Monday, 28 December 2009

Siren kring..kring

"Sapa yang kita patut takut nih? Nak takut demer ker nak takut tuhan" kata seorang makcik tua ala 50-an yang sedang mengenakan kasut kerjanya di muka pintu surau kilang tempat aku keje tengahari tadi.

Makcik yang sama komplen kuat-kuat pasal bonus dapat sikit depan pintu surau yang sama sebaik sahaja aku (officer akaun baru kilang nih) habis melipat sejadah. Bonusnya yang tak sampai seribu walaupun dia dah kerje 25 taun dengan kilang nih. Bonus yang dia dapat hanya pada rate yang sama dengan semua orang dikilang nih; 0.33 bulan gaji (kecuali for those high performance, lower performance staff dan staff baru macam aku yang dapat RM0 @ NIL nih).

Background scene:
Masa rehat dah nak habis. Sejam tengahari tanpa kerja dah hamper matang. Siren yang macam bunyi semboyan askar tuh pun dah mula membuak-buak nak berbunyi. Khalayak bangkit bergegas tinggalkan surau sesudah berutus syukur pada Allah dengan Zuhur mereka. Seorang dari mereka; alakian sahabat makcik tadi berkata "ater, cepat ler. Nanti superbezer maghoh pulak kalu lambat"

Keadaan di atas adalah benar.
Aku tengok dengan mata kasar aku sendiri. Maaf kalau pandangan mata aku dicelah-celah kacamata dengan power tak sampai 200 ni tak cukup kuat untuk yakinkan hangpa dengan kejadian yang berlaku paling jauh pun 5-meter jer ;ah dihadapan ku.. paling-paling tidak pun, aku dengar dengan telinga aku sendiri.

SOALAN:

Sapa patut kita takut? Tuhan (dalam konteks aku, Allah!) ker boss tempat kejer?

JAWAPAN: ____________

Sebenarnya ini landscape biasa dalam masyarakat kita. Biarkan agama dan kerja di pandang dalam 2 aliran yang berbeza.
Yang jelasnya (bagi aku) tuntutan solat dan mematuhi aturan agama adalah tunjang hidup. Jadi jangan lacurkan agama kita semata-mata nak jadi yang terbaik dalam duniawi.
Jadi makcik tuh betul? Betul ker tak perlu takut dengan boss sebab lewat masuk semata-mata alas an pergi solat sampai terlewat? Betul ker kata-kata makcik tu macam tuh?
Pandangan aku, selagi mana majikan dan bagi cukup sejam masa untuk beratur dekat dewan makan, dok makan, sembang sikit2, habiskan minuman dan zolat dengan tertib aman dan tempatnya (cukup sumer tuh dalam sejam..melainkan ada selit najis-najis mengumpat, gossip telebisen dan iklan MLM) adalah berhak depa nak panggil kita balik on-time.
Jadi aku salahkan makciktuh bulat2?
Tak juga (sebab aku sendiri tak tau apa dan mengapa jalur masa makcik tuh tak cukup), Cuma aku terfikir; Patut ke kita nak marah-marah macam tuh?

Secara amnya:
Agama dan kerja tak boleh di asingkan. Agama sendiri tuntut kita bekerja. Agama tuntut kita mematuhi peraturan yang tak langgar peraturan Allah. Agama tuntut kita tunaikan tanggungjawab yang kita dah janji nak buat (macam contoh sign employment letter dengan majikan kita). Agama tuntut kita untuk mematuhi masa dan elak diri jadi orang yang rugi.

Bagi aku, aku ada jawapan aku sendiri. Cuma, mungkin cara aku isi "_____________" di atas tak sama dengan cara korang

Macam nabil cakap, lu piker lah sndri….

No comments: