Tuesday, 28 December 2010

Sendirian Tanpa Kerusi

Berdiam saja.
Berjuntai kaki.
Beralun-alun penuh kosong; tanpa daya yang benar, dan tanpa atur irama.
Pandang terlempar jauh.
Sejauh yang benar jauh, hingga si empunya sendiri belum tahu hentinya.

"Barangkali, begini jiwa kosong."

Lebih kosong dari baju cap ayam yang tulis terang katanya ‘Aku Jiwa Kosong’.
Bodoh.
Pengilang pasti bukan si bodoh itu, mereka benar hujan lebat-lebat sampai tiris jemari bersepuluh menadah laba.
Si pemakai aku kurang pasti, barangkali si polan tak kurang dari seorang perisik yang berlagak kosong dan membiar dilihat sebagai polos yang tidak ada apa-apa.
Jadi?
Mungkin kita; yang bagai bangsa malu bertanya dan segan menegur. Berkawan dengan bimbit gajet ditangan dan bukan dengan susun jasad di taman bagai dulu-dulu.

Mahu dilihat seperti mereka yang ramai itu, aku sendiri jadi bodoh.

"Oh. Masih di sini rupanya."

Masih beralun dengan irama kekerapan yang sama, dan dengan pasang kaki yang sama.
Seorang.
Berseorang dari jasad manusia yang lain.
Dan sunyi.

Barangkali hujung hayat aku esok-esok sunyinya begini ya? Itupun kalau mukar nakir cuti.
Ah.

***

Tuju hidup itu tahu, tapi tak benar kejar.
Halal haram itu tahu, tapi tak pernah kisah.
Biar semua jadi halam, halal pun halal, haram pun bedal.
Wajib dan larang itu tahu, tapi endahnya jarang.
Bila jatuh dalam-dalam, baru nampak Tuhan.
Hidup tak ada button redo undo, tapi kena terus; dan tak pernah akan ada hujung

***
"Allahuakhbar ~ Allahuakhbar"

"Ah, Zuhur."

Hayun berhenti.
Turun.
Melangkah pelahan.

Kemana?
Hanya Allah yang Maha Tahu.

Wednesday, 22 December 2010

"Awak suka saya?"

Erk.
"Kenapa dengan soalan tu?"

"Salah?"

 Ah.

"Bukan. Cuma, kenapa bertanya?"

"Saja. Mahu tahu. Boleh?"

*senyum*

"Awak nampak macam saya ni tak suka dekat awak ke?"

Ala.
"Bencilah. Mana boleh soalan di jawab dengan soalan."

*senyum*

"Jadi?"

"Awak belum jawab soalan saya lagi lah!"

"Sebab itu juga, soalan saya pun awak tak nak jawab lah ye?
"

Ah.
"Awak yang patut jawab dulu."

"Maksud awak, memang patutlah awak yang bertanya soal dulu ya?
"

*diam*

berpaling pada sudut lain
bibir mencari sudut darjah muncung yang lain
ah, muncung lagi
lagi sedikit
ya.
sedikit lagi
ha, yang itu.
muncung yang bagai itu.

"Maaf."

Pelahan di rangkul kemas tubuh tersayang dalam jiwanya. Biar rapat-rapat penuh.

"Maaf andai saya bukan seromantis yang awak damba pintakan. dan untuk yang hal tadi, pada saya hanya ada awak sahaja yang mampu jawabkan. Awak lebih faham itu kan sayang? Boleh?."

*angguk pelahan*


***
Dan yang mahu pada mereka bukan semata-mata rasa-rasa, tapi kepastian.
Yang keluar dari madah dan laku kita lebih kepada janji, dan mereka pegang itu; kuat-kuat.
Ucapkan lah selagi kamu mampu, sebab esok belum tentu ada.
Jangan tangis yang lepas-lepas sudah, itu pasti bukan untuk kamu; paling-paling pun bukan untuk sedetik ini.
Dan siapa yang mula tak pernah ada peraturannya.
Cuma.
Peraturan itu ada bila berpacaran.
Dan yang didakap itu biar halal. sebab haram yang ini bukan boleh samak-samak; sampai bila-bila.
yang itu, pasti.

Tuesday, 21 December 2010

sungguh. sungguh?

Sesungguhnya
yang terjadi itu bukan semata-mata hadir untuk mengisi ruang-ruang lapang hidup,
tapi
mahu bawa cahaya yang lebih terang sinar dari yang kujung semalam;
agar wujud kita nanti, ada makna, ada jasa.
***

Moga yang berlari dan terbang itu bisa kita lupakan terus,
dan biar hati kita berpaut peluk hanya pada apa yang bisa kita genggam kemas di jemari polos kita.
Moga yang kita hargai itu adalah kamu-kamu yang tidak pernah jemu menghargai kita yang buta hati ini.

Monday, 20 December 2010

Kejar kemari atau lari menjauh?

Dengan penuh rendah jiwa,
Aku melutut,
menghadap sujud semalam
Kusut yang bersarang lama aku cuba leraikan pelahan-lahan,
Mencarik selembut daya yang mungkin,
Tapi,
Ah, semuanya bersimpul mati.
Hanya kordinasinya yang lari,
kusutnya tetap berkurung sama.

Ya Rabbi Ya Qayyum
Aku pohon kekuatan menempuh duga yang ini, dan bimbitkan hati aku dengan peluk sabar yang kemas. Moga aku bisa berjumpa hikmah semua ini, esok, atau lusa
Ameen

Pelahan-lahan aku kesat alir dingin yang berbaki di sekak mata aku.

***
Andai yang aku kejar itu bukan baik untuk kita,
biar saja aku terjatuh dan sungkur dari kejap langkah aku.
Elok yang sakit itu sekejap ini,
dari menjadi teman perit aku panjang-panjang.

Wednesday, 15 December 2010

Bagai gula-gula cokelat.

Mencair bila panas
Andai dicuit dengan jari-jari halus itu,
pasti melekit-melekit dan tak mahu lepas-lepas.
Membiar wujudnya itu bisa benar-benar merimaskan.

Ah.

Bila sejuk dinginnya nanti,
Hilanglah melekit-lekit pada jemari itu,
dan menjadi beku.
Hadirnya pun kadangya tak pernah kita sedar.

Ibarat kasih.
Wujud hadirnya melekat seluruh jiwa dan berlebihan akan buat tuan jadi tak keruan
dan esok-esok, bila sejuk, hadir pun kita tak pernah sedar.

Ah manusia.
Bagai-bagai.
Yang penting, penting tetap akan kekal penting.

***

Semuanya yang hadir bukan datang kosong;
dan biar pulang nanti juga bukan dengan kelosong peluru yang sudah pun kosong.
Cumanya;

Andai yang kamu andaikan aku ini sudah benar cukup pandainya,
Dan aku gelak selesa dengannya,
Maka, akulah yang paling bodoh pernah ada.

Tuesday, 14 December 2010

Yang aku sayang.

Berikan aku selimut yang tebal-tebal.
Supaya dingin keseorang ini aku bisa campakkannya ketepi,
dan lena;
lena yang cukup benar panjang,
walaupun,
ada jernih yang tiris dari celah-celah kelopak mata aku.
Moga yang kuat itu bukan hanya jiwaku, tetapi juga nadiku.

***

Hanya ada kamu yang buat aku rindu.
Biar puteri kita menjadi baja-baja indah,
dan putera kita nanti menjadi tiang seri bahagia kita nanti.
Dan pada kamu,
Kita doakan sampai akhiratlah sudahnya syurga kita.
”Ameen”

***
Yang aku sayang bukan pakai dan bayang kamu,
tapi kamu yang bernafas dengan nadi jiwa kamu itu.

Tuesday, 30 November 2010

“Adik tak mahu yang ini!”

Ini Kakak punya. Adik nak yang baru!

*senyum*

Mana mampu disedia semua segala bersilih ganti yang baru-baru saja. Dan bukan sikit-sikit kemampuan yang perlu untuk jari-jari keras kasar ini berdaya koyak-koyakkan plastik pelapik alatan baru untuk si kecil, kerana yang cuba berdaya mampu ini sendiri kecil-kecil manusia yang sekali sekala meminjam air mata yang lain untuk melepas lelah kerana yang dia-nya sendiri sudah habis; kering.

Ah, apalah tahunya si kecil untuk membilang kerut pada jiwa yang berselindung balik bibir keras yang berpaksa-paksa semampunya untuk menguntum senyum; jujur buat dia.

Zahin sayang Babah kan?
bersentuh selembut mampu mengapai si kecil ke dakap kemas mesra sayang. Biar berasa pindah degup nadi ini ke tubuhnya yang masih bertatih mencari makna hidup berdunia ini.

Tapi, Adik asyik dapat yang lama saja. Akak saja yang baru!
masih belum berhujung bentak si kecil dalam serak-serak suaranya. Itu bisa buat jiwa yang lemah ini kalah sentiasa. Ya, kalah saja!.

Sayang tahu satu tak?
berjawab tanya itu dengan berpaling lembut wajahnya pada Babah. Mata berkaca itu masih di situ.

Ini sendiri kesayangan Kakak

Yang Babah pandang, Kakak tak pernah lekang dari membibit sayang pada yang ini. Dan tak pernah pudar rasa yang dulu biarpun dah bertahun dipeluk kemas yang ini dalam rangkul kecil dia. Alih-alih, Babah ambil juga yang Kakak sayang ini buat Zahin. Jadi, Babah ni zalim lah kot kerana biar yang bersayang antara mereka berpisah semata mahu beri yang ini pada Zahin?

Mata jernih itu berkelip. Ah, belum tempus faham si kecil ini dengan bahasa itu. Aduh.

Begini. Babah berikan yang milik Kakak ini bukan semata mahu Zahin sentiasa dapat yang berbekas-bekas, sebaliknya mahu Zahin sendiri rasa yang Kakak mahu saja berkongsi yang paling dia sayang dengan Zahin. Mahu biar sayang itu berasa dan meresap dalam-dalam jiwa Zahin, dan biar Zahin sendiri rasa yang sayang Kakak itu lebih dari apa yang kita pernah fikir

Jadi, salahkah kalau yang Babah panjangkan pada Zahin ini apa yang terbaik?

Tapi, tetap barang bekas. Adik nak yang baru. Kakak asyik dapat yang baru!

Percayalah, kita mampu usaha dapat yang baru dan baru saja, tapi pasti mana yang baru itu lebih baik? Dan percayalah juga yang melepaskan apa yang kita sayang lebih perit sakitnya dari tidak mendapat yang baru. Tapi, Kakak masih mahu buat yang itu sebab sayang dia pada Adik Zahin lebih dalam dari pada yang lain. Boleh begitu?

Tak ada angguk.
Tak ada ngeleng.

Sayu bayu similir pagi yang berbaki menjadi teman hati yang memandang jauh pada sepelahung suara.

Aku yang sekecil ini dulu pun pasti bising seperti ini, dan tak mampu melihat jauh dari apa yang terpandang, kan.

Thursday, 18 November 2010

Bunga-Bunga Matahari

Konvo nanti, nak bunga matahari dari awak ya
sambil membelek intai pada bunga-bunga yang berderet susun di ruang itu. Cukup indah susunnya; bagai ada bibir yang senyum penuh sopan di balik susun lesung pipit halus.
Bunga matahari? Kenapa pulak?
basah kata itu luncur dari bibirnya. Lembut mendayu tutur tapi tetap dengar jelas.

Ah, Awak kan matahari saya?
tersipu. Kemerahan pipi sedikit jelas kali ini dan kaca mata bersinar bagai bahagia dalam tuturnya; tersenyum
Kalau saya sendiri matahari awak, buat apa lagi awak idam impi sepemeluk bunga matahari yang ini lagi” ah, dia ni kan!

Yelah, awak tak pernah tunjukkan yang awak sayang saya. Awak tak pernah jelas terang tunjukkan yang awak benar mengasihi saya dan betul mendalami rasa cinta pada saya. Biarlah nanti ini buat galang ganti pengikat rasa yang saya alami dengan awak nanti

Gagal pun saya tunjuk pada awak tetap awak faham paham susun jiwa saya bagaimanakan?. Seperti juga matahari, tak perlu ada notis dan peringatan harian, tapi sampai saja waktu siang, nanti pasti matahari datang dan menyelimut bumi sepenuhnya dengan dakap mesra jalur cerianya; senantiasa. Saya sendikian kan matahari, dan menghijau bumi ini sendiri awak lah. Seharusnya semua ini sudah awak dalam ertinya kan?

Bagaimana kalau saya sendiri salah faham. Awak bagai guru yang mendidik, dan saya seperti pelajar terbaik awak yang paling awak sayang. Dan saya sepenuh jiwanya percaya dengan sayangnya awak. Tapi, bila ada ujian segala ujian dan sekalian besar-besar datang menyelinap masuk, saya gagal lulus sepenuhnya kerna saya salah faham dengan apa yang awak didikkan. Saya betul percaya yang awak sayang kan sayang sepenuh nafas yang pernah ada didada awak, rupanya matahari awak mana tahu tidak selebih dari hanya menumpang letak senyum dan sedikit bahagia untuk saya

Ah, perempuan memang ada-ada. Suka berkata matahari ini terik sangat bila panas, tapi bila mendung bising-bising tak kan kering baju di ampaian, dan bila saja redup yang benar-benar redup heboh kata yang siang pun gelap sampai perlu ada lampu-lampu. Itu belum kira gerimis lagi, hujan lagi, ribut lagi. Dan bagailah. Ada-ada saja!

dan kalau betul pun yang pasti saja salah itu, lelaki sendiri yang perlukan ada-ada itu untuk melengkap diri sendiri bukan? Kalau tidak, jangan kata awak mahu bercinta dengan lelaki sendiri? Dan jangan kata perempuan lain adalah lain keperempuannya dari perempuan yang lain? Dan tiba-tiba yang lain itu bukan ada-ada sudahnya.

Tiba-tiba senyap.
Dua-dua membisu dengan perit mencuka. Ulik manja tadi hilang dalam dua tiga mata. berkerdipan Kata orang, kesilapannya dan keegoan pasanganya bisa carik-carik tenang jadi kelibut,; jadi serabut yang berseriat tanpa tahu hujung asal.

Bunga yang dibelek tadi di letak pelahan.
Hati membukam bisu.
Dan semuanya bagai mahu mati kejap-kejap itu.
Ya, mati terus; sebelum berkecai air mata ini luluh turun.

awak” pelahan sayup.

maaf” hanya semudah itu?

maaf, kerana saya bukan menari dengan gaya yang awak mahu, tapi, seadanya hati ini benar mahu menari sebagai jiwa saya sendiri dan sebolehnya terbaik untuk awak. Dan untuk ketidak sempurnaan itu hanya satu tanda kesempurnaan saya sebagai seorang insan. Maaflah, takkan ada nafas yang berbaki untuk saya kalau bukan untuk ketentuan dengan jodoh saya. Dan moga itu adalah awak kan? Boleh?” ah, ada sedikit senyum.



Lepas hujan kan ada pelangi.
Cuma, pelangi itu takkan lama; hilang bila bias-bias basah itu kering dengan apa saja alasan, dan bisa hujan atau panas terik lagi.
Jadi bersedialah.

Monday, 15 November 2010

“Kenapa tipu adik?”

Tipu? Tipu apa sayang?
Semalam, dalam genggam tangan adik ada bunga yang baru kembang segar, dan nampak cukup mesra dalam indahnya. Tapi, itu semalam. Pagi tadi dah hilang. Yang tinggal hanya bekas duri yang mencarik-carik luka telapak hati adik. Habis, siapa saja yang menipu adik dengan acah-acah bahagia macam ini? Dan bila adik nak mula pahat senyum kemas-kemas, dan berderai semua yang berbaki. Sakit tau. Sakit yang benar la. Sakit yang sakit!

*menangis* dan tak ada momen yang lebih padan dari membiar seketika esak tangis itu jadi pengisi ruang legar, dan sesekali selang dengan kesat mata yang belum pernah padam merah sedihnya.

Sayang, siapa saja yang kekal ya di sini?

~Mata adik terkias pandang sayu; tapi tegas~

Dunia ini sendiri bukan kekal. Kita? Bukan kekal jugakkan? Jadi, siapa yang kekal? Lepas hujan pasti ada pelangi singgah. Lepas ribut, pasti ada reda yang boleh kita buat teman tenang. Hujan tu berhenti juga, tapi pelangi seindah mana pun kekal ke nanti? Ribut berhenti juga, tapi tenang hati tu kekal sangat kah?

Tak ada satu pun yang kekal kan; selain Dia!
 

Ini bukan hal kekal hal tidak. Ini hal tipu dan daya dusta. Adik tau esok lusa dia pasti mati, adik sendiri maut hujung nanti, tapi kenapa perlu ada sakit yang ini untuk hidup adik. Kenapa ini benar cukup adilnya untuk adik? Kenapa bukan orang lain. Kenapa orang lain senang gembira adik diluka dan hiris nipis-nipis sabar adik ini! Kenapa adik. Kenapa?

~ ah. kalau aku sendiri, begini mungkin? ~

Kenapa agaknya ada syurga ada neraka kalau definasi dosa tak pernah wujud. Biar pahala saja yang menjadi sendi bagi setiap anggota dan nafas yang terhembus. Kan senang kerja Tuhan. Atau paling mudah, biar langsung tiada kita dan segala, lagi senang kerja Tuhan kan? Senang yang tiada kerja kan?

