Friday, 18 May 2012

Halus v2



Kita takkan boleh hidup dengan apa yang kita harapkan saja, kerana, Maha Esa hanya akan tunaikan apa yang perlu untuk kita.

Salah siapa bila pengharapan bukan seperti mana kejadian?
*senyum*
Tentu saja bukan salah siapa.
Sebaliknya.
Kejadian ini mahu menjadi batu loncatan.
Mahu bawa kita ke jalan Dia.

Dan salahkah kita?
Tentu saja bukan.
Ia hal hati; dan tentu saja kita terlalu sukar mengatakan ‘tidak’ kepada hal hati.

harus kita menangis untuk luka yang ini?
Pada aku; menangis saja lah.
Menangis.
Tapi; hanya untuk momen yang ini-ini; dan kemudian kamu bangun dan maju terus; dan lebih kuat.

Percayalah.
Perkara yang paling menyakitkan dalam dunia ini adalah apabila orang yang kita sayang tidak bahagia bila mereka di samping kita.
Jadi.
Doakan saja.
Dengan siapa; mereka tetap gembira. Selagi mereka ada Dia; yang Maha Kuasa.

Dan esok.
Akan ada hari kita.

Kan?

Thursday, 17 May 2012

Halus



Soal hati itu cukup halus.
Dan halusnya tak bisa kamu nampak,
Tak bisa kamu tepis; mahupun kamu gapai ambil.

Jadi, bagaimanakah mahu dikejar andai nak diambil nanti pun tak boleh?
Di biar diam, tunggu saja?
Atau mahu di advert sepelosok alam biar perit pekik didengar dan diambil perhatian?

*senyum*

Balik semula.

Hati itu halus.
Dan treatmentnya pasti halus.
Yang halus itu, andai dikejar, pasti di tiup angin makin jauh dari kita.

So, let it be natural.

Be calm.
Be yourself.
The best you; indeed.
And Allah will only give you the best when you are by yourself ‘the best’.

Dan tahu?
Dia bagai daun2yang ditiup angin dan berjinjit mencari kamu.

Dia tak perlu sebab dan aturan lengkap kalian untuk hadir.
Dia akan datang sendiri

Dan bagaimana tahu?

Kamu tak akan perasan.
Cuma.
Tiba-tiba degup jantung makin laju.
Makin pantas dari mampu kamu bilang.
Dan makin kamu tak ketahuan untuk itu ini.
Dan dalam diam, kamu jadi rindu.
Dan dalam diam, kamu cemburu tanpa akar.

Waktu itu,
*senyum*
And you will know what to do.

Sebelum itu?
Be yourself, and keep moving forward.
*smile*

Wednesday, 16 May 2012

Accompany



Percayalah, memiliki seorang sahabat yang cukup-cukup rapat dan menyenangkan adalah satu nikmat yang cukup-cukup indah.

dan lebih manis.

i prefer to stay with that scope rather than bring the subject to love circle in which we understood they involve heavily in significant change of emotion and approach.
be the best friend forever for the one who deserved; and Allah will arrange the best for you in every moment.

trust me.
if that best friend end up turn to be the best partner to life with; Allah will only turn the table at the right time and place.
if not; then you have nothing to lost and the rainbow will still bring the colour as bring as yesterday.

*smile*

Tuesday, 15 May 2012

Kenapa Diuji lagi?



Kerana, itu sendiri asal punca kejadian kita; yang sebenar-benarnya perlu lurus dan terus ke hadapan.
Bila ada simpang dan siul, Maha Esa ‘ajak’ kita tempoh dengan akal dan iman.

Yang di beri pada kita adalah semata-mata percaya yang Allah ada; ya, ada; dalam segala macam bantu dan petunjuk yang melangkau apa yang termampu kita leret fikirkan. Dan kerana Dia sendiri Maha Tahu, dan kita tak lebih dari menumpang saja.

Perlukah kita kalah?
Itu keputusan yang Maha Esa.
Pada kita, usaha sedaya mampu. Biar yang Maha Tahu itu buat tentu akan hujungnya.

Dan untuk berat hati dan kaki, melangkah lah terus.
Dan terus.
Walau perit mana; itu saja yang kamu ada.
Terus-terusan hidup; dengan tali pimpin-Nya.

Dan kita tahu; itu saja yang terbaik. Kan?

Monday, 14 May 2012

Nanti



Akhirnya, kita akan sedar;
bukan semua yang terbaik pada mata pandang silam kita adalah terbaik untuk kita.

Sebaliknya, setiap satu sejarah yang terakam semalam adalah satu sinar buat esok yang lebih baik; dihias bungkus cantik, untuk kita peluk kemas-kemas dan penuh mesra jiwa.

Dan kita harus yakin satu;
Bukan semua yang kita buang hari ini akan terus hilang dalam kusam pandang. Mana tahu, ada saja yang pulang balik pada kita dengan lebih indah cantum bunga-bunga pelangi.
 
Semua itu bukan kita yang atur, tapi kita kena patuh  dan akur dengan benar yakin Allah itu Maha Mengetahui.

Dan nanti, baru kita sedar; "Alhamdulillah, syukur dulu itu yang aku pilih".
Sambil tersenyum kecil yang cukup manis di luar sedar.

*senyum*

 * * *
Sejarah gemilang, sejarah kecundang, mahupun kedua-duanya.

Sejarah bukan wujud berkajang-kajang untuk esok datang menumpang.
Sebaliknya, untuk belek pandang pada apa silap semalam, agar lusa tidak sama memijak; dan kandas.
(quoted from entry Sejarah 15 March 2012)

Friday, 11 May 2012

Okay, dan Senyum.


Tapi bila hati runsing, jiwa tidak tenteram, berselimutlah dengan pekik rasa seperti mahu berbicara dengan dinding. Mahu menconteng tanpa fikir. Mahu berbumbung tanpa tiang; agar pekik sepelosok alam biar berdentang dengar.

Maka.
Ambil pena.
Menulis.
Dengan penuh jiwa.
Oh.
Bukan.
Dengan penuh amarah.
Dan terbitkan.

Huh.
Puas.
Sekejap.

Memang puas.

Seminit.
Dua.
Minit-minit.
Dan hati sudah sejuk.

Marah sudah mula hilang; tapi tulisan tadi masih berkumandang.
On laptop’, ‘login’ dan cari butang buang.

Oh.
Dan beratur komen mengikut. Dan bersusun ’printscreen’ menurut. Dan marah hati tadi jadi marah pada yang lain. Dan ‘delete’yang kita dan anggap saja tidak ada apa.
Dan hidup jadi semudah anggapan.

Kan?

Tidak.

Oh.

***

Hidup tidak selalu putih jernih.
Tidak juga terus gelap gelita menghitam.
Kita semua ada sisi nyaman dan tentu juga sisi gelap hidup kita sendiri dan kadang kita percaya ianya lebih kepada kelabu. Kelabu-kelabu, yang tentunya bukan kelabu taik anjing, kerana anjing itu haram.
Tapi kita yang pilih untuk tampil bagaimana.
Dan menjadi lebih pada yang mana.
Kerana.
Semuanya harus ‘hero yang menang’ Kalau tidak? ‘tentunya cerita belum tamat’
*senyum*

Thursday, 10 May 2012

Puas! Puas?


Lima jam bergerombolan dengan pencinta buku, dan kemudian berbondongan pulang dengan penuh naskhah di bimbitan tangan, masih juga terasa seperti tidak cukup sempurna. Dah demikian namanya manusia, tidak akan pernah cukup dengan segala-galanya.

Insya’ Allah, ada tahun yang esok untuk ditumpang hidup dan bernafas dengan harum naskhah-nashkah baru lagi.

Dan senyum terukir pada setiap ‘kami’, biarpun penat tak habis-habis memukul diri yang biasa dimanja dengan leka-leka dan buang masa.

Puas!

Cuma.

Aku takut.
Pada kemanusiaan dan kesempurnaan aku sebagai manusia yang mana-ada-sempurna.
Pada kebarangkalian; keghairahan merebut dulu naskhah terbaru, berautograf ‘life’ berdakwat basah dan merakam sekeping dua momen dengan sang penulis, bisa terusik dek senipis-nipis iman, dalam sesak berlaga pinggul, bersilang bahu, ber’ops’-‘ops’ dalam ‘tersentuh’ dan segala macam ‘setan’.
Ah.
Barangkali hanya ada makhluk ketiga andai duduk berdua, dan bukan dalam ramai.

Puas?

*senyum*

Matlamat tidak menghalalkan cara kan?
Dan cara itu kita aturkan, kan?

Takut; bila kita berperit-perit keringat untuk mencari Tuhan dan menegakkan pegangan; rupanya kita hilang dan menghilangkan pula.

