Tuesday 24 August 2010

O F F L I N E ( a g a i n )

Dear all, i will be away for a while.
Thus, don't expect me to spit out anything here; for quite sometimes.
This 'home' will left open for any visitor; but sorry, i have no dates left to share with you; at this moment.

For mukminin and mukminat; behave yourself.Allah grant you nothing more than those you can handle; and bring you closer to HIM. It is your say; either you come closer; or not.


With Allah will, I pray for everyone's happiness; here and life after.

Salam Eid Fitri to all my beloved bloggers; in advance.
But please don't forget that; Fasting itself is the 3rd pillar of Islam, and not the 30-days of 'raya' =)

Assalamualaikum

Monday 23 August 2010

"Boleh saya cuba pandu yang ini encik?"

"Maaf Tuan. Yang ini, hajatnya hanya untuk pameran. Untuk usik pegang. Yang boleh di uji pandu itu tak ada hari ini, keluar. Nanti-nanti Tuan datang lagi, boleh?"

"Yang ini tak boleh pandu?"
Mengeleng pelahan. Sambil mulut menguntum senyum.

"Model yang hatchback ada tak?"
"Ada, tapi tak ada yang dipamerkan di sini. Tuan boleh tengok brouchernya di sana ya"

"Eh dibelakang itu kan ada" sambil telunjuknya ligat menuding ke luar. Dengan kasar bahasa.
"Ya, yang diluar itu. Boleh saya tumpang tengok belek?"
"Ah, itu sudah ada tuannya. Sudah ada yang membeli. Saya tak boleh pinjamkan tengok."

"Ah, sama saja kan. Bukan tuannya tahu"
"Maaf Tuan. Amanah. Tuan sendiri tak mahu kereta belian Tuan di pinjam tengok buka dan tutup pihak lain bukan?"

"Huh" Mengeluh.
Kemudiannya mendegus pelahan.

Memandang sana-sini lagi.
Kemudian beredar.
Beredar dengan tangan kosong.


* * *

Kereta showroom itu pasti sama saja kan dengan kereta yang lain? Cumanya, dia dah dibelek tengok dan diintai sana-sini. Ah, isi enjennya tetap sama. Cuma yang beza, sedap buka dan tutup dan calar balarnya. Yang lain, sama saja dengan yang lain.
dan sebab yang sedikit itu, pembeli sudah pandang yang lain. Dan showroom itu sendiri pasti lebih murah nilai di mata orang, bukan?

dan yang test drive itu bagaimana?
itu...kalian nilai sendiri ya.

Cuma aku pesan, bila dah dibayar booking fees, kereta tidak boleh dibawa pulang. Tunggu dibayar penuh muka dan akad jual beli, baru haknya berpindah tangan. Kalau tidak, tunggu saja.
Ya lah, mana tahu, ada saja yang membatal beli selepas hajat berpindah niat bukan?

Dan yang sudah beli pun, bukan boleh dilanyak habis kereta itu tanpa jaga! Kita bukan mahu beli ini untuk sampai esok sajal; tapi sampai bila-bila.

Metafora hidup ini kan begitu:
calon kereta itu ibarat calon pasangan hidup kita.
dan pertunangan itu tak lebih dari hanya sekupang dua 'booking fees' yang belum tentu natijahnya; bukan?

Friday 20 August 2010

Jadi, pilih lah...

Ah, sedap semuanya
Bisik hati memandang tiap hidang jual di petak niaga.
Ini yang sukanya di bazaar, pilihannya bukan main-main.
Petik saja apa yang difikir, pasti ada di bentang niaga.
Pilih saja.
Di sini, selera nafsu jadi raja jadi ratu.
Tahu yang makan ini takkan habis, tapi masih dijinjing bawa pulang dengan hati bangga seanteronya.

pasti puas aku malam ini

Tapi.
Nadanya hilang bila azan jadi teman corong-corong audio.
Selera jadi sampah.
Yang dipuja bagai gila, rupanya berasa kosong.
Warni di hidangan rupanya hanya tempelan jaket baru dari kain kertas. Baru disentuh tangan basah dengan saki baki kurma, sudah koyak dan nampak rupa benar warna.
Dan selera putus tidak bertali.

Sial. Beli saja itu ini, tapi semua sampah
Ini bukan makanan berbuka, tapi sampah hina

Memang ke tong sampah sana juga yang sampai.

Diam seketika.
Pelahan-pelahan menyalakan api rokok sambil meletakkan gelas kopi jantan yang sudah tidak berbaki tadi.

Ah, bazaar ni memang macam hampeh. Esok aku cari bazaar lain” tanpa mood. Muka serius seperti mahu ada yang dimakan baham kalau di ajak berbincang.

Terus di situ. Sambil punat-punat astro di petik.
Dan bila lama lagi, sekali lagi muazin ber-azan di corong audio, dia masih disitu.
Yang beralih hanya gelas kosong tadi, dan saluran astro; dan kepul asap-asap rokok itu.
Dia? Masih di darjah yang sama; sejak tadi.

***

Narator:
Yang dibeli tadi ikut nafsu atau perlu?
Yang dipilih tadi ikut senyum manis si gadis jual, atau ikut nadi lapar yang ditahan-tahan tadi? Ikut iman jiwa, atau ikut kiblat menggila?
Kan dah diberi pesan.
Pilihlah juadah kamu ikut gerak iman. Pilih yang berkhasiat. Pilih yang tentu baiknya. Dan bukan hanya pilih pada lawa pamer dan cantik si jual.
Seperti pilih jodoh.
Yang berkhasiat itu yang beragama. Yang baik itu berketurunan dan berilmu. Dan jangan hanya pilih pada lawa pakai luarnya, dan cantik ketuk lengkuk tubuhnya. Takut-takut, tersalah pilih ikut nafsu, terpaksa dibuang ke sampah juga nanti.
Tapi kan...
Yang memilih itu perlu jadi berkhasiat dan baik dulu kan?
Kan dah tentukan yang berkhasiat itu untuk yang berkhasiat, dan yang sampah itu untuk sampah.
Jadi, pilih lah...

Tuesday 17 August 2010

Seperti ombak

Ada kalanya tenang kecil
Berkocak lembut
Bagai alunan lembut sutera di gemalai tubuh sang jelita

Tapi ada kalanya kasar
Memberontak terang-terang
Habis seluas pantai dihempas pukul
Dihenyak betul-betul

Tapikan,
Berubah mana la sangat pantai itu?
Sabarnya masih sama kan?
Walau dalam-dalam benak jiwa, dia tahu yang esok lusa pasti akan sama.

Skrip yang sama.
Sama seperti dulu-dulu.

Adil ke semua ini?

Satu ja.
Maha Esa itu juga Maha Adil.
Dan Maha Benar dengan janji-Nya untuk setiap kebaikan itu dibalas dengan kebaikan, dan keburukan itu dibalas dengan keburukan.
Sodakallah.

p/s:
hidup ini bagai ombak dan pantai kan?
dan hukum pada kita juga pasti sama dengan hukum pada ombak dan pantai kan?
Subhanallah.

Ah, aku pun sama

Sama dengan yang lain.
Sebab insan itu aku sendiri.
Maka, dah ditentukan yang makhluk bernama insan ini hidupnya ada pancaroba; ada duga coba; dan ada benci suka.

Yang aku kejar dulu adalah itu.
Bila digendongan aku ada 'itu', aku jadi lemas dalam complecant diri.
Dan makin lemas.

"Setanlah"
Benci.
Dalam-dalam, sudah muncul sakit dengan hati.
Tenang bukan hal biasa lagi.
Aduh.

Ku dah bukan aku?

Friday 13 August 2010

Pohon itu daunnya lebat.

Lebat sangat.
Hijau merimbun indah.
Lagi indah bila disimbah dengan biasan cahaya jingga menjelang menyinsingnya mentari.
Memang indah.

Dan seperti yang lain; hijau itu bukan hakiki ada.
Surut-surut dia akan gugur jatuh.
Ada yang gugur bilamana sudah lama mengering di atas dahan.
Dan ada juga yang melayang jatuh biarpun masih hijau mentah; dek kerana masanya sudah tiba.
Bila masa yang lain?
Itu semua rahsia.
Ada hijab yang Maha Besar menyimpan rahsia itu.
Cuma yang kekal pasti; sampai masa gugur juga.

Seperti hidup.
Kita yang hidup.
Dijemput itu sudah pasti.
Cuma, soalnya bila.
Jawabnya; bila-bila.

Asalkan kamu gugur saja, pasti menyembah bumi.
Cuma moga, sebelum gugur kamu, sudah kamu menyembah Maha Esa terdahulunya.

Thursday 12 August 2010

Kisah 2 tahun dulu.

Di muka pintu.
Memandang luar yang hijau. Hijau dengan lalang. Ah, itu tapak untuk rumah sebelah.

"Along dah kawin"
"Anyah pun dah kawin"
"Nanti Achik kawin pulak"
ah bebel saja budak kecik ini.
Ya, budak yang tadika Kemas yang ada pintu tandas berlakaran Spoungebob ini memang begitu. Ada saja yang dia fikirkan.

"Hmm" pendek jawab mak.

"Nanti kan mak..." sedikit kepala ibu di angkat memandang pada si kecil itu.

"Kalau semua dah kawin, semua dah pindah, siapa nak jaga mak?"

Erk.

"Biar amei la jaga mak yer. Amei ambik mak. Amei kawen dekat-dekat la kemudian jaga mak"

Ah.

Nota:
Aku sendiri belum fikir seperti itu. Tapi, dia sudah.
Budak kecil itu jugak budak yang sama berkata hal ini di Pasar Payang Kuala Terengganu bulan lepas
"Kakak, boleh tak amei nak beli kain batik ni bagi mak? Ni arge 26 ringgit. Mak bagi amei nak belanja 20 inggit. amei ada bawak duit amei 8 inggit. Boleh tak akak".
Ya, budak yang sama.

Maaf, senyum aku tak secantik senyum yang lain. Betul kan meen? =)

Entah la.
Cumanya, kadang-kadang aku rasa Ramadhan yang ini macam Ramadhan akhir aku.
Jadi aku minta maaf semua ya.
Aku pasti ada salah. Pasti ada silap.
Mohon maaf atas itu.

Yang sahihnya, ada seorang saja yang membaca lembaran ini kenal aku berdepan; yang lain hanya berkomunikasi dengan medium monitor ini. Dan aku yakin aku senang dengan cara ini.

Meen, aku minta maaf ya. Aku tau salah aku dengan hang cukup banyak. Kalau tak, takkan nama aku kawan baik hang kan J. Dan aku doakan hang sekeluarga bahagia dan gembira sepanjangnya. Insya’Allah kalau ada ketentuan, boleh aku rasa nikmat persahabatan ini di Firdausi nanti ya. Jaga dia seperti mana hang jaga diri hang. Behave ya sis. I know you know the best; for you and others. Kalau betul jadi apa-apa, tolong menulis disini; bagitau yang lain ya :)

Rakan bloggers;
Alhamdulillah. Aku cukup senang kenal kalian dengan membaca kata hati kalian. Tak payah tentang mata pun aku dah merasai syukur hidup berteman. Terima kasih. Aku pohon maaf salah silap buah bicara aku dengan kalian. Ya, kita takkan berdiri dalam satu nada bicara, tapi paling tidak ada equilibrium di antara nadi kita yang boleh di bawak bincang. Dan sesungguhnya aku tidak lebih dari seorang tua yang berdiri capek dan menulis di cermin yang penuh dengan habuk. Nampak dalam tidak. Kalau kalian nampak, bacalah; mungkin ada sedikit yang boleh aku kongsikan. Kalaupun tidak, sekali imbas pun sudah cukup. Aku bukan budak seni yang pandai menganyam bunga2pelangi menjadi wangian kejora, tapi aku cuma seorang perantau kosong; yang ada sekupang dua untuk di ajak berkongsi.

Aku senang dengan kalian. Terima kasih.
Dan anggap lah entri ini sekadar satu entri biasa yang saling tak tumpah sama dengan entri lain.

Cuma aku pesan; kalau ada yang baik, panjang-panjangkan. Kalau tidak, simpan buat pengajaran bagi kita manusia yang tidak pernah sempurna.
Kalau jumpa Sufia aku besar nanti, tegur dia ke jalan-Nya ya. Ameen.

Sahabatku sekalian; selamat beribadah ya. Assalamualaikum

p/s: Alhamdulillah. Aku sihat walafiat sampai hari ini. Ya cukup sihat =)

Tuesday 10 August 2010

K U R A P!

Salam. Ok, entri nih boleh komen. Memang ada 2-3 entri yang aku tinggal tidak berkomen. Saja.

***

Apa yang digaru-garu tuh. Malulah.
Ah, aku gatal la.


Kurap?
Bukan. Bukan kurap. Aku bukan anjing kurap.
 

Habis?
Ringworms. Hehe
 

Tak ambik ubat?
Malu lah. Takkan nak aku kangkang depan doktor. Garu sudah.
 

Ko garu lagi melarat. Lagi besar. Esok2kalau nak kawin pun kena rejek. Nanti habis bisa semua bahagian.
Ala...
 

Ye. Betul la. Lagi garu lagi besar. Kalau tak ubat sekarang lagi teruk. Nanti semua pun jadi kurap.
Ringworms la.
Ya, what ever. Stubbornness is part of your default element rite?


***
Kalau sakit. Pi berubat. Garu tuh short term jer. Boleh reda sat jer. Tapi bisa tetap ada. Lagi merebak. Lagi sakit. Lagi teruk. Lagi buruk. Esok lusa kalau dah terlalu teruk, tak dapat ubat baru tau.

Macam hidup. Kalau ada najis2dalam jalan hidup kita, treat satu persatu dengan betul. Jangan pikir short term ja. Esok lusa, makan diri. Jadi bisa lain. Jadi hina. Sapa susah?

Hidup kena fikir jauh. Fikir destini. Itu sebab ada syurga, ada pahala. Betul?

Monday 9 August 2010

5 bulan 2 minggu yang lalu, dia masih satu mimpi aku.

Esok lusa, budak kecil ini akan membesar, kenal dunia, dan tahu pancaroba.
Kalau kalian jumpa dia tidak beradap, kalian tegur lah.
Kalau jumpa nya tidak beragama, pimpinlah dengan iman.
Kalau jumpa nya merayau mencari hakikat siapa diri, bawakan dia dekat pada Allah.
Kalau kalian cikgunya, rotanlah andai dia layak di rotan.
Kalau kalian sahabatnya sepejabat, bantu dia seboleh kalian.

Aku tak pasti lama mana aku boleh pimpin dia, tapi aku percaya yang mukminin mukminat lain ada untuk aku sandarkan harapan dia menjalar ke Firdausi nanti.
Aku yakin ada.
Ameen.
* * * * *

Sufiatunnur Bt ****A J********

Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim
Engkau limpahkan lah rahmat-Mu pada puteriku
Engkau kurniakanlah dia jalan keimanan yang telah Engkau janjikan syurga-Mu Ya Allah.
Ya Karim Ya Malik Ya Quddus
Semoga akhlak dan pekerti nya menjadi dinding syurga aku, keluarga ku dan sekelilingnya.
Dan semoga dia dikalangan insan-insan yang telah Engkau janjikan harum syurga-Mu Ya Allah.
Ameen, Ya Rabbal Alamin

Friday 6 August 2010

Itu pengelaman. Ya, satu pengelaman.

Seperti berjumpa doktor sakit gigi. Bila nurse yang datang menjengah pintu darjah memanggil nama kita, mahu tak mahu kita bergerak lah dalam berat hati mahu ke klinik sementara di kelas sebelah bilik guru.

Ah, mahu di tampal apa gigi aku nih?
Dicabut kah?” mata menjegil ketakutan. Tapi kaki masih melangkah, penuh berat...

Ah, terpaksakan?
Tapi, kalau gigi kita sakit. Meraung tak ingat sopan dan santun dah. Mahu saja semua di hamun. Tanpa paksa pun kita bergerak ke klinik dan mengerang-ngerang di kaunter mintak di layan; kalau lewat, mulalah mahu di sumpah seranah.

Solat kita pada Allah pun seperti sakit gigi.
Jumaat itu seperti satu temujanji yang wajib. Mahu tidak mahu, mahu jugak lah hati ini. Kalau pun boleh lari, kena bijak dengan akal nakal yang mungkin berunsur kait dengan busuk-busuk iman kita.
Tapi, bila hidup kita sakit, berlari jugak kita mencari Allah. Cari rumah Allah. Cari sujud pada Allah.

Oh, maaf. Mungkin bukan semua.
Mungkin aku ja.
Atau mungkin ada seorang dua lagi yang sama.

Ramadhan dah tinggal esok lusa ja.
Hajat aku mahu mengatur jadual bertemu-Nya. Biar sakit ’gigi’ aku nanti aku dan sediakan dengan’bius-bius’ sabar dan taqwa terlebih dahulu.
Semoga aku ada sekederat dua untuk membimbit hati aku menuju rumah-rumah Allah.
Oh, lama benar aku tak menjengah sana.
Ya, Jumaat itu memang ada, tapi yang lainnya?

Thursday 5 August 2010

Kalau kamu ada semalam dalam kocek kamu, apa yang kamu mahu lakukan untuk esok?

"Mahu aku benar dan ikhlas dalam belajarku. Aku mahu betulkan bodoh aku hari ini yang aku wujudkan dari semalam. Busuk dan bangkai hidup aku hari ini pun sebab semalam lagi aku semai baja-bajanya"

"Aku mahu harumkan semula wangi-wangi kasih aku dengan pasanganku. Mahu ku susun bunga-bunga menjadi pelangi yang segarnya menjadi lestari ikatan aku dengan jiwanya. Mahu aku bekukan momen-momen romancesa itu menjadi buku yang dibelek-belek dalam senyum tawa, agar yang berterusan gelora hubungan kami hari ini tidak akan pernah bertemu kewujudannya. Agar tangis sedih perpisahan tadi tidak muncul dalam galeri hidup kami"

"Aku mahu abah aku balik. Aku mahu sujud pada kaki dia mohon sempurna kemaafan. Ya kemaafan yang benar-benar maaf. Aku mahu di sisi dia kala jemputan Malaikat itu sudah tiba. Aku benar-benar mahukannya"

Diam.

Semua diam sekejap. Mengerewang dalam fikir.

Hang? Bagaimana?

Tersenyum. Tapi bibir tu masih kaku dari merembes kata-kata yang lain nanti kan.

Andai aku balik pada semalam; aku masih lagi di leka yang lama, dan pasti aku masih tak mampu berbuat selain dari apa yang sudah aku lakukan semalam itu sendiri. Apa yang aku mahukan adalah esok. Esok yang masih aku mampu canangkan aturnya. Esok yang masih aku bisikkan doa pada pasangan jiwa ibuku yang sudah awal dulu menerima panggilan pulan. Esok yang masih aku boleh bahagiankan orang yang menghargai dan membahagiakan aku hari ini; dan esok yang masih ada untuk aku baiki buruk busuk aku semalam. Biarlah semalam jadi semalam, aku tetap mahu esok

Woi, cakap la. Hang macamana?” oh, itu semua bisik aku saja.

Bangkit berdiri. Mulut masih rapat membibir. Kaku. Cuma kemudiannya ada sekelumit kecil senyum yang terkumit di bibir; dan kemudian melangkah pergi.

untuk ini, diam itu kunci jawapannya’ dan terus pergi.

Hmm bongok tul. Tadi dia yang tanya, ni blah buat donno. Weng la tu

Ya Allah, andai aku ada esok untuk aku baiki hari semalam, engkau berikan aku sufi jiwa dan nur hati. Dan andai hanya ada hari ini yang tinggal, izinkan esok aku muncul dalam Firdausi mu. Ameen

Wednesday 4 August 2010

Pesan pada si Permaisuri

Kalaupun ada esok yang Beta gaduhkan, tolong jangan lari bila Beta kucupkan dahi. Jangan longgarkan kemas kejap bila Beta merangkul tubuh dengan kasih. Tapi, merajuklah jika itu perlu untuk waktu-waktu itu

Kenapa?

Pelangi itu cuma gah indah andai mata kita-kita melihatnya dengan hati. Kalau kita-kita buta dengan warna, pelangi itu kosong-kosong saja, bukan

Maksudnya?

Bila ada sedikit getar amarah yang bertandang, berduyun susun jahat hati yang halus menusuri buat fikir luar sedar kita. Tanpa di jemput, ada benih-benih tanggapan yang membusuk dalam jiwa cinta kita. Kecik salah Beta akan menjadi besar. Dan besar salah beta akan menjadi petaka. Maka, jangan jauhkan rangkul kasih dan kucup mesra Beta; moga-moga itu mampu pejamkan busuk-busuk itu dari terus membau

Tersenyum.

Jangan marah itu dilayan bagai ratu yang meraja. Duga Maha Esa untuk kita-kita tempuh bersama kan? Dan bukan untuk dilarikan ia dengan tangis yang menghujan tanpa wujud pasangan disini. Takut-takut singa yang menganga di luar bisa terkam Permaisuri sebelum Permaisuri sempat membuka kelip mata yang sekejap itu

Dan untuk itu, beta benar maksudkannya.
Benar-benar maksudkannya.

Tuesday 3 August 2010

Subjek (Dia) itu seorang lelaki. Tapi radio itu, seorang perempuan.

Kelmarin dulu
Seorang kakitangan di bawah jagaan aku muncul dalam mimpi.
Mimpi yang berisi kemarah aku dan tangisan mohon dimaafkan oleh dia. Maaf atas silap prosidur kerja yang berulang. Berulang-ulang.
Dan aku terjaga.
"Astaghfirullahalazim"

Semalam
"Kamu ada apa-apa masalah? Ada yang boleh saya bantu"
"Eh tak adalah encik" typical answer for typical question.

"Maaf, kelmarin saya mimpikan kamu. Saya marah kamu. Saya katakan yang saya akan laporkan pretasi rendah kamu. Dan kamu menangis, tapi semuanya saya 'ignore'kan"
Terdiam.

"Saya faham. Takkan pernah kamu fikir nak berkongsi dengan saya akan hal-hal kamu. Setiap kita pasti ada masalah. Tak kira kecik, tak kira besar; dia tetap ada. Dan saya pasti tak cukup sesuai untuk kamu jadikan pendengar masalah kamu. Pesan saya, carilah seorang yang kamu benar-benar percaya untuk kamu luahkan. Hidup ini perlu perkongsian. Biarlah tidak ada bantuan lain dari pendengaran yang mereka janjikan, tapi Insya’Allah ada sedikit tenang yang akan muncul. Dan pasti tenang itu bisa bimbing kamu pada fikir yang lebih terang. Bukan?"
Diam lagi. Kali ini, pegun dia tadi sedikit kendur. Urat-urat fikir yang timbul di wajah mula kurang jelas pada mata aku.

"Setiap yang berlaku dalam hidup ini terang-terang bawa kamu dekat dengan syurga Allah. Cumanya, kamu kena tabah dan bersyukur; kerana itu asas pada takwa dan tawakal yang kuatkan iman kita; dan pasti juga ia hadir dengan ilmu." ini kata pegang aku yang aku nak semua orang pegang

"Apapun, saya harap kamu ok. Cari pendinding motivasi diri, insya’Allah kamu akan lebih ok dari apa yang kamu fikir"
"Encik dulu belajar mana"...dan soalan itu bawa siri bual aku tidak kelihatan seperti satu sesi kaunseling langsung dan bertukar mood yang lebih santai. Lebih 2 hala.

Tapi itu saja.
Dan dia keluar dari bilik.

Beberapa minit kemudian.
Masuk seorang lagi lagi kakitangan.
"Encik mimpikan dia hari tuh?" Oh, antena radio Era memang cukup cepat ambil berita. Cukup-cukup cepat.
Dan lepas itu baru aku tau, dia benar-benar ada masalah. Besar. Dan Berat.

Padamu ya Allah berikan lah dia akan hidayah petunjukmu supaya jalan yang dia pilih dengan akalnya adalah jalan mu. Ameen.

Manusia kan sifatnya tidak sempurna.

Ya, memang tidak sempurna.
Tidak sempurna yang benar-benar tidak sempurna.
Ada saja cacat celanya.
dan yang tidak sempurna itu jangan lah di perhina keji melampau lampau oleh kita-kita yang juga tidak sempurna ini.

Kenapa?
Kerana, esok lusa, hari kelemahan kita pulak yang menjelma.

Cadangan penyelesaian?
Berkatalah dengan hikmah dan jujur hati, kerana itu adalah sebaik-baik perkataan.

Semoga Allah berikan ketabahan hati dan ketenangan jiwa kepada Ustaz Kazim Bin Elyas, Dato' Seri Haji Harussani B Zakaria, Dato' Haji Nik Aziz Bin Nik Mat dan lain-lain ilmuan.
Bukan pegangan politik dan cakap-cakap bermusim yang aku pandang pada kalian, tapi aku pandang pada isi-isi ilmiah pada basah-basah bahasa Al-Quran dan Islam.
Allah itu Maha Adil, bukan?

p/s: itu bukan retorik politik atau apa segala. aku cuma menjemput minda-minda kita berfikir atas dasar seorang Islam yang pegang pada panji-panji penghormatan. Kalaupun politik kita berlainan bahasa, tapi Agama kita tetap satu kan? Tuhan kita hanya satu kan? Dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita lakukan kan?

Monday 2 August 2010

"Ala, kalau pakai tudung pun belum tentu baiknya dia tuh"

"Baik jadi macam yang tuh, tak pakai tudung pakai baju ketat pun baik dari budak bertudung tuh"
Biasa dengar kan?
Ya, mungkin salah segelintir yang bertudung dalam hal ini. Dan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
dan mungkin rosak susu seanteronya.

Tapi, paling-paling tidak, hukum Allah yang satu tuh dia patuh kan?
dan mematuhi hukum Allah itu wajib kan?

Siapa kita yang nak menilai baik buruk orang lain sedangkan kita sendiri belum tentu baik buruknya.
Berbicaralah dengan nada rendah diri dan ingin memimpin ke jalan Illahi.

Bongkak, biarpun sedetik, rosak iman hujungnya.
Mulut dan madah, itu jalan terdekat kita mencari syurga, dan tentu juga jalan pendek ke neraka!

Semoga hati-hati kita dekat dengan syurga Allah.
dan semoga amal kita juga dekat dengan penerimaan Allah hendaknya.
Ameen