Tuesday 28 December 2010

Sendirian Tanpa Kerusi

Berdiam saja.
Berjuntai kaki.
Beralun-alun penuh kosong; tanpa daya yang benar, dan tanpa atur irama.
Pandang terlempar jauh.
Sejauh yang benar jauh, hingga si empunya sendiri belum tahu hentinya.

"Barangkali, begini jiwa kosong."

Lebih kosong dari baju cap ayam yang tulis terang katanya ‘Aku Jiwa Kosong’.
Bodoh.
Pengilang pasti bukan si bodoh itu, mereka benar hujan lebat-lebat sampai tiris jemari bersepuluh menadah laba.
Si pemakai aku kurang pasti, barangkali si polan tak kurang dari seorang perisik yang berlagak kosong dan membiar dilihat sebagai polos yang tidak ada apa-apa.
Jadi?
Mungkin kita; yang bagai bangsa malu bertanya dan segan menegur. Berkawan dengan bimbit gajet ditangan dan bukan dengan susun jasad di taman bagai dulu-dulu.

Mahu dilihat seperti mereka yang ramai itu, aku sendiri jadi bodoh.

"Oh. Masih di sini rupanya."

Masih beralun dengan irama kekerapan yang sama, dan dengan pasang kaki yang sama.
Seorang.
Berseorang dari jasad manusia yang lain.
Dan sunyi.

Barangkali hujung hayat aku esok-esok sunyinya begini ya? Itupun kalau mukar nakir cuti.
Ah.

***

Tuju hidup itu tahu, tapi tak benar kejar.
Halal haram itu tahu, tapi tak pernah kisah.
Biar semua jadi halam, halal pun halal, haram pun bedal.
Wajib dan larang itu tahu, tapi endahnya jarang.
Bila jatuh dalam-dalam, baru nampak Tuhan.
Hidup tak ada button redo undo, tapi kena terus; dan tak pernah akan ada hujung

***
"Allahuakhbar ~ Allahuakhbar"

"Ah, Zuhur."

Hayun berhenti.
Turun.
Melangkah pelahan.

Kemana?
Hanya Allah yang Maha Tahu.

Wednesday 22 December 2010

"Awak suka saya?"

Erk.
"Kenapa dengan soalan tu?"

"Salah?"

 Ah.

"Bukan. Cuma, kenapa bertanya?"

"Saja. Mahu tahu. Boleh?"

*senyum*

"Awak nampak macam saya ni tak suka dekat awak ke?"

Ala.
"Bencilah. Mana boleh soalan di jawab dengan soalan."

*senyum*

"Jadi?"

"Awak belum jawab soalan saya lagi lah!"

"Sebab itu juga, soalan saya pun awak tak nak jawab lah ye?
"

Ah.
"Awak yang patut jawab dulu."

"Maksud awak, memang patutlah awak yang bertanya soal dulu ya?
"

*diam*

berpaling pada sudut lain
bibir mencari sudut darjah muncung yang lain
ah, muncung lagi
lagi sedikit
ya.
sedikit lagi
ha, yang itu.
muncung yang bagai itu.

"Maaf."

Pelahan di rangkul kemas tubuh tersayang dalam jiwanya. Biar rapat-rapat penuh.

"Maaf andai saya bukan seromantis yang awak damba pintakan. dan untuk yang hal tadi, pada saya hanya ada awak sahaja yang mampu jawabkan. Awak lebih faham itu kan sayang? Boleh?."

*angguk pelahan*


***
Dan yang mahu pada mereka bukan semata-mata rasa-rasa, tapi kepastian.
Yang keluar dari madah dan laku kita lebih kepada janji, dan mereka pegang itu; kuat-kuat.
Ucapkan lah selagi kamu mampu, sebab esok belum tentu ada.
Jangan tangis yang lepas-lepas sudah, itu pasti bukan untuk kamu; paling-paling pun bukan untuk sedetik ini.
Dan siapa yang mula tak pernah ada peraturannya.
Cuma.
Peraturan itu ada bila berpacaran.
Dan yang didakap itu biar halal. sebab haram yang ini bukan boleh samak-samak; sampai bila-bila.
yang itu, pasti.

Tuesday 21 December 2010

sungguh. sungguh?

Sesungguhnya
yang terjadi itu bukan semata-mata hadir untuk mengisi ruang-ruang lapang hidup,
tapi
mahu bawa cahaya yang lebih terang sinar dari yang kujung semalam;
agar wujud kita nanti, ada makna, ada jasa.
***

Moga yang berlari dan terbang itu bisa kita lupakan terus,
dan biar hati kita berpaut peluk hanya pada apa yang bisa kita genggam kemas di jemari polos kita.
Moga yang kita hargai itu adalah kamu-kamu yang tidak pernah jemu menghargai kita yang buta hati ini.

Monday 20 December 2010

Kejar kemari atau lari menjauh?

Dengan penuh rendah jiwa,
Aku melutut,
menghadap sujud semalam
Kusut yang bersarang lama aku cuba leraikan pelahan-lahan,
Mencarik selembut daya yang mungkin,
Tapi,
Ah, semuanya bersimpul mati.
Hanya kordinasinya yang lari,
kusutnya tetap berkurung sama.

Ya Rabbi Ya Qayyum
Aku pohon kekuatan menempuh duga yang ini, dan bimbitkan hati aku dengan peluk sabar yang kemas. Moga aku bisa berjumpa hikmah semua ini, esok, atau lusa
Ameen

Pelahan-lahan aku kesat alir dingin yang berbaki di sekak mata aku.

***
Andai yang aku kejar itu bukan baik untuk kita,
biar saja aku terjatuh dan sungkur dari kejap langkah aku.
Elok yang sakit itu sekejap ini,
dari menjadi teman perit aku panjang-panjang.

Wednesday 15 December 2010

Bagai gula-gula cokelat.

Mencair bila panas
Andai dicuit dengan jari-jari halus itu,
pasti melekit-melekit dan tak mahu lepas-lepas.
Membiar wujudnya itu bisa benar-benar merimaskan.

Ah.

Bila sejuk dinginnya nanti,
Hilanglah melekit-lekit pada jemari itu,
dan menjadi beku.
Hadirnya pun kadangya tak pernah kita sedar.

Ibarat kasih.
Wujud hadirnya melekat seluruh jiwa dan berlebihan akan buat tuan jadi tak keruan
dan esok-esok, bila sejuk, hadir pun kita tak pernah sedar.

Ah manusia.
Bagai-bagai.
Yang penting, penting tetap akan kekal penting.

***

Semuanya yang hadir bukan datang kosong;
dan biar pulang nanti juga bukan dengan kelosong peluru yang sudah pun kosong.
Cumanya;

Andai yang kamu andaikan aku ini sudah benar cukup pandainya,
Dan aku gelak selesa dengannya,
Maka, akulah yang paling bodoh pernah ada.

Tuesday 14 December 2010

Yang aku sayang.

Berikan aku selimut yang tebal-tebal.
Supaya dingin keseorang ini aku bisa campakkannya ketepi,
dan lena;
lena yang cukup benar panjang,
walaupun,
ada jernih yang tiris dari celah-celah kelopak mata aku.
Moga yang kuat itu bukan hanya jiwaku, tetapi juga nadiku.

***

Hanya ada kamu yang buat aku rindu.
Biar puteri kita menjadi baja-baja indah,
dan putera kita nanti menjadi tiang seri bahagia kita nanti.
Dan pada kamu,
Kita doakan sampai akhiratlah sudahnya syurga kita.
”Ameen”

***
Yang aku sayang bukan pakai dan bayang kamu,
tapi kamu yang bernafas dengan nadi jiwa kamu itu.