Friday, 13 April 2012

Dodoi-kan


Abang tidurkan anak ye?” tegur sang isteri pada suami yang tekun dengan iPad di genggamannya.
Abang lagi? Ayang la pulak. Karang, anak-anak ingat sayang tak nak dodoikan mereka” rajuk sang suami. Oh. Sesekali, bertukar tangan tak salah kan?

Kan biasanya abang. Tak apa kan?” pujuk sang isteri. Lebih memujuk dari tadi.

Salah memanglah tidak. Cuma” mata suami bertentang mata jernih isterinya. Mati kata sejenak. Oh.
Cuma, sesekali ayang menikmatilah momen mendodoikan mereka” Sang isteri senyum. Ya, seperti selalu juga, senyum yang ini manis letaknya.

Terima kasih untuk itu abang. Ayang tahu, apa beringat-ingat untuk ayang kan. Cuma, kali ini boleh abang yang dodoikan lagi?” ah, jerat tak mengena juga!
Kalau abang katakan tidak?

Kali ini diam.
Dua-dua diam. Membiar denting saat di jam dinding mengisi ruang masa.

Boleh, tapi dengan satu janji” mengalah juga akhirnya.
Syaratnya?” kali ini beralas senyum, Rasa seperti bisa bebas untuk kali ini, barangkali.

Nanti...” dan sengaja dia diamkan. Sesaat. Dua.

Kalaupun tidak mendodoikan sang puteri pun, boleh tak abang tak berkhayal dengan dunia iPad abang saja? Sesekali tadabbur Quran hantaran hari tu boleh? Kalau abang takut bukakan reben hiasannya, nanti ayang buka kan, boleh?” ah.

Tak pun, abang dodoikan ayang dengan wirid dan zikir, boleh?” dah.

Ni, harapkan mendodoi anak jer abang berzikir, selebihnya berdikir dengan entah lagi ada lembu nak jaga lah apa lah kan, boleh?” terkena.

Apa lagi nak dijawab bila ‘ah-dah-terkena’ kan.
Senyum saja.
Kelat, pada sang suami. Tapi manis bercahaya pada sang isteri. Paling tidak, terlepas dia dari menjadi orang yang rugi momen ini, barangkali.

***

Jangan dibiarkan zikir itu menjadi komoditi untuk kamu ‘barter’-kan dengan tidur sang anak. Sedangkann, ia lebih dari sekadar alunan dodoi. Ah, tentu saja kalian lebih tahu. Kan?

*senyum*

Thursday, 12 April 2012

Kereta Baru


Cermat pulak hang ‘drive’ hari ni? Selalu macam hantu je pandu
Kereta baru ‘bro’. Kena jaga. Bayar beribu, takkan aku nak taram melulu ye tak?

Kemudian, ada lubang di jalan. Entah kontraktor yang salah kerana jalan tak ikut spesifikasi atau spesifikasi yang salah kerana tak patuhi aturan ukuran. Entah-entah, pengguna yang salah?
Kereta kian perlahan. Mengelak lubang tadi.

Agak-agak la kalau nak jaga kereta pun. Lubang macam tu pun nak mengelak sampai nak ter-berhenti kereta ni
Kereta baru ‘bro’. Lubang kecik pun kalau kerap langgar boleh rosak ‘absorber’. Boleh gegar badan kereta. Jadi macam kereta lama la pulak dia. Nanti tak sedap la ‘drive’. Lu mana tau. Lu kereta pun tak ada

Dan diam. Biar ruang ‘bridge’ untuk bising-bising dari radio mengisi ruang.

Kereta hang jaga, diri hang tu?” dan pemandu tak menjawab. Tak faham barangkali, atau sekadar menuli diri?

Hang pun dah tak macam ‘kereta baru’, yelah asyik langgar larangan hukum tuhan. Jarang ‘cash wash’ dengan wudu’ kan. Tu yang longgar goyang semacam. Tu yang kalau langgar lubang besar pun hang dah tak kisah sebab dah biasa. Dah buruk kan?

Aik, ni citer pasal aku pulak ni ‘bro’, kang ada yang berjalan sat lagi ni?
Aku pesan jer. Kalau-kalau aku mati pun, setidaknya aku buat benda baik.

Dan diam.
Terkena.
Oh. Tahu dah pun, Cuma menidakkannya sahaja. ‘Sigh’.

***
Kalau asyik dilanggar aturan Tuhan; kecil mana pun dia, lama-lama ‘absorber’ diri bisa juga senget dan merosak diri, dan ‘chassis’ sendiri bisa bergoncang gegar tapi kita tidak sedar; atau sekadar tenggelam dalam keterbiasaan.

Percayalah; bacaan kilometer dah sampai untuk servis berjadual. Jangan kita asyik beralih waktu untuk ‘refreshment’-nya, takut berhenti tanpa amaran, berhenti sebelum waktunya. Ah, waktunya sendiri kita tidak tahu kan?

Friday, 6 April 2012

Baca


"Baca novel?" sapa lembut, sambil mengemas galas-galas dari bahu ke 'comparment' yang sewajarnya.
"Yup" pendek dan berangguk kecil tanpa mata pindah dari naskah yang penuh di telapak tangan.

"It is your passion, or simply to kill the time?" sambil membetul duduk di dudukan bas. Perjalanan jauh kalau dibiar salah posture-nya, pasti undang dosa kering membebel sudahnya.
"It is my soul" dan senyum.

"You know what, first Quran verse is 'Iqra'; or read" tambahnya  lagi, dan senyum. Yang ini manis.

"That 'read' should not be 'novel' i supposed?" sinikal.
"As long as you have good words; in whatever form, it is worthful to read, then just go ahead. Nothing is absolute no in reading; at my perspective at least" dan senyum. Oh, menyerongen barangkali. Kali ini sinis.

"Kalau aku, mau muntah membaca dalam perjalanan"
"Pernah cuba?"
*mengeleng* dan balasnya sebuah senyuman.

Satu dua momen pelik berlalu, dan kemudian memilih untuk tidur saja. Yang berbuku, dah lama hanyut dengan dunianya. Sesekali, ada senyum tersimpul halus dan kecil-kecil ketawa berseli antara naskah bacanya.

***
Ada tiga jangan-ngan.

Jangan hanya berbicara atas pengalaman orang dan kamu katakan ianya kamu. Cuba. Dan percayalah, membaca itu satu kenikmatan, selagi mana kamu tahu untuk menilai setiap naskah; biar buruk mana pun ia.

Jangan kamu bunuh sosial kamu hanya kerana kamu mahu mati dalam bacaan kamu; sedangkan dunia ini perlu ada penjiwaannya juga. Dan tidak salah hidupkan marhaen yang mati dalam bacaannya dengan naskah lisan yang berbaloi untuk di'baca'nya.

Jangan berhenti menulis selagi mana kamu mampu, kerana setiap eristiwa dan jalur kata pasti ada cubit-cubit yang berbaloi untuk disimpan. Dan jangan hanya membaca apa yang kamu mahu, sedangkan banyak lagi yang kamu perlu tahu dan adanya yang kamu tidak pernah terfikir untuk mahukannya.

*senyum*

Wednesday, 4 April 2012

3 Jawapan

Bagi soalan pertama yang kalian 'barangkali' mahu tanyakan untuk layout baru, ini jawapan aku:

Untuk soalan yang pernah ditanya seorang dua terdahulu dari yang ini, jawapannya seperti ini:


Dan untuk yang bertanya siapa aku selama ini, ini sekadar yang mampu aku kongsikan:


Saturday, 31 March 2012

Layang


Sesekali mencampak emosi pada layang kosong jadikan aku seorang pemalu.
Membiar bising jiwa di dengar manusia lain pastinya amat sulit.
Tapi, sedetik ia terbit, lekas hilang sempit yang bersarang; lekas jadi lapang.
Dan lantakkan saja pada natijahnya; janji aku tak mati dalam diam rasa.

Barangkali ini berbeda dari kebiasaan; tapi, menjadi manusia, kadangnya aku harus menjadi sisi aku yang dalam, dan diam.

*senyum*

Semoga, untuk kalian, ada rahmat Tuhan yang membuka belit jiwa jadi rasa yang mengamankan.

Dan percayalah,
Biar penat berlelah sepanjang jiwa memanjat banjaran rasa, asalkan sampai kemuncaknya nanti, hilang perit itu, dan bergalang ganti jujur pada senyum yang terbit tanpa kamu rancang.

Allah itu Maha Merancang lagi Maha Adil. Pasti saja ada imbuhan besar pada yang sabar.

kan?

*senyum*

Friday, 30 March 2012

Hijau II


Biar saja dua puteri itu menjadi seri warna kita; dan sekilas pun sayang ku tak pernah hilang.
Untuk kamu, seperti dulu, dan biarlah ia bisa aku ranumkan pada jalur-jalur pelangi yang berbilah ganti.


AJ.25Mac2012

Thursday, 29 March 2012

Hijau



Pada bilah bahasa mu, aku bau resah risau mu.
Aku tahu, rasa sayang itu buat kamu berjaga; biarpun pada mimpi mu.
Untuk itu, ‘marah’ saja pada culas ku yang berbaki.
Biar saja rasa jiwa ku basah dengan peluk sayang mu yang masih rumpun hijau; biarpun beralih waktu.

AJ.25Mac2012

Wednesday, 28 March 2012

Ingat Itu


Pada lerai masa,
Pada inci kisah,
Kadangnya genggam aku tak pernah cukup padamu,
Ada saja yang berjujuran tiris tanpa aku pandang,
Namun,
Secubitpun rasaku tak bisa terbias,

Cuma,
Maafkan pada aku yang secukupnya aku ini.
Dan syukur,
Kerana kamu pelengkap rusukku.

AJ.25Mac2012

Tuesday, 27 March 2012

Hati

Kadang.
Harus biar pejam;
dan benarkan hati yang berlari sendiri, menafsir birai angin yang mengusik gegendang dengar.
Harusnya,
hati lebih bisa bertemu hati.
Cuma.
Andai hati sendiri separuh masak,
bagaimana mahu terasa ranum kunyahnya nanti?

AJ.1Feb2012

Monday, 19 March 2012

Telinga



Sakit telinga, Doktor
Ya Allah, sampai macam ni jadinya? Ni dah luka, dah tersumbat ni” dan riak wajah doktor itu menampilkan risaunya. Risau yang jujur.

Korek telinga dengan pengorek besi tu Doktor. Tu yang sampai luka begini” jujur.
Sebenarnya, pakai kutil kapas pun tak elok, inikan pengutil besi. Telinga ni tak payah dikorek patutnya. Nanti jatuh sendiri najis dia.

Tau, telinga ni dindingnya lembap, senang terluka, tapi kadang tu tak tahan gatal telinga doktor. Korek sedap sangat tu yang luka tu” sambil tersenyum. Mana tidak, salah sendiri barangkali.

Dan hanya senyum manis yang dibalas doktor itu, sambil dua tiga geleng halus menjadi iring.

Oh.
Manalah tahan kalau dah bergatal-gatal di telinga pinta diusik buang; pasti dicapai apa yang ada di gapaian dan selesaikannya sesegeranya. Dan kita semua tahu, mengorek telinga itu sedap; dan dalam sedap itu sendiri kita terluka; mudarat dan sengsara.

Begitu juga hidup.
Bukan berlaku salah kerana jahil segala arah. Cuma, kadangnya kita terjatuh pada goda sengsara dan biar redah saja pada kata hati; biarpun tahu akibat nanti-nanti.

Berjumpalah dengan ‘Sang Perawat’ sebelum terus bernanah dan tersumbat ‘telinga’ kita nanti. Hidup kena tahu sakit pada jatuh; bukan untuk mengeluh tapi sedar dari tersengguk-sengguk lena.