Manusia itu wujudnya untuk diduga dalam mana iman, kuat mana hati dan hanyut mana percaya itu mampu pergi. Bagaimana aturnya bukan soal kita; tapi yakin pasti, mesti kita tetap diuji dengan degree yang sama dengan yang lain.


Siapa adik yang boleh tahu insan lain tidak diduga sedalam adik? Tidak menangis dan dikhianat percayanya? Siapa? Siapa kita untuk tahu semua itu?

Asal adik percaya Maha Suci Allah itu Maha Adik dan Maha Mengetahui, pasti kita tak terlawan bukan?

Adik tahu. Adik tahu! Tapi, ini soal hati. Soal mati yang masih berdengus nafas dalam wujud, Adik tak boleh hidup tanpa dia. Dan hidup dalam penipuan dia lagi membodohkan dan mematikan adik!

Dan bukan dari rahim dia yang adik keluar dulu kan? Dan bukan dengan dia yang adik pinjam tumpang nafas untuk terus berdiri kan? Maka, jangan buang pegangan hanya untuk tunjuk kita ini hina.
Ya, kita lemah, tapi bukan hina yang boleh dilempar panas neraka nanti. Yang pasti, ini semua ketentuan DIA. Dan bukan DIA beri duga ini hanya untuk buat kita meratap kosong


Adik dah kosong. Adik dah kosng jiwa. Adik tak tahu!
Itu lah. Allah bagi cuba yang ini buat adik lebih dekat dengan DIA. Buat adik lebih mesra dengan basah-basah bahasa-Nya. Buat adik lebih dekat dengan harum syurga dia. Tapi, adik sabar lah. Tenang lah. Tak ada tenang yang lebih nyaman selain dari mendekati Dia


Adik kotor! Adik dah lama lari dari DIA. Mana mampu doa adik terima!
Sayang, larilah jauh mana pun, kita takkan pernah mampu pergi. Allah nak kita balik saja. Berdoalah. Sujudlah. Menangislah dengan dia. ‘Menulis’lah dengan hati pada-Nya. Berwudu’ dan campak hati untuk ‘dipeluk’ kemas dalam peliharaan-Nya. Percayalah, semua itu kita mampu; selagi mana kita percaya pada Yang Maha Berkemampuan."

Adik dah jauh. Adik takut dan pasti takkan reda tangis itu hari ini.
Esok.
Mahupun lusa.
Percayalah, sekuat mana pun kita nafikan, kita tetap tak mampu berlari jauh dari-Nya.
Dan tangis hari ini pasti berpanjangan selagi belum cukup dalam tenteramnya dengan kerpecayaan kepada-Nya.

*dakap kemas* dan pelahan-pelahan air mata ikhlas turun tanpa jemput bila sedar yang kita sendiri belum cukup dekat dengan-Nya. Dan andai yang diduga itu kita, pasti kita sendiri menangis seteruk itu; atau lebih.

~aduh~

Tuesday, 9 November 2010

gerimis semalam; gerimis hari ini

Semalam
dibimbit payung erat kemas
biar tak terbuka gunapun payung itu
biar basah dihujani gerimis manja dari-Nya
redho dengan natijah yang esok-esok datang
asalkan yang digenggam kemas ini dapat sampai pada kasih yang menunggu-nunggu dalam hujan.

tapi.
itu dulu.

Hari ini
susun gugur gerimis masih sama seperti semalam
bagai mesin penyalin yang penuh sempurna
dan payung masih ada
si dia dan si kasih masih sang pencinta yang sama seperti putar masa yang lepas
cumanya
semalam, renyai jernih ini masih terasa panas dan selsema jiwa belum pernah ada
sedang hari ini, dingin di jiwa lebih jauh jatuh dari fahrenheit bongkah-bongkah ais di utara selatan dunia

kenapa ya?

bukankah suku acu yang sama untuk kek kasih semalam gagal menterjemahkan enak kek seperti yang sama hari ini?

bagi aku; semua itu ketentuan-Nya
kita, seboleh jiwa mahu jadi hasil bakar yang benar ranum buat senyum pada si penanti rasa di sekalian cuaca
tapi, kita hanya boleh sedayanya cuba sehabis upaya
dan selebihnya, Maha Esa yang rencanakan coret hidup yang lebih utama.

"ah, andainya aku lebih tahu"

~tapi, mana mungkin.~

"ah, andainya aku lebih mengerti dari pengertian aku yang dulu"

*senyum*