Friday, 25 May 2012

Better You



Jangan sesekali kerana ada sepatah dua panah kata yang tajam masuk dalam hati, lantas kita jadi mati dan binasa jiwa.
yang benar harus keras dan terus benar.
Dan, yang rosak itu, wangi bagaimana semerbak pun tetap rosak dan merosakkan.

Percaya satu.
Dan ditentukan seseorang untuk kamu.
Dan seseorang itu, wujudnya dalam mengerti kamu sepenuh jiwanya.
Dan untuk itu
Jadilah diri kamu sepenuh-penuhnya kamu.
Dan sebaik-baiknya kamu.
Yang mana,kamu itu tidak lepas dari genggam pegang jalur-jalur cahaya Maha Esa dalam bertingkah dan senyum.

Jadi?
Jadilah kamu yang sendiri kamu. A better version of yourself and let The Almighty Allah sort the rest.

***

Andai di soal manusia.

"Kau ni mesti kahwin lambat nanti. Entah ada lelaki nak ke tak. Tak kena rasa langsung."

Jawab saja

"Ah, pasti saja aku bukan taste kamu, dan menjadi lain dari kehendak kamu bukan bermakna aku ini buang-buangan, kerana aku sendiri membuang kamu dari laman rasa seperti mana kamu membuang aku. Kan? Jadi, tiada siapa yang terbuang andai kita tahu mana duduk kita.”

“Dari menjadi sakit dan perit itu awal, lebih baik aku lewat dan bahagia bukan?"

Boleh?

No comments: