Wednesday 30 December 2009

ADA 103 - No plat kete sapa nih?


Ada [satu][kosong[tiga]

Is-three. Andai yang ada itu cuma satu, kalau ada itu hanya dua, tak cukup sifatlah untuk digelar is-three, Guys, go for three…

Kasar. Memang aggressive bunyinya. Tapi itulah realiti. Realiti tentang hidup dan kehidupan.
Realiti manusia yang belajar separuh jalan. Manusia yang agak bijak guna akal tapi masih gagal nak Nampak macam berakal.

Ops… jujurnya aku tak salahkan orang yang kawin tiga (or the best, kawin ampat!). malah aku juga tak pernah nak laung kata orang yang berkahwin 3 (I mean, kawin 2 dan 4 pun sama = poligami) ni tak berakal. Cerdik-pandai macam ni yang akalnya lagi panjang dari aku (at least buat masa sekarang J hehe **sifat norma seorang lelaki**). Cuma aku sedih dengan pandangan segelintir dua pemikir ketamadunan yang gah di kedai kopi. Aku sedih dengan intepritasi perkahwinan yang di anyam dalam kotak minda depa nih ha. Sedih…

" …kahwinlah perempuan-perempuan yang kamu senagi; dua tiga atau empat."
-sebahagian dari terjemahan ayat ke 3, surah 4; An-Nisa'-

Tengok. Agama pun izinkan is-three nih. Takkan aku nak kata salah dengan system yang Allah dah susun. Wah, takut aku kena murka Allah. Talut aku nak langgor aturnya Allah. Kalau takat langgor terapik lite dengan potong di line kembor dua tuh tahan lagi le nak bersikap degil dan membahayakan diri tuh. Tapi ni hokum yang 100% Allah bagi tau tak ;eh nak ubah kan… So apa nak aku salahkan dengan orang nak kawin lebih nih…

Aku salahkan intepritasi diorang jer.
Aku salahkan orang yang fikir perkahwinan itu hak lelaki. Hak si suami. Hak mutlak si suami.
Isteri di bila dah kawin kena patuh cakap suami (stereotype statement- Syurga itu dibawah tapak kaki suami)
Isteri kena menghambakan diri untuk sisuami. Kena sedia melayan suami seperti kehendak suami.
isteri Jadi hak milik si suami 100%

Woho, kasar betul akal orang nih.
Kasar macam orang tak berakal.

Tiada siapa yang memiliki makhluk tuhan yang lain melainkan Allah. Kenapa? Sebab kita sendiri 'meminjam' nyawa kita dari Allah. Kita sendiri hidup dalam pinjaman. Bila dah time-up, kena balik kampong kita di perhitungan Allah lah kan.
So macamana dengan isteri?
Bagi aku; Isteri adalah pinjaman paling besar Allah bagi untuk kita. Isteri Allah bagi pinjam untuk kita tahu manisnya hidup berkeluarga. Allah halalkan keinginan manja dan sayang manusia dengan ikatan ini. Jadi, isteri bukan hak kita. Isteri Cuma loan-jangka-panjang . Loan yang nanti kena pulang balik pada 'pemiliknya'.

Sial-la kalau kita pinjam hak orang kendian tak reti nak jaga, tak reti nak pulangkan elok-elok.
Kalau dengan Along lagi parah, lagi tak habis nyawa lagi tuh tak habis sengsara
Macam tuh kita rasa bila berpinjaman dengan manusia. Ni kan nak pinjam dengan Allah… huhu besar bala tuh…

Jadi, philosophy-nya, kahwinlah atas dasar ibadah. Atas dasar pinjaman. Atas rasa dugaan untuk kita membelai dan menghargai pemberian Allah. Atas dugaan ke-per-tanggungjawab-an kita dengan amanah Allah. Ujian ke-patu-teguh-an kita dengan janji masa aqad dulu!

Tak nak ker aku kawin 2, 3 mahupun 4?
Jawapan aku simple…
seorang pun aku tak mampu penuhkan kehendak hatinya atas masa aku
seorang pun aku tak menang tangan nak tunjuk sayang dan belai
seorang pun dah buat aku tak cukup daya nak menolong serba-serbi…inikan 2…mau lagi parah…
paling2tidak pun sehingga kini… sehingga ke hari ini… aku masih macam nih…
aku sangkut dengan penapisan pada sambungan ayat di atas tadi…:

"…tetapi, juka kamu takut tidak berupaya berlaku adil, maka (cukuplah mengahwini) satu orang sahaja…"
-sebahagian dari terjemahan ayat ke 3, surah 4; An-Nisa'-

Adil?
memang tak mampu. Memang aku bukan adil (adil zaquan pun bukan). Aku cuba seorang makhluk yang sempurna dengan ketidak-ke-sempurna-an-nya.

Tapi pada yang nak-kawin/dah-kawin/'dah-ditakdirkan-kawin'/mampu-nak-kawin/mampuslah-nak-kawin poligami gak, teruskan lah. Korang mungkin boleh berlaku adil macam sesetengah insan terpilih yang dah Allah susun.

Aku mungkin tak! Dan aku harap sampai bila-bila pun aku tak! [wei, penat aku kumpui duit puluh ribu nak buat kenduri kawin dan bayor duit antaran dulu pun tak habis lagi]… Harap ini bukan dugaan yang Allah susun untuk aku… Ameen

S-ayangilah.T-anggungjawab.R-ohani.E-ngkau.S-elamalamanya.S-ahabat!

Footnote: Kenapa ada post nih? Sebab aku 'kurang suka' dengan orang yang bongkak kawin lebih?! Tanggungjawab bukan untuk bongkak, tapi untuk kita kokak makan sikit-sikit. Makan sikit jer kalau tak cukup power nak hadam sumernya nanti.!

No comments: