Kalau pemain bola sepak itu bersifat kasar pada permainannya, tak bererti bola sepak itu semata-mata kasar dan perjudian. Padanya ada harmoni, kesepakatan, strategi dan etika disiplin.
Kalau pelukis potret dunia itu berambut panjang gerbang, berbaju lusuh dan berdenim lama, tak semestinya seni lukisan itu penuh serabut dan harus lusuh duduknya. Harus dinilai pada nilainya, dan bukan perilaku yang bernilai demikian.
***
Masih tak sesempurna lagi Islamnya aku, tapi tak bermaksud Islam itu tidak sempurna.
Hal Islam bukan ‘semata-mata’ hal politik, jubah serban, ceramah, haram bercouple, dan makan minum; sebaliknya Islam ada semua itu dan sekalian yang ada sebelum wujudnya bumi, dan selepas hancurnya bumi. Bagi setiap yang terinci bagi yang bernyawa atau tidak.
Semuanya.
Sesempurnanya.
Maka, jangan dinilai Islam itu pada siapa yang membawanya, tapi apa pengisiannya.
Bukan membetul salahkan pada siapa dan apa yang kita suka mahupun benci, tapi suka pada patinya Islam, walau siapa pun yang dirikannya. Kerana Islam itu berdiri sendiri atas arahan dia; dan kita yang menumpang pada lembayungnya untuk ketemu Dia yang Maha Kuasa.
*senyum*
No comments:
Post a Comment