*senyum*

Wednesday, 18 April 2012

Manis Ada



"Sesungguhnya, matiku, hidupku, adalah kerana Allah"

Andai itu yang benar-benar basah dalam jiwa dan rohani kita lebih dari basah-basah bahasa yang terluah keluar di bibir mulus kita, kan indah dunia?
Ah.
Kalau bukan susah, bukan lah hidup namanya, bukan?

Dan sesungguhnya, 
syukur itu lebih manis bila kita pernah rasa sukarnya menggaul sebatikan rasa itu benar dalam pelosok jiwa.

Tapi masih banyak 'aku-aku' yang tenggelam dalam kemanisan 'gula-gula' dunia yang membinasakan, sedang yang disarankan hanya manis pada madu yang benar tulennya.

Sesungguhnya, berpada-pada itu bukan ertinya pada berada-ada.

*senyum*

Tuesday, 17 April 2012

Boleh?



Takkan ini pun tak boleh?
Boleh, tapi bukan untuk khalayak

Kenapa tak boleh? Kan cantik ni?” mencuba lagi
Cantik itu subjektif sayang. Kamu yang mendefinisikannya pada pandangan kamu. Kalau pun tidak dengan yang ini, kamu masih tetap cantik kan. Malah, lebih cantik, kan?” terang. Biar panjang, asal sampai.

Kenapa tidak boleh? Kawan-kawan ada saja yang pakai sebegini. Mereka bertudung juga, tapi tak lah sampai tidak boleh bergaya manis. Melayu lagi. Jadi, kenapa masih tidak boleh ni Ma?
Yang dinilai nanti bukan apa yang orang lain buat, tetapi apa yang kita harus dan dituntut buat

Dan diam.
Konversasi ini harus dibiar dihadam dulu sebelum ‘mesra’ meresap seperti rencah kicap pada tumpah kuah kari ikan di juadah.

Sayang” lembut.
Jangan kita memelayukan agama itu sayang, sebaliknya mengagamakan Melayu itu sendiri.

Kan sama je tu Ma. Kalau Islam, Melayu lah. Kalau Melayu, Islamlah” dan seperti itu yang digambarkan masyarakat juga kan?”
Berbeda sayang. Yang masuk syurga itu yang beragama dengan Islamnya, dan bukan yang berbangsa dengan bangsanya. Kan?” kali ini, biar jelas.

Dan, harus lebih jelas.

Pink is a colour, not a gender. Religion is a way of life; neither simply a race nor simply a tag name” biar meresap dalam. Biar berfikir sikit minda keremajaannya, baru dia tahu harus duduk itu tinggi atau berdiri itu yang harus rendah.

Dan diam.

***

Bergayalah. Berfesyen lah. Tapi pada lingkup aturan dan kebenaran yang diberikan.
Kan aturan yang itu wujudnya bukan setahun, tapi beribu tahun; lantas harus kenapa peraturan lama yang mesti mengikut aturan baru?

Nikmat Maha Esa mana yang kita dustakan ya; barangkali?

Oh.

Monday, 16 April 2012

Berteman


Bermusafir malam. Tenang. Deru desir angin menjadi peneman. Jalan-jalan bersimpang siul dalam sunyi. Alun vokal Sheikh Saad Al Ghamdi mengisi penuh ruang pemanduan.

Meluncur terus. Laju.

Perlahan-perlahan, ruang gelap gelita yang tadi bersusun rimbunan hutan mula berlari meninggalkan pandangan. Tiang-tiang lampu mula beratur di tepi jalanan menjadi peneman; yang mana pemandu tadi dibiarkan bersendirian dengan panduannya.

Dan sehela nafas lega terbit. Bibir dan tak sesejuk seminit dua yang lepas, bagai terlepas dari dicekik manusia pada lehernya; kelegaan.

Jemari mencapai punat-punat di pemain cakera; dan beralih kepada mode radio. Kontemporari. Ada nyanyi-nyanyi dan ketawa manusia.

Dan kali ini baru tersenyum; puas. Dan sesekali tergelak kecil mengikut siaran, sambil tayar bergolek menyelit dicelah kota.

***

Oh.

Barangkali, qiraat sang qari dan qariah hanya harus beralun pada jalan-jalan sunyi yang berimbun gelap senjanya dan pada me-rai remang roma yang berdiri. Seperti juga naskhah kecil Yaasin yang berselit-selit di bantal anak berbuai agar tak dikacau rengek tidur si bayi nanti.

Selebihnya, biarlah kita berdansa dengan dunia sahaja. Kan?
Itu baru ‘cool’ pada tafsiran dunia, barangkali. Atau tak lebih dari satu hikayat hidup yang mati pada hidupnya.

Oh.