Thursday 27 May 2010

jarum saat berhenti; ada bateri yang aku perlu ganti.

Hari ini khamis. Malam ni malam Jumaat. Lama sangat rasanya lidah aku tak basah lama dengan 'qalamullah'. Dan aku kaget, aku merangkak lagi dalam kelam kelibut tajwid. Patutlah runsing asyik menjadi raja dalam hati. Aku jadi orang yang risau tanpa punca. Jadi penat tanpa bergerak kelibat.
Aku tenggelam dalam fikir bila menjengah baris-baris pesan dalam novel 5T5B (by hlovate);

...All the verses in the Quran are like personal love letters from Gos to us. Tidak percaya, tengok dia punya terjemahan. "If you want to find solace and balm for the sore, the words will heal it straight away. Ayat memujuk sebagaimana dalam Al-Insyirah dan Ad-Dhuha...

Allah jer yang sayang aku sepenuhnya, aku?

self appointed observer

Perasan tak, yang entri lepas tu sebenarnya monotonous dengan beberapa entri yang pernah keluar dalam blog. Bosan bukan? Maaf lah; but that is the fact of life. You need thousand motivator just to give you some good foundation to stand; but it is because one stupid big-talker, you will be a loser the next day.

Blame game?
It is not; at least, from my perspective.

Am i try to be a motivator here?
Straight answer: No!

My word spit out here directly dedicated to my own life. For my own motivation and for my very own life.
Yup, I know few of my best blogger buddy here through their problem. Through the hard way. I may seems to be a good guy with a full armed strong; but actually i was on different field.

Me, myself is a self appointed observer.
I jump into any bad ship and try to be hero. Try to be the savior. Knight in shining armor.
But, in fact, I am super inferior.
I simply weak than anybody.
Thus, those inspire words is actually for me. And if it is applied to you too; consider them as accident. A good accident.

aiseh. a mumbling-isme is back. crap. cut these craps.

Monday 24 May 2010

Kau bagiku sempurna

Manusia itu sempurna sifatnya bila mana dia tidak sempurna.
Sudah di janjikan, kita tidak akan sempurna; walaubagaimana hebat pun usaha kita.
Sebabnya; supaya kita sentiasa bergantungan dan sedar yang hidup ini cuma satu penilaian tahap kecekapan rutin.
Jadi; kita perlukan yang lain untuk hidup lebih dekat kepada sempurna; ultimately kita perlukan Maha Kuasa yang satu!
Dan lagi satu; kita sendiri tidak memiliki diri kita; yang terang-terang satu pinjaman dari Maha Kuasa.
Jadi; bagaimana kita mampu mengatakan dunia ini milik kita; melalaikan kita, mahu sesat dalam terang. Dan terangsang dalam gelap mata hati?
Kalau ada yang begitu; tegur se-hikmahnya. Kasi tau dia, tiada apa yang kekal; melainkan iman yang Maha Esa mahu kita tunjukkan ke akhirat.
Yang lain; macam bukit pasir saja; sampai masa, dushhhhh {hilang}

Wednesday 19 May 2010

Penantian itu 'pulau' yang kosong. Kita yang pilih entertainment-nya.

Hidup ini satu penantian yang cukup panjang. Panjang; yang benar-benar panjang. Aku sendiri kadang2 jadi hanyut; sebab punca dan kejadian aku dah mula hilang arah. Aku jadi pengemudi layar yang buta peta dalam suatu-suatu ketika.

Mengerti akan hukum kehidupan yang penuh dengan tanda tanya; aku cuba mencari sekian-sekian jawapan. Pasti saja kitab suci itu satu susunan kalimah yang merekodkan masa depan, tapi aku masih lagi bodoh-bodoh alang; pergi menilik dunia dengan jiwa aku yang secubit pengalaman ini.

Bodoh kan?
Tapi bukan aku seorang yang bodoh.
Banyak lagi si bodoh-bodoh yang cukup pandai bergelar bodoh terang-terang.

Penantian itu; seminit pun sudah cukup lama berbanding dengan sejam yang aku sibukkan dengan urusan lain. Ya memang sudah cukup lama.

Lagi lama; bila mana penantian itu melibatkan hal ketuhanan; hal-hal sujud dan tawadu' pada Maha kuasa.
5-minit untuk solat yang tak sempurnanya kusyuknya lebih panjang bosannya dari puluhan minit menanti sijantung hati; bergeselan berbahu-bahu di taman-taman sondol si-babi.
Kenapa?
Sebab hati kita mula mati dalam hidup. Mula busuk walau dalam siraman one drop perfume; melainkan kita berpatah ke asal, sebelum dijemput paksarela untuk pulang.

Monday 17 May 2010

Ada jiwa yang emosinya meronta pinta di belas kasihkan di talian. Katanya...

Kakaknya di-diagnos kanser. Kanser hati. Doktor yang tentu saja manusia itu menterjemahkan jangka hayat 6 bulan hingga 12. Hanya jangkaan. Mungkin lebih, dan tentu saja boleh jadi kurang dari itu. Kan sifat kemanusiaan itu adalah ketidaksempurnaan kita.

Bukan-kah Maha Esa telah menjanjikan yang tiada satu insan pun akan menjadi sempurna di seluruh generasi. kenapa? supaya mereka sentiasa bergantungan sesama insan, bergantungan pada Tuhan dan sedar bahawa ada lagi yang lebih berkuasa; Maha Kuasa; Allah Ya Rabbi.

Balik pada sang kakak.
Kakak yang menangisnya mampu di tahan. Yang gagal, adiknya. Menangis. Menangis seperti dia yang akan mati esok hari. Menangis dalam pengertian sedih dan duka yang sebenarnya. Dan yang menangis itu adalah pegawai bawahan aku. Pegawai yang menalifon aku lebih dari 60 kali ketika handphone aku 'mampus'; dan satu panggilan yang berikutnya, aku jawab.

"Encik. Menangis itu boleh, tapi itu bukan solusi yang encik perlukan sekarang. Menangislah seharian suntuk, dan kemudian berhenti untuk menangis lagi; untuk hal ini. Maha Kuasa bukan sengaja mencampakkan kita dalam bencana ini hanya untuk kita dia membatu; dan lemas"

"Tapi, masa dia dah hampir"

"Paling tidak, dia hampir tahu masanya. Kita? entah2keluar dari rumah nanti kita menemui ajal. Atau mungkin saja sekejap lagi? Jadi itu bukan pilihan dan urusan kita; tentang waktu. Urusan kita adalah berdiri pada jalan Maha Kuasa dan berserah pada Allah supaya kita terus bersitu"

"Jadi"

"Berhenti dari menyeksa diri. Tangisan tak mengubah apa-apa. Berdoa pada Allah. Berusaha dan tawakal pada Allah semata-mata."

"Saya tak kuat"

"Takkan Allah duga seseorang itu lebih dari kemampuannya. Encik tak cukup kuat untuk menghidap dan menanggung sakitnya kanser itu, tapi encik cukup mampu menjadi bahu yang mendongkong jiwa2perit akak encik itu"

dan senyap menjadi isi.
muhasabah.
bukan dia, tapi aku..

Friday 14 May 2010

Tak la besar sangat, tapi tetap la masalahkan. Masalah betul lah.

Memang ye la. Masalah betul.
Aku memang tak reti nak pakai jam tangan memanjang. Rasa macam berat tangan jer. Selalunya, sampai pejabat terus buka semua jam, dompet dan handphone; letak dalam drawer. Tak reti aku nak bergaya protokol lawa-lawa gini.

Jadi, masalahnya?

Jam tangan.
Ni sebenarnya hadiah perkahwinan (rujuk entri sebelum nih) dari wife aku. Jam Caterpillar. Jam lasak. Tapi berat. Jadi aku rajin bukak (dulu jam ringan Alba pun aku bukak gak; pe’el nih). Memandangkan jam nih diesel power, so bila mana jer aku tak pakai lama, dia berhenti. Merajuk tak nak bergerak dah.

Jenuh dah aku ketuk2 dekat meja (~meja hati la sayang~ mintak-mintak la itu aku punya laling tak baca nih!), goncang2 dan lastly buat bodo jer pakai walaupun jarum saat tak gerak. Doakan semoga lepas sehari dua dia ok lah, dah tak merajuk.

Tapi, nih dah masuk tiga hari dah. Macam tuh gak. Masih tak mau jalan. (Kang kalau aku cakap ‘boleh jalan lah lu’ susah pulak). Last-last aku redho jer lah. Pakai gak; bukan sebagai timer, tapi nak tengok date jer. Aku doakan supaya jam nih cepat2lah baik dari rajuknya.

Tu la pasal. Harga boleh tahan, sistem jam pun bagus, tapi kalau tak guna, jadi sengal macam nih gak.

Sama macam akai kita gak kan.

Sehebat mana pun hikmah akal dan bijaksana yang Maha Esa kurniakan, kalau kita guna bukan dengan caranya, jadi hampas kosong jugak. Bergunakurang @ Useless!.
Korang ada akal ‘rolex’ yang kalau polish sekali; berderet orang kagum dan menghargai kehidupan hang pa. Tapi kalau akal ‘rolex’ korang tuh dah berkarat dok membatu diam, nilai dah hilang. Dah jadi daki pada si pemakai. Masyarakat pun bo layan.

