Berdiri sandar, sambil-sambil melampias saki baki debu nikotin dari kelonsong hembus.
Meliar mata berkejaran dengan jalur sinar cahaya mentari ‘membelek-belek’ dan ‘membogel’kan sekalian susuk tubuk yang melintas.
“Dunia ini indah. Sungguh.” sambil pelahan senyum menjadi ukir pada bibir yang tidak pernah merah bugar dek di peluk rakus dengan nikotik berbatang-batang seharian.
Lagi banyak billboard kata tidak, lagi banyak dia berkata ia.
”Mahu jadi teman sunyi” bisingnya dahulu, dan masih bisik susum kalimah yang sama berulang-ulang. Berbalam menhentam gegendang telinga si pemesan, sampai sudah muak hujungnya.
”Sesekali, kita harus jatuh terhempas penuh perit baru kita tahu erti sedikit itu penuh syukurnya” itupun kalau sempat.
”Indah bagai pun, ada sudahnya.” dan berpaling. Ah. Tak sedar. Yang di tunggu tadi sudah pun sampai berbimbit troli tolak.
*senyum*
”Yang ko tunggu itu aku ke, lenggok montok sana?.”
”Rezeki. Benda depan mata. Bukan luak pun aku pandang” mendakap pemilik suara. Berpelukan penuh erat. Yang jauh, sesekali pandang, pasti sempurna penuh warna; sedang yang dekat, harumlah setaman bunga pun, pasti hidu bisa hilang selera dan busuk saja yang lekat.
”Pahala ko yang luak. Kerling pandang macam nak koyak-koyakkan mulus tubuh depa tu pasal”
”Ops. Belum masuk waktu. Karang kalau nak panjang-panjang, ko rembat la kayu khatib sat lagi. Gebang la panjang-panjang” dan berlalu. Mengalih bagasi yang bersusun tadi jadi bimbit pada tangan. Ah, bukan banyak sangat, dua saja. Dasar anak manja, itu pun harus ber’kerata’ segala.
Dan dua pasang kaki melabuh pergi. Setapak demi setapak. Sambil hilai tawa menjadi benang pengikat senyum-senyum dua sahabat tadi.
Dan momen lain menjadi pengisi ruang yang tak penah kering dari manusia.
Yang bagainya, bagai-bagai.
Apa yang kamu cari dan siapa kamu esok nanti, hari ini benihnya ada di genggam kamu. Dalam satu hembus, ada 5-6 cerita yang tak penah habis, sampai sudah. Sudahnya di mana ya?
No comments:
Post a Comment