Thursday, 31 May 2012

Sempurna?



Manusia itu adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Maha Esa, tapi kita masih bukan sesempurna kejadian. Ketidak sempurnaan ciptaan atas kita itu lah yang membuatkan kesempurnaan kita sebagai manusia.

Hidup manusia perlu saja ada pergantungan.
Kita bergantung pada oksigen untuk bernafas.
Kita bergantung pada ibu dan ayah untuk bantu kelahiran kita.
Kita bergantung pada laut untuk berlayar.
Dan gantung-gantung hidup kita akan terus panjang tiada penghujung.
Dan setiap pergantungan itu ada faktor 'Allah' Maha Agung Pencipta.

Dari Allah datangnya oksigen.
Dari Allah datangnya mak dan ayah.
Dari Allah datangnya lautan dan segala benda.

Dan bohong andai kita kata semua itu 'SEMULAJADI' sebab yang faktanya, semuanya dari 'Kun Fa Ya Kun' Allah.

Dan manusia itu sendiri lalai.
Maka perlu ada dugaan hidup dan cubaan, supaya kita sentiasa check in bertemu Allah dalam medium syukur dan Redho.
Pernah tak kita fikir yang setiap dugaan dan kurniaan Allah itu sendirinya 'checkpoint' melapor diri sepanjang perjalanan hidup ini?

Dan satu; kalau kita berkongsi, ilmu kita makin berisi.
Lagi satu, mana tau kalau ada salah silap pemahaman kita boleh diperbetulkan. Kita sendiri kan tak pernah sempurna, jadi sentiasa cari jalan untuk jadi lebih baik; dan yakin bahawa Allah sahaja yang TERbaik.
*senyum*

Wednesday, 30 May 2012

Accident


Sometimes,

'Accident' is necessary to bring the best 'driving' skill inside ourself; but that never stop us from 'drive' again! And never stop us from bump-ing to the same 'old accident' place again.
 

Ya, the same 'place', but with different intention and degree of emotion.






***

You will never know your limit if you never try to be one.
Thus.
Never say never; cause Allah is The Ultimate author; and we are here just for the test.
A long life test; for eternity.


***


Wrong person at right moment.
Wrong moment for a right person.
Than should never be one, unless we call it fated; and above all, Allah is The Organizer.


*smile*

Tuesday, 29 May 2012

Warna



Bagi aku, pelangi itu ibarat hati; pada kita.

Andai yang berselimut kemas kejap pada mendung pelangi kamu adalah sayup sunyi cahaya monotonos; begitu juga bisanya hati kamu kekosongan mengesot minta hilangkan sekejap diri dari pandangan sesiapa.

Dan aku harap; sephia itu tidak lama untuk kamu.

Supaya, kamu bisa pandang jalur sinar yang lain untuk esok.
Agar paling tidaknya nanti, sekuntum senyum bisa terbit dari dalam hati kamu.

Bisa kan sahabat?

*senyum*

Monday, 28 May 2012

Selamat Tinggal


Oh.
Bagi aku, ia lebih kepada 'berjumpa lagi'.

Tiada yang tentu selamat bila ditinggalkan.
Dan meninggalkan selepas membuat kemusnahan pasti esok lusa menjadi bayang-bayang yang tak bisa lepaskan diri.

Biarlah berucap 'berjumpa lagi'; kalaupun yang bakal jumpa nanti pun bukan di kehidupan fana ini.

Ah.

Menangisi yang menyakiti bisa meruntuhkan lagi benteng jiwa.
Jadi.
Belajarlah untuk mencari manis dalam perit, kerana pedih luka itu bukan kita yang minta; tapi DIA yang berikan.
Dan.
Kita yang terpilih untuk diuji bagi satu tingkat hidup yang bermakna.
Dan tentu saja yang terpilih itu satu yang istimewa; daripada sekadar percaya kita baik-baik saja, dan terjunam jatuh tenggelam dalam selimut keselesaan yang melemaskan kelak.


Friday, 25 May 2012

Better You



Jangan sesekali kerana ada sepatah dua panah kata yang tajam masuk dalam hati, lantas kita jadi mati dan binasa jiwa.
yang benar harus keras dan terus benar.
Dan, yang rosak itu, wangi bagaimana semerbak pun tetap rosak dan merosakkan.

Percaya satu.
Dan ditentukan seseorang untuk kamu.
Dan seseorang itu, wujudnya dalam mengerti kamu sepenuh jiwanya.
Dan untuk itu
Jadilah diri kamu sepenuh-penuhnya kamu.
Dan sebaik-baiknya kamu.
Yang mana,kamu itu tidak lepas dari genggam pegang jalur-jalur cahaya Maha Esa dalam bertingkah dan senyum.

Jadi?
Jadilah kamu yang sendiri kamu. A better version of yourself and let The Almighty Allah sort the rest.

***

Andai di soal manusia.

"Kau ni mesti kahwin lambat nanti. Entah ada lelaki nak ke tak. Tak kena rasa langsung."

Jawab saja

"Ah, pasti saja aku bukan taste kamu, dan menjadi lain dari kehendak kamu bukan bermakna aku ini buang-buangan, kerana aku sendiri membuang kamu dari laman rasa seperti mana kamu membuang aku. Kan? Jadi, tiada siapa yang terbuang andai kita tahu mana duduk kita.”

“Dari menjadi sakit dan perit itu awal, lebih baik aku lewat dan bahagia bukan?"

Boleh?

Thursday, 24 May 2012

Berbeda?



Perempuan itu ciptaannya cukup unik.
Kerasnya sebenar, cukup lembut di penghujung sentuhan hati.
Dan pasti saja yang lembut itu sesekali pohon dibelai.
Dan hal itu sendiri hal hati bukan?

Dan.
Lelaki itu sendiri ciptaannya tak kurang unik.
Kerasnya sebenar, cukup lembut di penghujung sentuhan hati.
Dan pasti saja sesekali yang lembut itu bisa terkuis keluar dari dalam sedarnya.
Dan hal itu sendiri hal hati bukan?

Baik kamu.
Dia.
Dan (atau?).
Sesiapa.
Saja.

Kita tak lebih daripada manusia biasa yang cukup-cukup biasa.
Cuma kadang-kadang kita terpinta lebih di sini; kerana ada ruang sana yang kita telah pinta kurang tanpa pernah kita sedar.

dan hujungnya; yang kita pinta sama saja dengan yang lain.

Perempuankah kamu.
Lelakikah kamu.
Tak ada beda dan bezanya.
Hati tetap hal hati.

Dan.

Mati tetap hal mati.

Cuma.
Bagaimana mana kita sambutnya nanti yang berbeda.
Aturnya semua hanya untuk ketemu ‘Dia’.
Kan?

*senyum*

Wednesday, 23 May 2012

Mencari



Yang meninggalkan kita itu, baik atau buruk mana pun dia, hakikatnya, dia bukan untuk kita.
Malah, semalaikat mana pun dia, dah di takdirkan jodoh dia bukan dengan kita; paling tidak, untuk ketika ini.

Jadi.
Yang bakal datang nanti, seharusnya bukan di biar duduk banding dengan yang lepas.

Kenapa?

Sebab yang lama itu kita sudah selam dalam-dalam akan hati kamu.
Dan sudah dibiar kita menerima dia sepenuhnya dia.

Maka, seharusnyalah dilihat akan kita; dia lebih memahami dan lebih secucuk.

Sedangkan.
Yang baru menjengah ini nanti, baru senafas dua berkongsi oksigen dengan kita.
Pasti banyak yang belum serasi itu ini.

Maka.
Menilailah dengan benar keterbukaan nya.
Biar adil dalam mencari hati.

Mencari?
Ah, bukan disuruh akan kamu mengemis di tepian dengan bimbit poster itu ini.
Cuma.
Mahu kalian berbisik pada basah bibir dengan doa pada-Nya.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim”
“Moga Engkau ketemukan aku dengan jodohku, dan Engkau pelihara kebaikan ku, peribadi ku, perasaan malu aku, dan engkau jauhkan aku dari maksiat, zina dan segala kebencian-Mu Ya Qahhar"

Ameen

Tuesday, 22 May 2012

Andai




Pada sang ayam, di bisik yang telur dulu wujud baru ada dia.
Pada si telur, di bisik lain; 'sang ayam dulu baru adanya kamu'

Hakikatnya; syurga neraka dulu baru kita semua.
Dan, sampai sana juga adanya kita.

Pilihlah.

Andai tiada jatuh, kita tidak sedar melayang kita sudah terlalu tinggi; dan bisa hilang dari sorok-sorok awan di langit dan gagal mencari bumi.

Andai tiada bangun, kita pasti hilang rasa syukur dengan sengsara; dan hebat mencarik-carik air mata menutup hati dari berfikir redho dan taat pada kesabaran.

Andai tidak kalah, kita hilang ghairah pada bertolak ansur dan menjadi raja pada dunia yang cermin keliling dinding berempatnya kita sendiri yang bina; dan gila menjadi kegilaan sendiri.

Andai tidak menang; kita sentiasa akan salahkan adil Maha Adil dan kata adil kita yang secukup bodoh ini adalah lebih adil dari Dia.

Dan teruslah berandai berpanjang-panjang lagi.

'Aku'?
Ah.
'Kita' barangkali.
Kita semua.
Yang asyik berandai, tapi masih tak berganjak gerak untuk bertindak. Bercakap sebelum berfikir, berfikir sebelum berzikir, dan berzikir dengan hal dunia; dan bukan nama dan ingatan pada Dia.
Barangkali.
Oh.

Monday, 21 May 2012

Lontar?



Hukum Boomerang itu seperti hukum timbal balik. Lu buat baik untuk olang, esok lusa ada olang lain buat baik untuk lu. Kalau lu sial, esok lusa, orang sialkan lu lah.

Dalam Islam, kita percaya dosa pahala, syurga neraka. Dan itu menceritakan segala-galanya; seharusnya.

Dan satu.

Hidup ni jangan baling2. Kita bukan ada hidup lain pun yang tinggal. Kalau pecah, bukan ada galang gantinya nanti.

Friday, 18 May 2012

Halus v2



Kita takkan boleh hidup dengan apa yang kita harapkan saja, kerana, Maha Esa hanya akan tunaikan apa yang perlu untuk kita.

Salah siapa bila pengharapan bukan seperti mana kejadian?
*senyum*
Tentu saja bukan salah siapa.
Sebaliknya.
Kejadian ini mahu menjadi batu loncatan.
Mahu bawa kita ke jalan Dia.

Dan salahkah kita?
Tentu saja bukan.
Ia hal hati; dan tentu saja kita terlalu sukar mengatakan ‘tidak’ kepada hal hati.

harus kita menangis untuk luka yang ini?
Pada aku; menangis saja lah.
Menangis.
Tapi; hanya untuk momen yang ini-ini; dan kemudian kamu bangun dan maju terus; dan lebih kuat.

Percayalah.
Perkara yang paling menyakitkan dalam dunia ini adalah apabila orang yang kita sayang tidak bahagia bila mereka di samping kita.
Jadi.
Doakan saja.
Dengan siapa; mereka tetap gembira. Selagi mereka ada Dia; yang Maha Kuasa.

Dan esok.
Akan ada hari kita.

Kan?