Itu kalau jam tak pakai sehari dua. Kalau akai tak pakai sehari dua? Seminggu dua? Setahun? Sepuluh taun?
Jadi, korang nak macam tuh ka? Pikiaq la baik2. Umuq kita pun tinggai esok lusa ja.

Wednesday 12 May 2010

Ini cuma pandangan aku, tapi aku yakin aku tak salah!

Orang selalu namakan majlis lepas bernikah itu majlis membatalkan air sembahyang. Bukanlah menyalahkan tradisi, tapi; bagi aku, benda itu tidak cukup betulnya. Kenapa perlu sengaja batalkan wudu’; dan siap ada majlis lagi; bukankah wudu’ itu sendiri tinggi nilainya?

Jadi aku membangkang?
Tidak juga.
Aku cadangkan penambahbaikan. Itupun dari pandangan aku yang belum tentu sepenuhnya terang.

Sesudah di-ijab dan di-qabulkan, berjemaah lah berdua mempelai itu dalam solat sunat kesyukuran kepada Maha Agung. Biarlah si isteri menjadi pengamin pertama pada doa sulung suami selepas gelaran bujangnya hilang dalam genggam tangan gemuruh bersama si-qadi tadi.

Dan bersalamlah mereka; kedua kasih dan sayang itu dalam rahmat Allah lepas doa di-aminkan. Dan gugurlah wudu’ itu dalam redup tawadu’ dua insan yang dihalalkan sesama hayat mereka.

Itukan lebih baik?

Soalan: Jadi, bila nak bagi hadiah?
Jawapan:
Jujur dan ikhlas pernikahan itu sendiri satu anugerah bukan? Dan itu sendiri lebih tinggi dari hadiah material duniawi bukan?

Cuma, bagi yang lebih mampu, sediakan lah hadiah pernikahan lain. Sebetuk cincin, seutas perhiasan tangan, sekalung rantai dan apa saja yang kalian perlu; dan hadiah ini adalah ‘hadiah pernikahan’ dan bukannya wasilah ‘membatal air sembahyang’. Jadi, majlisnya adalah majlis penyampaian hadiah di antara mempelai ye tak? dan bukannya majlis membatalkan air wudu!

Benda yang sama, cuma pada aku definasinya berbeda.

Monday 10 May 2010

kalaupun radio ada button rewind, bukan ber-erti kita mesti menekan-nya, ye tak?

Menaip sambil melayan Taman Rashidah Utama dari blog ian. Blog aku jer yang bosan tak der gambar dan lagu. Aku suka susun huruf jer; jadi maaf lah yer.

Di Shah Alam. 5 tahun lepas aku tinggalkan jejak-jejak kampus. Memang dah lain. Banyak benda dah jadi asing untuk aku. Kalau lah aku tidur lima tahun sudah, dan baru bangun pagi tadi, sah-sah aku jadi orang bodoh. Sesat dalam susur desar kereta-kereta sini.

Bila aku rewind balik citer-citer hingus dulu, rasa  macam semalam jer aku pergi, tapi rupanya tidak. Aku pun dah berjambang; dan jadi bapak budak pun. Dan aku bukan lagi aku dulu.

Macam itu jugak kehidupan.

Kalau aku asyik tersenyum dengan gila-gila semalam dan pekak telinga pejam mata dengan angin2realiti; aku pasti jadi se-sesat dan se-mati itu.
Hidup ini; mau tak mau tetap kena terus. Side mirror dekat kereta pun gunanya untuk jeling2; buat peringatan supaya jalan lurus kita tak sesat siul tanpa arah.

Jadi; kalau ada baki2 najis hidup semalam yang belum di buang dan menghantui senyum kamu hari ini, pergilah buang kan segalanya. Menangis pun menangis lah sepuas kamu; untuk sekejap itu, dan kemudian ambik pengajaran.

Hidup ini sendiri satu cereka yang nanti2Maha Agung tayangkan buat penilaian kita bukan? Takkan kita nak nampak lemah menangis dengan dugaan nafsu dunia di depan Maha Kuasa nanti? Hidup ini bukan untuk satu sia-sia kan?

Thursday 6 May 2010

Ctrl + A to read!

Memandangkan aku dah lama sangat tak update; hanya mampu berlegar2berjela di komen box blogger lain, jadi aku buat begini.

ya, untuk hari ini saja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Betul-betul untuk entry ini saja.

Aku taipkan entri di kotak komen; sebagai komen pertama.