cuma pada aku definasinya berbeda.
No comments:
Post a Comment