Monday, 19 March 2012

Telinga



Sakit telinga, Doktor
Ya Allah, sampai macam ni jadinya? Ni dah luka, dah tersumbat ni” dan riak wajah doktor itu menampilkan risaunya. Risau yang jujur.

Korek telinga dengan pengorek besi tu Doktor. Tu yang sampai luka begini” jujur.
Sebenarnya, pakai kutil kapas pun tak elok, inikan pengutil besi. Telinga ni tak payah dikorek patutnya. Nanti jatuh sendiri najis dia.

Tau, telinga ni dindingnya lembap, senang terluka, tapi kadang tu tak tahan gatal telinga doktor. Korek sedap sangat tu yang luka tu” sambil tersenyum. Mana tidak, salah sendiri barangkali.

Dan hanya senyum manis yang dibalas doktor itu, sambil dua tiga geleng halus menjadi iring.

Oh.
Manalah tahan kalau dah bergatal-gatal di telinga pinta diusik buang; pasti dicapai apa yang ada di gapaian dan selesaikannya sesegeranya. Dan kita semua tahu, mengorek telinga itu sedap; dan dalam sedap itu sendiri kita terluka; mudarat dan sengsara.

Begitu juga hidup.
Bukan berlaku salah kerana jahil segala arah. Cuma, kadangnya kita terjatuh pada goda sengsara dan biar redah saja pada kata hati; biarpun tahu akibat nanti-nanti.

Berjumpalah dengan ‘Sang Perawat’ sebelum terus bernanah dan tersumbat ‘telinga’ kita nanti. Hidup kena tahu sakit pada jatuh; bukan untuk mengeluh tapi sedar dari tersengguk-sengguk lena.

No comments: