Wednesday, 31 March 2010

Mencari jalan keluar; mari kita...

Allah itu Maha Mendengar.

Allah itu Maha Adil.

Allah itu Maha Mengasihi.


Bila kita hilang dalam gelap, bukan disuruh kita pejam mati dan menangis tunggu mati; tapi berusaha cari jalan yang benar-benar membawa kita lurus kepada-Nya. Sebab dari Dia kita datang dan pada Dia kita pergi. Jangan jadi bodoh, sebab kita sendiri sudah benar-benar bodoh bila terdetik “Ah, tak ada siapa yang nak tolong aku bila aku susah”. Sebab apa? Sebab kita mencari ‘orang’ yang tentu saja lemah dan penuh dengan kelemahan; mana mampu depa datang jadi penyelamat sejati mu? Jadi carilah Allah. Carilah Allah dalam segalanya. Dan Allah tak pernah hilang walau mana keadaan pun; Cuma kita saja yang kadang2terlepas pandang kewujudan-Nya.


Mengerti?

Monday, 29 March 2010

Bukan jalan ini saja yang ada lubang, sana juga ada..

Ada orang bertanya pada aku "apa yang lebih indah dari menyusun bunga-bunga kasih menjadi pelangi di kala taman-taman hati penuh dengan rama-rama yang berkicau ibarat burung terbang"
Jawapan aku mudah.
"Hidup lebih indah bila kita bangun dari satu kejatuhan hidup, dan kita tekad untuk terus berdiri kuat; dan tidak akan lagi jatuh di situ".
Dan sememangnya itu lebih indah dari segalanya.
Memang indah.

ia begini. Kamu sudah pernah ada pelangi. Esok lusa kamu minta pelangi yang lain. Dan yang lain lagi untuk minggu-minggu lain. Nikmat hati akan jadi pudar bila hanya pelangi yang sama yang datang sebagai hantaran hidup ini. Nanti, rasa bosan akan jadi pengisi dan indah hidup tentu saja jadi tiada-apa-apa.

Tapi kalau hidup ini kamu tahu pasang surutnya. Kamu jatuh dan kemudian bagun. Minggu-minggu depan kamu jatuh di bonggol lain di jalan yang lain, kamu akan lebih menghargai satu-satu pelangi itu; amat-amat menghargainya; walaupun ia hanya ada buat pandangan kamu seminit dua. Kan indah begitu.

dan lagi satu.

kamu akan sedar bahawa Allah itu sentiasa ada kala kamu susah; dan sentiasa beri kamu sedikit harapan ketika dunia berkata kamu 'completely damaged'.

kan hidup ini ciptaan Allah, dan Allah tentu saja bisa mencipta kejutan dan magika lebih dari jangkauan kita?

Jadi, nikmatilah hidup dengan cara dan acuan Maha Esa, sebab esok lusa; bila di duga; jalan Maha Kuasa itu juga jalan yang kita kena pilih.

Oh, buat seketika. Biar aku pejamkan mata dan memandang pelangi itu. Ya, di depan mata aku ini. Mungkin lusa ia akan hilang. Dan aku perlu berjalan lagi untuk mencari pelangi baru.

Salam untuk semua. Permisi.

Saturday, 27 March 2010

Aku sedang bercakap dengan kamu; ya kamu!

Sedang setiap anak-anak kecil itu belajarnya jalannya di mulai dengan meniarap, merangkak, bertatih dan baru kemudianya berjalan. beratus dan ribu kali jatuh dan bangun. menangis itu sudah tentu. tapi, dengan ada usaha yang berterusan dan dengan izin Allah, anak-anak kecil itu bangkit dan menjadi si dewasa yang penuh dengan kedewasaan.

Kamu-kamu yang sedang kecewa itu juga pernah begitu.
percaya atau tidak, kamu sendiri dalam hukum alam yang kamu belum tahu tahap cinta dan sayang kamu pada diri sendiri?

Kita selalu pandang apa yang ada di depan mata, tapi terlepas pandang pada jurai-jurai makna yang tersirat di sebalik setiap yang ada di depan kita. Percaya atau tidak, sebenarnya kita lebih kuat dari kekuatan yang kita ada. Kita ada Maha Berkuasa yang sudah berjanji akan sentiasa bersama kita dalam doa yang kita kirimkan?

Namun malangnya; kuat atau tidak seseorang itu bukan pada apa yang dia ada; tapi lebih apa yang dia percaya dia ada.

Dan kalau saja kamu percaya kamu tidak ada apa-apa; jadilah kamu si fakir kehidupan; walaupun berjuta khazanah dunia ada dalam lipatan diri kamu. ya di bawah lipatan bibir dan telinga kamu, mungkin?

Aku keseorang sedang bercakap dengan kamu; ya kamu sang cermin.

Friday, 26 March 2010

Aku; mahu jadi aku sendiri

Seminggu aku tak update blog. Aku pun tak sangka aku boleh se-tahan itu. Maap la, dunia realiti aku (yang lebih realiti dari rancangan realiti tv 14' dekat rumah tu) sangat menyesakkan. Banyak benda nak dikejarkan sebelum rabu minggu depan; hari akhir aku dekat kilang nih. Tapi, sibuk-sibuk pun, aku blogwalking gak sekali sekala; nak lepaskan panas2kepala otak sikit. Siap kadang tuh tulis komen lagi panjang dari entri tuan rumah; mau esok lusa kena maki hamun keluar dari blog aku nih. Maap la ya angpa semua.

Hmm sudahlah pasal tu.
Ini satu; percaya atau tidak, aku sebenarnya seorang 'ignorant' sukses.

Maksud aku?
Aku tak berapa kisah apa orang cakap. Kadang2aku memang tak kisah langsung. Asalkan aku tau aku buat itu 'sebab apa' dan aku sanggup taggung apa-apa yang 'bakal' terjadi, itu sudah cukup untuk buatkan aku jadi 'telinga kebal'.

Alasan aku mudah saja. Aku mahu jadi macamana 'aku' yang aku pilih; dan kalau itu bukan apa yang 'orang lain' mahu. Anggap saja aku peminat musik asli dan kamu peminat underground hardcore music; atau sebaliknya; dan kita tak akan sama. Jadi, pilihlah; kalau suka, stay; kalau tak suka, blah.

Friday, 19 March 2010

Aku hanya ada ‘kalau’; tolonglah jika pada kamu ada ‘jawapannya’


Dalam setandan; ada saja sesikat dua yang rosak
Rosak yang jauhkan nafsu-nafsu selera jiwa untuk menjamahnya
Lalu di biar sesikat dua itu hitam busuk di situ

Sedangkan akal itu gunanya berfikir dengan kejadian
Menilai dengan hati; mendalam dengan jiwa, agar emosi bukan jadi raja
Dan rosak sesikat itu bukan suruh kita mem-batu; dan tunggu kulat2masam menjadi garam-garam dalam minuman; yang mana pasti bukan lagi manis; semanis yang kita pernah impi mimpikan.

Ingin saja aku jadi tangan-tangan besar yang bisa asingkan ulas-ulas rosak dari sistem saraf-saraf setandan itu:
Biar keluar benih-benih rosak jiwa itu; dan tentu saja aku relakan sikat-sikat di tandan itu rongak lihatnya; dan tentu bukan rosak ranum!
Tapi, itu hanya 'kalau'; dan aku sendiri tahu 'kalau' itu belum cukup jadikan aku adiwira sebenar

Ah, rosak lagi:
Dan dari jauh, aku cuma berharap ada lagi hati-hati yang bisa lintas jiwanya seperti aku; biarpun sedetik
Agar yang sesikat dua rosak itu di asing jauh; dan bebaskan setandan yang lain dari onar-onar gelap perasaan

Dan satu lagi;
Ini dunia reality:
yang aku hanya mampu; berdoa; Maha Besar lebih tahu semuanya

Kaki-kaki-nota-aku
setiap yang busuk itu akan kekal busuk sebelum ada usaha yang bisa merawatnya. Dan tentu saja sakit itu; apa saja bentuknya; adalah satu rasa yang busuk; benar-benar busuk; sebelum kita mampu menilai kenapa sakit itu datang; lebih-lebih lagi kenapa pada kita sakit itu datang!

Thursday, 18 March 2010

menangis itu bukan kerana mati; tapi kerana kita ada hati

Kita yakin-yakin, ada bunga di taman itu
Tapi; makin kita dekat; makin hilang harumnya
Dan ia terus hilang bila kita tiba; yang ada cuma sesal-sesal kesal yang kesat dalam hati

Rindu dan kasih kita jadi gundah;
Kasih dan percaya kita jadi pasir-pasir yang halus-halus dibawa berlkita dek udara panas di padang pasir
Semunya seakan jadikan kita si bodoh yang di perbodoh dan di gelak tawakan

Perlu akan ini kita menangis?
Pasti saja perlu; kerana kita sendiri ada hati; dan kita belum mati untuk buang ketepi saja perit sakit ini
Tapi nangis itu bukan untuk runtuhkan jiwa-jiwa yang kita bina selama ini
Biar tiap jernih-jernih jujur ini menitis ke bumi sebagai baja-baja sakti untuk kita lebih waja dari dulu
Supaya kita lebih kita pada esok; dan tentu saja kita yang lebih kita dari semalam

Hidup ini sendiri satu perjalanan, dan pancit-pancit roda itu cuma secebis dugaan untuk menguji iltizam hati; dan tentu saja bodoh kalau berhenti di sini; hanya kerana itu, bukan?

Kaki-kaki-nota
Tentu saja ini untuk kamu, dan kamu sendiri itu adalah aku; kerana aku bercakap dengan cermin-cermin di dinding.

Wednesday, 17 March 2010

biar aku terus melangkah; biarpun itu darah; parah

Semalam aku kutip batu-batu di tepi jalan itu
Satu persatu kemas masuk ke kocek hatiku
Biar berdarah di calar kelikir-kelikir itu; aku masih degil untuk teruskannya.

Pelahan-lahan
Kaki mahu lagi melangkah; biarpun basah persalinanku dengan darah2pedih di hati
Kerana jalan nyawa ini masih ada saki bakinya

Mungkin, gula-gula hidup semalam terkurung dalam pundi kencing aku
Gula-gula pelangi indah yang menjadi dinding-dinding realiti khayal aku buat sekian lama
Dan; seperti semua tahu; manisan itu menterjemahkan perinci rasa derita pada aku; pelahan-lahan dan berkesan
ya, darah-darah yang memercik keluar ini antara derita itu,
perit yang aku gagal untuk nyahkan dari hidup; tapi aku masih mahu hidup
maka; dalam keterpaksaan; aku biarkan saja sakit itu di situ; dan kaki aku melangkah saja; setelah penat menunggu lama

Sampai bila?
Yang itu biar takdir Maha Esa tentukan
Pada aku, biar aku langkahkan saja derap kaki ini
Kalau sampai detiknya nanti; ajal pasti datang;
Jadi datangnya; biarlah bukan pada aku yang meratap dengan seni merosak jiwa pada orang yang membenci; biarlah aku tamat dalam episod suka-suka yang aku belum nampak hari ini.
Maha Esa itu tentu saja Maha adil bukan?

Tuesday, 16 March 2010

Alhamdulillah, ni sume rezeki anak kan


Gagah-gagah gak, semalam aku Berjaya acukan surat resigned dekat bos. Dia tak bising, Cuma dia pujuk gak suruh stay. Siap umpan aku dengan ikan-ikan besar supaya aku kekal di sini; Maaf bos, keputusan dah di buat.
Ada orang tanya; Hang tak buat istiharah ker?; dan aku yakin-yakin jer jawab; tak.
Bagi aku; solat istikarah tu hanya akan aku buat kalau aku tak dapat nak buat keputusan. Kalau aku betul-betul buntu. Tapi sekarang tidak; aku dah ada preference aku sendiri. AKu ada kecenderungan. Jadi tidak adil untuk aku bersolat istikarah lagi. Kenapa? Sebab; kalau lah keputusan solat itu nanti bertentangan dengan kecenderungan aku macamana? Cukup taat ke aku nak abaikan pilihan aku untuk patuh dengan petunjuk Allah yang tentu2lebih baik itu? Atau aku akan engkar dengan petunjuk itu;macamana aku kadang2engkar dengan arahan amal-Nya; dan kalau aku sendiri akhirnya engkar, kenapa perlu aku buat solat istiharah itu sebelumnya?

Ah sudah. Aku peningkan kepala hangpa dengan kusut-kusut tali pintal alam. Ia tak sepatutnya sekusut itu. Ya, tak sepatutnya; sebab semuanya jelas mudah.
Jadi, memandangkan aku dah kosongkan jawatan nih, ada sapa-sapa budak akaun yang hangpa kenai dan nak keja dekat kuala kangsar, Perak; hangpa boleh la rekmen dekat aku. Nak buat macamana, aku sendiri kena cari pengganti tempat nih. Rasa bersalah pulak nak tinggal macam tuh ja. Mai la keja sini; untuk 3tahun pengelaman akaun; aku tawarkan keje Assistant Account Manager dengan gaji yang agak besar (untuk budak2kuala kangsar punya lebel la) dekat kilang jepon. So, sapa minat meh la apply yer. Lagi berumur korang lagi bagus.
Itu saja untuk kali nih. Dan jelas sekali ini bukan entry metafora yang selalu aku buat dan bukan entri kosong. Ini entri RAMPAIIKLAN dekat Utusan Malaysia. Jelas?
Salam

Monday, 15 March 2010

can’t fight the sunlight


That day
I saw lot of somebody want to be a 'sun'
Brings the shine and daylight to everybody
Draw the rainbow when the dark is gone
Create the smile on everybody face

But
I was not there
And always not there
I don't want to be a 'sun'
I just want to be a 'small-disposable-two-AA-powered-torchlight' on my mum's aging cupboard

Out of known world
I was anonymous.
And remain anonymous there
Until; the dark comes; and there is no other alternative; people (by force) will seek some lame light from me.


Of course, I will last no longer than that (Oh, credit for this made-in-china-AA-batteries)
But, before times come; I will always available; for a small strike of like; at least for somebody

That's all


Footnote:
I was, is and always be; there.

Sunday, 14 March 2010

Bodolog no 7: sedekah ke serakah?

Sedekah kita
Di mesjid, singgit dua inggit
Pada jogaton, lima atau sepuluh
Pada gelek inul, beratus

Amal kita
Di mesjid, sikit dan sikit
Pada jogaton, lama atau bepeluh
Pada gelek inul, basah tak putus

Erk,bukan korang,tapi kita!